Kad Diskaun Menu Rahmah(Permohonan Daftar)
Inisiatif Menu Rahmah yang diperkenalkan oleh kerajaan masih berlangsung walaupun tidak lagi mendapat liputan meluas, dan usaha ini diperkuatkan dengan pengenalan Kad Diskaun Khas Menu Rahmah.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Kos Sara Hidup (KPDN) memperkenalkan inisiatif ini yang dijalankan oleh peniaga (Private Driven Initiative) dan dilakukan secara sukarela.
Pada 31 Januari lalu, inisiatif Menu Rahmah dilancarkan, dan sebanyak 15,000 premis makanan turut serta melaksanakan usaha ini untuk membantu mengurangkan beban kos sara hidup rakyat, terutamanya golongan berpendapatan rendah.
Kini, terdapat 2,849 premis berdaftar yang menawarkan Menu Rahmah di seluruh negara.
Sejajar dengan hasrat memberikan insentif penghargaan kepada pengusaha Menu Rahmah, KPDN merintis usaha memperkenalkan KadDiskaun Khas Menu Rahmah.
Apa itu Kad Diskaun Khas Menu Rahmah?
Kad Diskaun Khas MenuRAHMAH adalah inisiatif bersama 6 pasar raya (AEONBIG, MYDIN, NSK, GIANT, LOTUS’S, dan ECONSAVE) sebagai rakan strategik KPDN yang menawarkan diskaun sehingga 40% untuk pembelian barangan keperluan perniagaan.
Barangan yang ditawarkan dengan kadar diskaun kepada pengusaha Menu Rahmah yang telah diluluskan penyertaan dalam program ini termasuk barangan mentah seperti ayam, bawang, dan barang asas makanan.
Inisiatif ini merupakan langkah untuk memastikan kelangsungan program Menu Rahmah sebagai galakan untuk meningkatkan lagi pengusaha restoran.
Syarat Permohonan Kad Diskaun Khas MenuRahmah
Peniaga dan pemilik perniagaan yang berminat untuk mendapatkan kad diskaun khas ini perlu mematuhi syarat-syarat permohonan yang dinyatakan di atas.
Antara syarat-syarat permohonan termasuklah menjadi warganegara Malaysia, terdaftar sebagai pengusaha Menu Rahmah di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Kos Sara Hidup (KPDN), dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), serta mempunyai pendaftaran dengan pihak berkuasa tempatan.
Cara Memohon Kad Diskaun Khas Menu Rahmah
Permohonan bagi KadDiskaun Khas ini dibuka mulai 2 November 2023 melalui portal khusus kepada pengusaha Menu Rahmah di pautan https://menurahmah.kpdn.gov.my/. Semua pengusaha restoran dan kedai makan yang berminat untuk menawarkan Menu RAHMAH boleh mendaftar di laman tersebut untuk menikmati diskaun khas ini.
Pada bahagian menu di bahagian atas halaman tersebut, klik pada “Daftar Kad Diskaun Khas”.
Sehingga kini, sudah terdapat 43 permohonan kad ini diterima sejak inisiatif ini dilancarkan pada 2 November lalu.
Soalan dan Pertanyaan Lanjut
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Sekretariat Perdagangan Pengedaran dan Industri Perkhidmatan (SPIP) melalui talian hotline 03-8882 5881/5905 atau emel kepada [email protected].
Artikel Lain