CARA LOGIN eSPKWS KPM (Tatacara Pengurusan Akaun Sekolah)
Dengan adanya sistem portal eSPKWS ini, pihak sekolah kini boleh membuat selenggara perakaunan dan menyimpan data-data yang berkaitan dengan lebih mudah dan cepat.
Tahniah diucapkan kepada KPM kerana menghasilkan sebuah sistem yang memudahkan pihak sekolah dalam membuat urusan berkaitan perakaunan kelak. Disini kami akan kongsikan cara untu login eSPKWS, semoga membantu
APA ITU eSPKWS
eSPKWS merupakan sistem baharu yang dibangunkan oleh Kementerian Pendidika Malaysia (KPM, ianya dikenali sebagai sistem perkaunan berasaskan komputer bagi membuat selenggaran perakaunan kumpulan wang sekolah berelektronik dengan lebih cekap serta efisien
Dengan sistem yang dibangunkan ini, nescaya pengurusan kewangan pihak sekolah akan lebih teratur dan telus. Malah urusan kemaskini rekod kewangan juga menjadi lebih mudah kerana semuanya boleh dilakukan secara dalam talian sahaja.
CARA LOGIN eSPKWS KPM ONLINE
Berikut ialah cara yang betul untuk login eSPKWS KPM portal , anda boleh ikuti langkah-langkah mudah di bawah
- Klik link ini -> https://spkws.moe.gov.my/login.php
- Kemudian masukkan ID Pengguna & Kata Laluan
- Dah selesai anda hanya perlu klik masuk
- Jika terlupa kata laluan atau ada masalah login boleh rujuk FAQ
Walaubagaimanapun, capaian pengguna hanya kepada 3 ketegori pengguna sahaja iaitu
- Pentadbir Sistem
- Pengurusan
- Operasi
- Pengurus Sekolah
- Pembantu Tadbir
BORANG CAPAIAN eSPKWS
Segala borang capaian, borang tambah perihal, ataupun borang aduan berkaitan sistem ini sahaja, anda boleh rujuk pautan Borang berikut. Semua borang yang disediakan oleh KPM boleh dimuat turun menggunakan file PDF dan terus print.
MODUL eSPKWS ONLINE KPM
Ada 12 capaian modul yang disediakan oleh KPM untuk anda muat naik antaranya
- Modul Permulaan
- Modul Terimaan
- Pengesahan Pengurus Sekolah
- Modul Daftar Bil
- Modul Bayaran
- Modul Deposit
- Modul PWR
- Modul Pindah Peruntukan
- Modul Penyesuaian Bank
- Modul ABT ABB
- Modul Laporan
- Kursus Hands On Sistem Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah
Maklumat Lanjut
Jika ada sebarang aduan/ masalah berkaitan dan permohonan ID capaian eSPKWS sila hubungi
- Talian helpdesk 03 8872 1436
- Emel rasmi [email protected]
- Capaian manual pengguna rujuk Manual Pengguna
ARTIKEL LAIN
Cara Tambah Mata Kredit SPLKPM 2022 (Bagaimana Nak Cukupkan 42 MKD & MKT)