STR 2023 BELUM MASUK? Semak Status Pengkreditan

STR 2023 BELUM MASUK? Semak Status Pengkreditan

STR BELUM MASUK

Kepada penerima BKM sebelumnya pasti ingin membuat semakan mengenai status kelayakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 2023. Untuk makluman semua, anda kini boleh membuat semakan melalui portal rasmi STR. Tetapi bagaimana semasa tempoh pembayaran yang dimaklumkam, duit STR Fasa 1 belum masuk? Disini kami kongsikan kenapa duit STR belum masuk dan cara semakan status pembayaran, semoga membantu.

 

TARIKH BAYARAN STR FASA 1

Bantuan Tunai Rakyat itu sebelum ini dijadualkan akan diberikan pada Mac 2023 namun selepas melihat keadaan rakyat, Kerajaan bersetuju untuk memberikan pada Januari tahun 2023 nanti.

Pemohon yang lulus permohonan akan mula dibayar secara berperingkat mulai 17 Januari 2023

 

KADAR BAYARAN STR FASA 1

Berikut adalah kadar bayaran STR yang akan diterima oleh penerima  yang layak:

KATEGORI PENERIMAKADAR STR FASA 1
Isi RumahRM300
Warga Emas Tiada PasanganRM100
BujangRM100


CARA SEMAKAN STATUS STR

Berikut adalah merupakan panduan untuk login MySTR untuk membuat semakan status anda iaitu:

  1. Layari pautan MySTR: https://bantuantunai.hasil.gov.my/Default.aspx
  2. Sila masukkan No. MyKad dan klik butang Log Masuk.
  3. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan tertera. 2. Pemohon dikehendaki memasukkan kata laluan selepas mengesahkan frasa keselamatan.
  4. Setelah berjaya log masuk, sistem akan memaparkan Laman Menu Pengguna. Klik butang Semakan Pembayaran Fasa
  5. Maklumat status permohon dan maklumat bayaran akan dipaparkan.
    • Nama Pemohon
    • No Mykad Pemohon
    • Status Permohonan
    • Maklumat Pembayaran Fasa 1 (jika layak bayaran fasa 1)

NOTA: Kata Laluan MySTR adalah berdasarkan maklumat pada MyBKM 2022.

 

SEMAK STATUS PENGKREDITAN STR

Setelah anda membuat semakan,dan  terdapat status pengkreditan di mana dipaparkan no akaun anda, ini bermakna permohonan STR anda lulus.

Sekiranya pada paparan status kredit:

  • Dalam Proses Pengkreditan – ini menunjukkan status kredit sedang dalam proses.
  • Tiada Maklumat Bank Dipaparkan
    • Jika tiada maklumat bank dipaparkan, kemungkinan anda akan menerima pembayaran melalui baucar.
    • Anda perlu pergi ke Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk mendapatkan pembayaran. Bawa bersama kad pengenalan semasa membuat penunaian baucer. Kemukakan juga nombor baucar tersebut.
  • Status STR Lulus tapi duit belum masuk. Apa yang perlu dibuat?
    • Untuk persoalan ini, tiada tindakan yang perlu dibuat dan anda hnya perlu sentiasa menyemak akaun bank yang di daftarkan sebelum hadir ke bank untuk pengeluaran duit.

 

MAKSUD STATUS PENGKREDITAN STR

Berikut adalah punda duit STR Fasa 1 lambat masuk ke dalam akaun bank iaitu:

STATUS PEMBAYARAN STR FASA 1  GAGAL KREDIT

  • Status Gagal Kredit ini berlaku apabila anda tetap membuat permohonan baru walaupun sudah lulus, ini akan mendatangkan masalah kerana akan terjadi Duplikasi Permohonan.
  • Hal ini terjadi apabila anda memang sudah sedia Lulus, tetapi masih lagi buat permohonan baru STR. Jadi, apabila ini terjadi, akan berlaku Duplikasi Permohonan seperti yang dinyatakan tadi.

GILIRAN PEMBAYARAN STR FASA 1  MENGIKUT BANK

  • Pembayaran STR dilaksanakan secara berperingkat mengikut giliran bank. Jadi tidak mustahil ia menjadi SEBAB DUIT STR LAMBAT MASUK
  • Walaupun tarikh yang diumumkan oleh kerajaan pada 17 Januari 2023, ada juga yang tidak akan menerima pada tarikh yang ditetapkan. .

 

CARA PEMBAYARAN STR

Berikut adalah merupakan kaedah bayaran STR Fasa 1 mengikut katagori iaitu:

  1. Ada Akaun Bank: Mulai 17 Januari 2023 secara berperingkat.
    • (Dikreditkan ke akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022)
  2. Tiada Akaun Bank
    • Tuntutan tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 17 Januari 2023.

 

ARTIKEL LAIN

STR LOGIN 2023 (Log Masuk Sumbangan Tunai Rahmah)

5 thoughts on “STR 2023 BELUM MASUK? Semak Status Pengkreditan”

Leave a Comment