SENARAI LOKASI KEDAI MENU RAHMAH SELURUH NEGARA
Berita baik kepada warga penduduk di Malaysia, kini Kerajaan akan memperkenalkan bantuan bagi membantu golongan B40 menerusi inisiatif Menu Rahmah yang bertujuan bagi mendepani isu kos sara hidup yang dijangka lebih serius tahun ini. Disini kami akan kongsikan lokasi kedai yang menawarkan menu rahmah ini, semoga membantu.
APA ITU MENU RAHMAH
Menu Rahmah merupakan satu inisiatif yang diperkenalkan oleh Kerjaan yang mampu menjadi daya tarikan pengunjung ke gerai makanan dan restoran bagi mendapatkan juadah yang sesuai dengan kemampuan kewangan.
KADAR HARGA MENU RAHMAH
Inisiatif ini mendapat sambutan ramai oleh para peniaga dan rata-rata mereka mula menjual menu tersebut dengan harga bermula RM4.90.
SENARAI LOKASI KEDAI MENU RAHMAH
Berikut adalah merupakan senarai kedai yang menawarkan Menu Rahmah ini di Malaysia itu:
LOKASI | TAWARAN MENU RAHMAH |
MYDIN | Menu Rahmah dibawakan kepada anda setiap hari! Dengan harga RM4.90, anda akan dapat set makanan tengahari / malam yang cukup sedap dan istimewa. Yang paling penting, dapat berjimat! Jom dapatkannya di Ready-To-Eat section di Pasar Raya Besar MYDIN terpilih. |
Cikgu Fuad Catering Kamunting Taiping | Menu Rahmah RM5 di Cikgu Fuad Catering! Demi menyokong inisiatif ini kami di CFC terpanggil untuk berkongsi dengan masyarakat setempat untuk yang memerlukan. Share ramai-ramai jom! Bagi ramai lgi dapat manfaat! Dine-in sahaja. |
CHATIME | Perkenalkan promosi Menu Rahmah kami. Dapatkan Pearl Milk Tea atau Grass Jelly Milk Tea dengan harga RM5 sahaja. Kunjungi mana-mana cawangan Chatime dari 3pm-6pm dan pesan sekarang. |
Restoren Ali Maju | ![]() |
Mios Kitchen | Grilled chicken chop hanya berharga RM4.90 sahaja? Ya betul guys! Jom dapatkan di semua outlet Mios Kitchen. Valid untuk pelanggan dine in sahaja. Tiada waktu tertentu untuk promo dan tertakluk pada terma & syarat |
Lanostra Foodstation Pontian Johor | Menu Rahmah dibawakan kepada anda setiap hari dengan menu yang berbeza. Dengan harga RM5.00, anda akan dapat set makanan tengahari yang cukup sedap dan istimewa. Jom dapatkannya di Ready-To-Eat section di Lanostra Chocolate bermula hari Ahad, 5 Februari 2023. Buka jam 11.00 pagi hingga 7.00 malam. |
Pecel Lele, Tsi Sports Cyberjaya | Menu Rahmah di Warong Pecel Lele, TSI Sports Arena, Cyberjaya. Untuk pecel ayam, portion nasi banyak juga. Ayam boleh pilih nak bahagian apa. Ada tempeh, timun & kobis juga. Sambal pedas memang sedap. |
Farhanah Catering | Terletak di Bangi.Dari 6-10 Februari 2023. Untuk dine in sahaja. Waktu promosi, waktu sarapan jam 8-10am. Untuk makan malam 8pm-10pm. Lokasi No. 45-G, Jalan Universiti Bangi 1, Taman Universiti Bangi, 43000 Kajang, Selangor. |
Nasi Kawen D’royale | Set Menu Rahmah serendah RM5.00 yang kami tawarkan mengandungi nasi putih, lauk 1 jenis boleh pilih samada ayam atau daging, sayur atau jelatah dan juga air kosong 1 cawan. Lokasi: Sebelah the store Kamunting, sederet dgn pasaraya hari hari Kamunting. Buka stiap hri kecuali sabtu cuti. 11 pagi hingga 7 ptg |
D’hielo CAFE | ![]() |
CARA SEMAK LOKASI KEDAI MENU RAHMAH
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Kos Sara Hidup kini telah pun menyediakan sebuah laman ringkas berbentuk direktori yang memudahkan orang ramai untuk merujuknya bagi mengetahui lokasi-lokasi yang menjual makanan dibawah inisiatif “Menu Rahmah”. Berikut adalah merupakan cara untuk membuat semakan lokasi kedai iaitu:
- Layari pautan Direktori Menu Rahmah: https://menurahmah.kpdn.gov.my/
- Pada ruangan yang tersedia, taipkan Nama Restoran atau Lokasi atau Negeri dan kemudian tekan pada Carian
- Senarai akan paparkan nama Restoran yang tersedia menjual menu Rahmah
- Untuk mengetahui lokasi restoran tersebut, anda boleh klik pada Nama Restoren tersebut.
- Paparan akan menunjukkan alamat lengkap beserta pautan Maps lokasi restoran berkenaan
SENARAI R&R DI HIGWAY PLUS TAWAR MENU RAHMAH
Jom singgah dan nikmati Menu Rahmah yang kini tersedia di R&R serta Hentian Sebelah Lebuhraya PLUS dengan harga serendah RM5.
Lokasi R&R Menu Rahmah
- R&R Ulu Bernam (Arah Selatan)
- R&R Tapah (Arah Utara & Selatan)
- Restoran Jejantas Sg Buloh (Arah Utara & Selatan)
- R&R Seremban (Arah Utara)
- R&R Dengkil (Arah Selatan & Utara)
- Hentian Sebelah Nilai (Arah Utara & Selatan)
- Hentian Sebelah Serdang (Arah Utara & Selatan)\
- R&R Rawang (Arah Utara)
- Hentian Sebelah Simpang Pulai (Arah Utara & Selatan)
Waktu Jualan Menu Rahmah di R&R
- Set makan tengahari (12.00 t/hari – 2.00ptg)
- Set makan malam (7.00 mlm – 9.00mlm)
Nota: menu ini tertaklu selagi stok masih ada di lokasi dan gerai-gerai terpilih.
MAKLUMAT LANJUT
Maklumat lanjut mengenai Inisiatif Menu Rahmah ini, anda boleh melayari portal rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup di pautan https://www.kpdnhep.gov.my/ms/
ARTIKEL LAIN
LUPA KATA LALUAN STR? Ini Cara Set Semula Password Jika Akaun Disekat