LUPA KATA LALUAN STR? Ini Cara Set Semula Password Jika Akaun Disekat
Kepada pengguna yang ingin Log masuk MySTR 2023, Semestinya kadang-kadang anda lupa Kata Laluan yang digunapakai semasa BKM terlebih dahulu. Ini kerana Kata Lalaun MySTR adalah sama dengan MyBKM dan jika terlupa membuatkan anda tidak dapat log masuk akaun MySTR anda. Disini kami kongsikan cara untuk set semula password anda jika akaun dah disekat akibat lupa kata lalaun STR, semoga membantu.
KENAPA PERLU RESET PASSWORD STR
Untuk pengetahuan anda, seharusnya anda mesti reset kembali kata laluan anda supaya anda dapat log masuk akaun MySTR anda untuk membuat semakan maklumat pembayaran dan status terkini anda berkaitan STR.
CARA RESET KATA LALUAN STR
Sekiranya anda lupa kata laluan STR, berikut adalah panduan untuk menukar kata laluan akaun MySTR anda iaitu:
- Layari pautan MyBKM: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Pada bahagina No MyKad, masukkan no kad pengenalan anda dan tekan Log Masuk.
- Seterusnya klik pada Terlupa Kata Lalaun
- Sekiranya anda mempunyai e-mel yang berdaftar berikut adalah caranya:
- Masukkan Nombor MyKad (12 Digit)
- Masukkan e-mel yang berdaftar pada Permohonan BKM 2022 atau Percukaian dan klik seterusnya
- Kata laluan baharu akan diemelkan pada e-mel yang didaftarkan berkenaan
- Semak e-mel dan log masuk semula MyBKM
- Masukkan Nombor MyKad (12 Digit) dan sahkan kata kunci keselamatan
- Masukkan Kata laluan Sementara yang telah diemelkan dan juga set semula kata laluan baharu.
- Sekiranya Tidak mempunyai e-mel / e-mel tidak sama seperti yang berdaftar pada BKM 2022 atau percukaian / e-mel tidak sah
- Set semula kata laluan melalui e-mel tidak boleh dibuat
- Pemohon perlu menjawab soalan keselamatan yang telah didaftarkan sebelum ini
GAGAL TUKAR KATA LALUAN STR
Terdapat beberpada keadaan di mana anda gagal menukar kata lalaun STR atas beberapa sebab:
- Jika anda golongan Miskin Tegar dan B40, anda mungkin tidak masukkan email yang anda daftar BKM tempohari
- Pastikan ingat betul-betul email anda, samada Gmail atau Yahoo!
- Pastikan ejaan email anda adalah betul
- Jika anda golongan M40, anda mungkin tidak masukkan email yang anda gunakan untuk submit cukai pendapatan tahun terdahulu
- Pastikan ingat betul-betul email anda, samada anda gunakan email syarikat, Gmail atau Yahoo!
- Pastikan ejaan email anda adalah betul
BAGAIMANA SEKIRANYA TERLUPA EMAIL MySTR YANG TELAH DIDAFTARKAN
Sekiranya anda terlupa email yang anda daftar, berikut adalah cara untuk dapatkan kembali kata laluan BKM anda:
- Buka aplikasi google chrome di handphone anda
- Pada paparan utama google, Klik pada tiga titik bertindah di penjuru kanan atas
- Seterusnya klik pada setting dan klik pada Password
- Kata laluan anda akan tertera pada kata kunci yang dicari: contoh BPR
- Klik pada mata untuk melihat kata lalaun anda
- Salin kata laluan BPR anda tersebut dan anda boleh digunakan semasa Loin BKM nanti.
BAGAIMANA JIKA AKAUN MySTR TELAH DISEKAT
Sekiranya akaun MySTR anda di sekat disebabkan terlupa kata laluan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan), ID MySTR akan disekat dan dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam.
Sekiranya masih gagal anda boleh anda boleh dapatkan bantuan lanjut dengan hubungi LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.
ARTIKEL LAIN
STR 2023 BELUM MASUK? Semak Status Pengkreditan
Lupa e-mail yang didaftar bkm
Lupa e-mail yang telah d daftar
Lupa email yang did daftar kan
Lupa soalan keselamatan