LUPA KATA LALUAN BKM? Ini Cara Set Semula Password Jika Akaun Disekat

LUPA KATA LALUAN BKM? Ini Cara Set Semula Password Jika Akaun Disekat

LUPA KATA LALUAN BKM
LUPA KATA LALUAN BKM

Kepada pengguna yang ingin Log masuk BKM, Semestinya kadang-kadang anda lupa kata Laluan BKM semasa ingin Log Masuk MyBKM. Ini membuatkan anda tidak dapat log masuk akaun BKM anda. Bagaimana cara untuk reset password BKM? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

 

KENAPA PERLU RESET PASSWORD BKM

Untuk pengetahuan anda, seharusnya anda mesti reset kembali kata laluan anda supaya anda dapat log masuk akaun BKM anda untuk membuat semakan maklumat pembayaran dan status terkini anda berkaitan BKM.

 

CARA RESET KATA LALUAN BKM

Sekiranya anda terlupa kata laluan, berikut adalah panduan untuk menukar kata laluan akaun BKM anda:

  1. Layari pautan BKM: http://bkm.hasil.gov.my/
  2. Klik pada Terlupa Kata Lalaun
  3. Sekiranya Mempunyai e-mel yang berdaftar pada Permohonan BPR 2021 atau Percukaian
    • Masukkan Nombor MyKad (12 Digit)
    • Masukkan e-mel yang berdaftar pada Permohonan BPR 2021 atau Percukaian dan klik seterusnya
    • Kata laluan baharu akan diemelkan pada e-mel yang didaftarkan berkenaan
    • Semak e-mel dan log masuk semula MyBKM
    • Masukkan Nombor MyKad (12 Digit) dan sahkan kata kunci keselamatan
    • Masukkan Kata laluan Sementara yang telah diemelkan dan juga set semula kata laluan baharu.
  4. Sekiranya Tidak mempunyai e-mel / e-mel tidak sama seperti yang berdaftar pada BPR 2021 atau percukaian / e-mel tidak sah
    • Set semula kata laluan melalui e-mel tidak boleh dibuat
    • Pemohon perlu menjawab soalan keselamatan yang telah didaftarkan sebelum ini

 

GAGAL TUKAR KATA LALUAN BKM

 Terdapat beberpada keadaan di mana anda gagal menukar kata lalaun BKM atas beberapa sebab:

  1. Jika anda golongan Miskin Tegar dan B40, anda mungkin tidak masukkan email yang anda daftar BPR tempohari
    • Pastikan ingat betul-betul email anda, samada Gmail atau Yahoo!
    • Pastikan ejaan email anda adalah betul
  2. Jika anda golongan M40, anda mungkin tidak masukkan email yang anda gunakan untuk submit cukai pendapatan tahun terdahulu
    • Pastikan ingat betul-betul email anda, samada anda gunakan email syarikat, Gmail atau Yahoo!
    • Pastikan ejaan email anda adalah betul

 

BAGAIMANA SEKIRANYA TERLUPA EMAIL YANG TELAH DIDAFTARKAN

Untuk makluman anda, Kata Lalaun dan email yang terdapat pada BKM adalah sama seperti anda daftar BPR sebelum ini. Sekiranya anda terlupa email yang anda daftar semasa BPR, berikut adalah cara untuk dapatkan kembali kata laluan BKM anda:

  1. Buka aplikasi google chrome di handphone anda
  2. Pada paparan utama google, Klik pada tiga titik bertindah di penjuru kanan atas
  3. Seterusnya klik pada setting dan klik pada Password
  4. Kata laluan anda akan tertera pada kata kunci yang dicari: contoh BPR
  5. Klik pada mata untuk melihat kata lalaun anda
  6. Salin kata laluan BPR anda tersebut dan anda boleh digunakan semasa Loin BKM nanti.

 

SOALAN LAZIM

 Saya telah tersilap menjawab soalan keselamatan dan paparan mesej “Anda telah gagal menjawab soalan keselamatan lebih dari 3 kali. Sila cuba semula selepas 24 Jam”. Jika saya masih lupa jawapan bagi soalan keselamatan berkenaan, apakah yang perlu saya lakukan?

  • Sekiranya anda terlupa jawapan bagi soalan keselamatan berkenaandan akaun disekat, anda boleh mencuba semula selepas 24 jam.
  • Sekiranya masih terlupa, boleh menghubungi talian Hotline Bantuan Khas Kerajaan (BKK) 1-800-88-2747 atau Cawangan LHDNM yang berhampiran untuk set semula akaun BKM.
  • Selepas akaun BKM telah diset semula, anda perlu mendaftar semula MyBKM dan menjawab soalan keselamatan yang dipaparkan.

 

ARTIKEL LAIN

MAKSUD BKM PERMOHONAN DITERIMA(Status di bkm.hasil.gov.my)

4 thoughts on “LUPA KATA LALUAN BKM? Ini Cara Set Semula Password Jika Akaun Disekat”

Leave a Comment