Mata Kredit SPLKPM Cara Tambah(Cukupkan 42 MKD & MKT)

Cara Tambah Mata Kredit SPLKPM 2024(Bagaimana Nak Cukupkan  42 MKD & MKT)

MATA KREDIT SPLKPM


Kepada Guru dan AKP seharusnya perlu cukupkan mata kredit di dalam SPLKPM setiap tahun. Disini kami akan kongsikan cara genapkan 42 mata kredit menggunakan SPLKPM, semoga membantu. 


 


APA ITU SPLKPM


Sistem Pengurusan Latihan Kementerian Pendidikan Malaysia (SPLKPM) merupakan salah satu laman web atau portal yang penting bagi guru dan AKP. Guru perlu cukupkan Portal Login SPLKPM modul individu ini dibangunkan untuk memudahkan dan melancarkan lagi proses pengurusan latihan, kursus, seminar dan bengkel yang telah disertai guru.


 


SENARAI AKTIVITI MyPPB


Terdapat 13 aktiviti yang boleh dilakukan untuk mendapatkan mata kredit tersebut iaitu:



  1. Kursus/ Bengkel/ Seminar/Kolokium/ Konvensyen/ Simposium/ Forum/ Konferens/ Klinik Kaunseling = 15 Mata Kredit.

  2. Wacana Ilmu/ Taklimat/ Bicara Profesional/ Perkongsian Ilmu/ Sesi Dialog/ Ceramah/ Lain-lain = 15 Mata Kredit

  3. Bimbingan Dan Pementoran = 10 Mata Kredit

  4. Peningkatan Akademik = 20 Mata Kredit

  5. PLC = 20 Mata Kredit

  6. e Pembelajaran = 15 Mata Kredit

  7. 7- Penyelidikan = 20 Mata Kredit

  8. Penulisan & Pengkaryaan Kreatif = 20 Mata Kredit

  9. Lawatan Penanda Aras = 10 Mata Kredit

  10. Pembacaan Buku = 20 Mata Kredit

  11. Program Sangkutan di luar dan dalam KPM = 10 Mata Kredit

  12. Sumbangan Profesional/ Bukan Profesional = 10 Mata Kredit

  13. Inovasi = 20 Mata Kredit


NOTA: Untuk hari berkursus 6 jam dikira 1 hari kursus.


 


CARA SEMAKAN MATA KREDIT SPLKPM


Untuk membuat semakan mata kredit yang terkumpul, berikut adalah merupakan caranya:



  1. Layari pautal splkpm.moe.gov.my

  2. Klik pada Aplikasi > Modul Individu

  3. Log masuk menggunakan No Kad pengenalan dan akata laluan anda

  4. Pada paparan menu, klik pada Pelaporan > Pelaporan Mata Kredit

  5. Pada bahagian pilihan pelaporan, pilih tarikh anda ingin atau sehingga terkini dan klik papar

  6. Jumlah mata kredit terkumpul akan terpapar.


 


CARA TAMBAH MATA KREDIT SPLKPM


Berikut adalah merupakan cara untuk penambahan mata kredit:



  1. Layari pautal splkpm.moe.gov.my

  2. Klik pada Aplikasi > Modul Individu

  3. Log masuk menggunakan No Kad pengenalan dan akata laluan anda

  4. Pada paparan menu, klik pada Pembelajaran Kendiri > Webinar

  5. Klik untuk sertai webinar kesesuain anda

  6. Tonton sehinggan habis

  7. Klik kemaskini status untuk daftar webinar tersebut.

  8. Tekan simpan.

  9. SU LDP akan sokong.

  10. Selesai


 

PERTANYAAN LANJUT

Para guru yang mempunyai pertanyaan lanjut mengenai SPLKPM boleh menghubungi penyelaras SPLKPM setiap negeri iaitu:

  • Admin JPN Johor: 07-2311402
  • Admin JPN Kedah: 04-7404209
  • Admin JPN Kelantan: 09-7418377
  • Admin JPN Melaka: 06-2327179
  • Admin JPN Negeri Sembilan: 06-7653201
  • Admin JPN Pahang: 09-5715700
  • Admin JPN Perak: 05-5015026
  • Admin JPN Perlis: 04-9737663
  • Admin JPN Pulau Pinang: 04-5757640
  • Admin JPN Sabah: 08-8537010
  • Admin JPN Sarawak: 08-2473410
  • Admin JPN Selangor: 03-55121958
  • Admin JPN Terengganu: 09-6213329
  • Admin JPN WP Kuala Lumpur: 03-62036287
  • Admin JPN WP Labuan: 087-583351
  • Admin JPN WP Putrajaya: 03-88903070

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari portal rasmi SPLKPM di sini: https://splkpm.moe.gov.my/mn_pengumuman/

 

ARTIKEL LAIN

ePENAWARAN BIASISWA KPM  (Permohonan Sambung Pengajian)

 

E-Pembelajaran SPLKPM E-LATiH(Cara Log Masuk)

3 thoughts on “Mata Kredit SPLKPM Cara Tambah(Cukupkan 42 MKD & MKT)”

Leave a Comment