CARA DAFTAR MURID BAHARU DALAM APDM 2022 (Pengesahan Maklumat Guru Kelas)

CARA DAFTAR MURID BAHARU DALAM APDM 2022 (Pengesahan Maklumat Guru Kelas)

APDM

Kepada Guru kelas yang ingin mengesahkan pindaan atau pengemaskinian murid oleh ibu bapa, semestinya ingin mengetahui caranya. Disini kami akan kongsikan caranya, semoga membantu.

 

APA ITU APDM KPM

Aplikasi Pangkalan Data Murid iaitu APDM merupakan satu aplikasi atas talian yang diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang bertujuan sebagai satu sistem untuk mengisi dan menyimpan maklumat berkenaan murid.

Sistem APDM digunakan oleh guru kelas dan seorang pentadbir yang ditugaskan di sekolah untuk mengendalikan data murid dan sekolah masing-masing. Bantuan yang disalurkan kepada murid juga akan disalurkan melalui maklumat yang didaftarkan dalam sistem APDM.

 

CARA PENGESAHAN MAKLUMAT MURID APDM

Kepada guru untuk mengesahkan pindaan maklumat yang dibuat oleh ibu bapa, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Layari pautan Aplikasi Pangkalan Data Murid(APDM)
  2. Log masuk dengan mengisi ID Pengguna dan Kata Laluan.
    • Username untuk guru kelas ialah Nombor Kad Pengenalan 12 digit, tanpa sempang (-)
    • Di ruangan Kata Laluan, masukkan password
  3. Setalah berjaay log masuk, klik pada data murid untuk melihat data murid yang belum kemaskini.
  4. Sekiranya bertanda hijau bermaksud ada tindakan pengemaskiniaan yang telah dilakukan
  5. Seterusnya klik pada Pindaan maklumat
  6. Pada pilihan status, anda boleh membuat pilihan samaada:
    • Semua
    • Baru
    • Disahkan
  7. Klik baru untuk melihat data murid yang baru dikemaskini
  8. Klik pada nama murid yang tertera untuk membuat semakan terhadap data murid tersebut, pastikanianya kemaskini maklumat yang betul.
  9. Sekiranya betul klik pada Sahkan Pindaan
  10. Seterusnya keluar satu paparan maklumat tersebut, semak sekali lagi sekiranya betul klik pada Sahkan Pindaan
  11. Selesai, tindakan pengesahan telah berjaya

 

 CARA DAFTAR MURID BAHARU APDM

Kepada gruu yang ingin daftatkan maklumat murid baru dalam APDM, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Layari pautan Aplikasi Pangkalan Data Murid(APDM)
  2. Log masuk dengan mengisi ID Pengguna dan Kata Laluan.
    • Username untuk guru kelas ialah Nombor Kad Pengenalan 12 digit, tanpa sempang (-)
    • Di ruangan Kata Laluan, masukkan password
  3. Paparan utama akan menunjukan nama guru kelas dan nama sekolah
  4. Seterusnya klik menu Data Murid
  5. Senarai nama muriddalam kelas tersebut yang sedia ada akan tertera
  6. Untuk daftarkan murid baharu klik pada Daftar Murid
  7. Masukkan No Kad Pengenalan Murid (pastikan no yang dimasukkan adalah betul)
  8. Paparan maklumat murid akan tertera. Kemaskini maklumat murid yang diperlukan
  9. Setelah lengkap klik pada Daftar Murid
  10. Selesai, pendafataran murid baru telah berjaya.

 

CARA PADAM REKOD MURID APDM

Sekiranya guru mahu membuang / padam rekod murid, kerana berpindah keluar atau rekod bertindih, sila klik menu ‘ Data Murid’.

  1. Semak nama murid dari dalam senarai murid kelas tersebut, klik ‘Padam’ di hujung nama murid tersebut.
  2. Pilih sebab rekod murid tersebut mahu dipadamkan dari senarai murid kelas anda.
  3. Apabila selesai memilih sebab padam, klik ‘Padam Murid’ untuk memadam rekod tersebut.

 

CARA MEMBUAT LAPORAN PELAKSANAAN MBMMBI

Guru kelas boleh melakukannnya dengan meminta Administrator APDM sekolah boleh membuat laporan pelaksanaan MBMMBI bagi setiap kelas atau mengemaskini maklumat sediada dengan menggunakan menu ‘Pendaftaran Kelas’

  1. Klik menu ‘Tambah Kelas’ sekiranya kelas masih belum wujud.
  2. Klik menu ‘Kemaskini’ di hujung nama kelas yang telah sediada sekiranya mahu mengemaskini laporan MBMMBI kelas tersebut.
  3. Apabila maklumat selesai dikemaskini klik menu ‘Kemaskini Maklumat Kelas’ untuk simpan maklumat.

 

eKEHADIRAN APDM

Guru kelas juga perlu mengisi kehadiran murid, kerana kehadiran murid kini sudah direkodkan melalui sistem eKehadiran. Cara mengisi eKehadiran APDM adalah seperti berikut:

  • Login APDM seperti biasa
  • Di bahagian kiri, tekan butang ‘Modul’
  • Pilih Modul ‘Kehadiran’
  • Pilih nama sekolah dan nama darjah / tingkatan
  • Rekod kehadiran pelajar pada tarikh yang dipilih

 

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang masalah berhubung dengan sistem ini bolehlah menghubungi Bahagian Pengurusan Sekolah Harian iaitu Bahagian Pengurusan Maklumat melalui nombor telefon 03-88849443 atau 03-88843680. Pihak sekolah juga boleh menghantar emel melalui [email protected]

 

ARTIKEL LAIN

Cara Tambah Mata Kredit SPLKPM 2022 (Bagaimana Nak Cukupkan 42 MKD & MKT)

1 thought on “CARA DAFTAR MURID BAHARU DALAM APDM 2022 (Pengesahan Maklumat Guru Kelas)”

Leave a Comment