BERAPA LIMIT MAH POWERBANK NAIK FLIGHT(Boleh Ke Bawa AirAsia Malaysia Airlines)

BERAPA LIMIT MAH POWERBANK NAIK FLIGHT(Boleh Ke Bawa AirAsia Malaysia Airlines)

LIMIT POWERBANK NAIK FLIGHT

Semestinya pada masa kini power bank adalah merupakan alat yang perlu anda bawa bersama semasa anda dalam perjalanan ke destinasi di tuju . Ini akan memudahkan anda untuk mengecas ketika kecemasan. Tetapai tahukah anda untuk menaiki pesawat terdapat peraturan berkaitan gajet elektronik yang mempunyai bateri semasa ini antaranya power bank. Disini kami akan kongsikan kepada anda had limit powerbank yang dibenarkan untuk naik flight, semoga membantu.

 

KENAPA PERLU KETAHUI LIMIT POWERBANK?

Ini kerana ada beberapa kes yang melibatkan kebakaran @ letupan kecil yang melibatkan barangan elektronik semasa dalam penerbangan

 

BOLEH KE BAWA POWERBANK NAIK FLIGHT?

Anda di benar kan untuk membawa apa-apa jenis power bank / jenama / model semasa dalam penerbangan ,tetapi anda perlu bawa ia bersama @ ” hand carry ” sahaja dengan anda. Anda boleh simpan dalam handbag , dalam poket baju .Yang penting, ia mesti bersama-sama dengan anda.

Anda TIDAK BOLEH SIMPAN POWER BANK DALAM BEG LUGGAGE anda. Ini penting. Jika luggage anda di kesan mempunyai power bank, penerbangan tersebut akan di tangguhkan sementara waktu untuk pemeriksaan lanjut.

 

BERAPA HAD LIMIT MAH POWERBANK NAIK FLIGHT? (AirAsia Malaysia Airlines)

Menurut peraturan dari Federal Aviation Administration (FAA) , power bank boleh bawa naik flight jika kuasa nya tidak melebihi 100 Watt per Hour . Semua jenama & model powerbank yang berkuasa melebihi 100 Watt Per Hour (Wh) adalah tidak di benarkan, dan jika anda perlukan juga, anda WAJIB declare powerbank tersebut di kaunter sebelum menaiki pesawat.

 

BAGAIMANA CARA UNTUK MENGETAHUI Wh POWERBANK?

Semua power bank yang di pasarkan akan menggunakan unit mAH . Ia adalah ukuran kuasa standard untuk semua power bank tetapi ia nya hanya boleh di guna pakai jika sesebuah power bank menggunakan jenis bateri yang sama seperti alkaline atau lithium ion . Lain jenis bateri yang di gunakan, nilai sebenar kuasa mAH adalah tidak sama Untuk mengetahui kadar Wh power bank tersebut, berikut adalah merupakan caranya:

  • Ambil power bank anda
  • Lihat pada bahagian belakang power bank anda
  • Baca spesifikasi yang tertulis pada bahagian belakang power bank anda. Selalu nya ada di tulis bahagian bawah /belakang berkaitan kadar ‘Wh’

 

ARTIKEL LAIN:

Leave a Comment