TARIKH CUTI KELEPASAN AM KERAJAAN NEGERI SELANGOR 2023
Kepada penjawat awam persekutuan atau negeri yang berkhidmat di negeri Selangor, semestinya ingin mengetahui cuti kelepasan am tersedia di negeri Selangor. Kini dimaklumkan bahawa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) telah mempertimbangkan dan meluluskan Hari Kelepasan Am Negeri Selangor Tahun 2023. Disini kami akan kongsikan kepada anda tarikh berkenaan untuk jadikan panduan anda untuk merancang percutian, semoga membantu.
APA ITU MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) merupakan badan kepimpinan negeri yang bertindak menjalankan pemerintahan atau membuat dasar bagi sesebuah negeri di Malaysia. Sebagai perbandingan dengan Kerajaan Persekutuan, fungsinya serupa dengan barisan Badan eksekutif (Kabinet). Setiap ahli majlis ini memegang portfolio atau tugas-tugas tersendiri. Ahli majlis dilantik oleh Menteri Besar atau Ketua Menteri bagi setiap negeri.
CUTI KELEPASAN AM KERAJAAN NEGERI SELANGOR 2023
Berikut adalah merupakan hari kelepasan Am Negeri Selangor bagi tahun 2023:
Hari Kelepasan Am Negeri
CUTI KELEPASAN AM | TARIKH | HARI |
Tahun Baru 2023 | 1 Januari 2023 | Ahad |
Hari Thaipusam | 5 Februari 2023 | Ahad |
Hari Nuzul Quran | 8 April 2023 | Sabtu |
Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulai Sultan Selangor | 11 Disember 2023 | Isnin |
Hari Kelepasan Am Persekutuan
CUTI KELEPASAN AM | TARIKH | HARI |
Tahun Baru Cina | 22 Januari 2023 | Ahad |
23 Januari 2023 | Isnin | |
Hari Raya Puasa | 22 April 2023 | Sabtu |
23 April 2023 | Ahad | |
Hari Pekerja | 1 Mei 2023 | Isnin |
Hari Wesak | 4 Mei 2023 | Khamis |
Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong | 5 Jun 2023 | Isnin |
Hari Raya Qurban * | 29 Jun 2023 | Khamis |
Awal Muharam (Maal Hijrah) | 19 Julai 2023 | Rabu |
Hari Kebangsaan | 31 Ogos 2023 | Khamis |
Hari Malaysia | 16 September 2023 | Sabtu |
Hari Keputeraan Nabi Muhammad (Maulidur Rasul) | 28 September 2023 | Khamis |
Hari Deepavali | 12 November 2023 | Ahad |
Hari Krismas | 25 Disember 2023 | Isnin |
CUTI GANTI HARI KELEPASAN AM SELANGOR
- Sekiranya mana-mana cuti Hari Kelepasan Am Negeri Selangor jatuh pada hari kelepasan mingguan, maka hari yang berikutnya hendaklah menjadi Hari Kelepasan Am, dan jika hari sedemikian adalah sememangnya Hari Kelepasan Am, maka hari yang berikutnya hendaklah menjadi Hari Kelepasan Am.
- Sekiranya Hari Kelepasan Am itu jatuh pada hari Sabtu, maka hari Sabtu itu juga adalah merupakan Hari Kelepasan Am dan tidak akan diganti pada hari-hari yang lain.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai cuti kelepasan am di negeri Selangor, anda boleh merujuk portal rasmi Kerajaan Negeri Selangor di pautan https://www.selangor.gov.my/
ARTIKEL LAIN
PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK SELANGOR 2023 (Login ehartanah.lphs.gov.my)
1 thought on “TARIKH CUTI KELEPASAN AM KERAJAAN NEGERI SELANGOR 2023”