PERMOHONAN INISIATIF CAHAYA MATA KELUARGA MALAYSIA 2023

PERMOHONAN INISIATIF CAHAYA MATA KELUARGA MALAYSIA 2023

CAHAYA MATA KELUARGA MALAYSIA

Kepada ibu yang daripada isi rumah yang menerima BKM, sekiranya melahirkan anak pada tahun 2023 akan menerima insiatif secara one-off menerusi BKM Ibu Lahir Anak di bawah program Cehaya Mata Keluarga Malaysia. Disini kami akan kongsikan sedikitt maklumat mengenai inisiatif ini dan juga cara permohonan.

 

APA ITU CAHAYA MATA KELUARGA MALAYSIA

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Ibu Lahir Anak merupakan inisiatif di bawah program Cehaya Mata Keluarga Malaysia yang akan menerima bantuan tunai one off kepada ibu yang melahirkan anak pada tahun 2023

Menteri Kewangan berkata peruntukan sebanyak RM150 juta itu bertujuan meningkatkan kadar kelahiran, di samping mengurangkan masalah kanak-kanak bantut.

 

KADAR BAYARAN CAHAYA MATA KELUARGA MALAYSIA

Ibu daripada isi rumah penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang melahirkan anak pada 2023, akan diberi bantuan tunai secara ‘one-off’ sebanyak RM500.

 

PENERIMA CAHAYA MATA KELUARGA MALAYSIA

Pemberian bantuan ini hanyalah kepada ibu  yang melahirkan anak bukannya kepada bapa

 

KELAYAKAN CAHAYAMATA KELUARGA MALAYSIA

Kelayakan penerima inisiatif ini adalah merupakan penerima Bantuan Keluarga Malaysia bagi tahun 2023 bergantung kepada kategori berikut:

  • Warga emas tiada pasangan; RM350-RM600
  • Pendapatan RM2,500-RM5,000; bantuan RM500 – RM1,250 bergantung kepada bilangan anak
  • Pendapatan <RM2,000; bantuan RM1,000-RM2,000 (bilangan anak 1-4 orang)
  • Pendapatan <RM2,500 (anak ≥ 5); bantuan RM2,500
  • Tambahan RM500 kepada ibu / bapa tunggal

 

BANTUAN UNTUK WANITA MENERUSI BAJET 2023

Berikut adalah merupakan antara bajet 2023 yang diumumkan

  • Bagi menggalakkan lebih ramai wanita kembali bekerja setelah mengambil tempoh career break (berhenti sementara daripada pekerjaan), kerajaan bercadang untuk mengecualikan cukai pendapatan ke atas pendapatan yang diterima mulai tahun taksiran 2023 hingga tahun taksiran 2028.
  • Bagi menangani isu kesihatan mental dan keganasan rumah tangga, Pusat Sokongan Psikososial Setempat akan diperkukuh.
  • Kerajaan juga katanya akan memperbanyak ujian saringan melalui subsidi ujian mamogram dan program saringan kanser serviks kepada kaum wanita
  • Bagi mendorong lebih ramai wanita meningkatkan kapasiti perniagaan dan menambah baik strategi pemasaran, sejumlah RM235 juta dana pembiayaan tersedia khas untuk wanita di bawah Skim Semarak-Nita BSN, Tekunita TEKUN, DanaNita MARA dan Biz Lady Bank Rakyat.
  • Bagi terus memperkasakan peranan wanita di peringkat kepimpinan korporat, Suruhanjaya Sekuriti akan memperkenalkan program latihan khas untuk meningkatkan kemahiran wanita, mengenal pasti dan seterusnya menambah bilangan wanita yang layak dilantik sebagai ahli lembaga pengarah.

 

MAKLUMAT LANJUT

Anda hanya boleh muat turun laporan atau intipati Bajet 2023 di pautan: https://budget.mof.gov.my/ms/bajet2023/

 

ARTIKEL LAIN

LUPA KATA LALUAN BKM? Ini Cara Set Semula Password Jika Akaun Disekat

Leave a Comment