AKAUN BPR DISEKAT (Macam Mana Nak Login Kalau Kena Sekat?)
Sebagai persedian kepada proses pendaftaran BPR 2021,perlu pemohon ambil maklum tentang cara login dan kemaskini Bantuan Prihatin Rakyat.
Tetapi bagaimana sekiranya akaun MyBPR saya disekat? Apa perlu saya buat? Disini kami kongsikan caranya.
APA ITU MyBPR
MyBPR adalah digunakan bagi pemohon yang telah mempunyai rekod permohonan BPR 2021 untuk tujuan, Kemas Kini Permohonan, Semakan Status Permohonan, Cetakan permohonan, Peti Mel atau Maklum Balas.
CARA ATASI AKAUN BPR DISEKAT
Kepada pengguna MyBPR, sekiranya telah tersilap menjawab soalan keselamatan akan terpapar paparan mesej “Anda telah gagal menjawab soalan keselamatan lebih dari 3 kali.
Anda boleh cuba semula selepas 10 minit”. Jika anda masih lupa jawapan bagi soalan keselamatan berkenaan anda boleh cuba cara di bawah:
- Anda boleh menghubungi talian Hotline BPR 1-800-88-2747
- Hadir ke LHDNM untuk set semula akaun BPR.
Selepas akauan anda diset semula, anda perlu mendaftar semula MyBPR dan menjawab soalan keselamatan yang dipaparkan.
CARA DAFTAR MyBPR
Untuk log masuk kali pertama MyBPR, anda perlu mendaftar MyBPR terlebih dahulu seperti berikut:
- Klik Menu MyBPR: https://bpr.hasil.gov.my/LogMasuk.aspx
- Masukkan Nombor MyKad (12 Digit)
- Maklumat Keselamatan, anda perlu menjawab 2 Soalan Keselamatan yang dipaparkan dengan tepat dan betul
- Masukkan Kata Kunci Keselamatan yang mudah untuk diingati
- Jawab 5 Soalan yang disediakan
- Anda boleh membuat pilihan soalan yang disediakan
- Jawapan yang didaftarkan akan digunakan untuk pengesahan apabila anda terlupa Kata Laluan
- Pengesahan soalan dan jawapan yang telah dipilih akan dipaparkan dan semak. Sekiranya betul, klik butang Teruskan
- Daftar Kata Laluan dan Pengesahan Kata Laluan serta Klik butang Daftar
- Paparan Mesej “Akaun Telah Berjaya didaftarkan. Sila Ke Halaman Log Masuk untuk ke Menu MyBPR”. Anda boleh Log Masuk MyBPR
CARA LOGIN BPR
Sekiranya anda telah berjaya membuat pendaftaran MyBPR, Log Masuk MyBPR adalah seperti berikut:
- Klik MyBPR: https://bpr.hasil.gov.my/LogMasuk.aspx
- Masukkan Nombor MyKad (12 Digit)
- Klik Butang Semak
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan yang telah didaftarkan
- Masukkan Kata Laluan yang telah didaftarkan
- Klik Log Masuk
SOALAN LAZIM LOGIN BPR
Kenapa berlaku error semasa proses login?
- Anda masih belum buat pendaftaran kali pertama Bantuna Prihatin Rakyat.
Saya terlupa kata laluan ?
- Klik link Terlupa Kata Laluan,kemudian cuba login dan jawab soalan keselamatan yang dipaparkan.
Bilakah boleh login Bantuan Prihatin Rakyat?
- Bermula sebelum akhir Januari 2021
ARTIKEL LAIN
LUPA KATA LALUAN BKM? Ini Cara Set Semula Password Jika Akaun Disekat