CARA KEMASKINI APDM ANAK (Panduan Untuk Ibu Bapa)

CARA KEMASKINI APDM ANAK (Panduan Untuk Ibu Bapa)

KEMASKINI APDM ANAK

Kepada ibu bapa yang ingin menegmaskini maklumat anak dalam sistem APDM, semestinya ingin mengetahui caranya. Disini kami akan kongsikan cara kemaskini APDM anak, semoga membantu.

 

APA ITU APDM KPM

Aplikasi Pangkalan Data Murid iaitu APDM merupakan satu aplikasi atas talian yang diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang bertujuan sebagai satu sistem untuk mengisi dan menyimpan maklumat berkenaan murid.

Sistem APDM digunakan oleh guru kelas dan seorang pentadbir yang ditugaskan di sekolah untuk mengendalikan data murid dan sekolah masing-masing. Bantuan yang disalurkan kepada murid juga akan disalurkan melalui maklumat yang didaftarkan dalam sistem APDM.

 

TUJUAN KEMASKINI MAKLUMAT ANAK APDM KPM

Bagi ibu bapa seharusnya membuat pengemaskinian maklumat anak kerana ianya bertujuan:

  • Mengelakan pengisian berulang kali
  • Mendapatkan paparan dan maklumat anak yang bersekolah
  • Mengetahui status kewangan pelajar
  • membantu sekolah dalam menguruskan kebajikan pelajar

Nota: ibubapa diluar sana harus BERTANGGUNGJAWAB membantu pihak sekolah mengemaskini maklumat dengan memasukkan maklumat pendapatan yang betul agar dapat dibuat tapisan bagi pelajar yang layak menerima sebarang bantuan. Maklumat mestilah SAH DAN BENAR.

 

CARA KEMASKINI APDM ANAK

Kepada ibu bapa, berikut adalah merupakan cara untuk membuat kemaskini maklumat anak:

  1. Layari pautan Aplikasi Pangkalan Data Murid(APDM): https://public.moe.gov.my/
  2. Daftar masuk (Untuk pengguna kali pertama)
  3. Selepas daftar, boleh Login. Sila log masuk dengan memasukkan nombor KAD PENGENALAN dan KATA LALUAN.
  4. Seterusnya klik pada Kemaskini Profil Murid
  5. Pada ruangan Semak Maklumat Anak Jagaan, semak maklumat senarai nama anak anda sekiranya mempunyai lebih pada seorang
  6. Klik pada nama anak yang ingin dikemaskini
  7. Terdapat paparan maklumat anak yang telah dikemaskini oleh guru kelas
  8. Ibu bapa hanya boleh kemaskini maklumat seperti berikut:
    • Profil Anak Jagaan
    • Alamat Anak Jagaan
    • Maklumat Penjaga
  9. Setelah selesai mengisi kesemua maklumat, anda perlu membuat Perakuan Maklumat setelah semakan dibuat seterusnya klik pada Hantar
  10. Pengemaskinian maklumat anak selesai, anda boleh ulang proses yang sama untuk anak yang seterusnya.

 

MAKLUMAT LANJUT

Jika terdapat sebarang pertanyaan atau kemusykilan,

  • Sila hubungi nombor telefon Bahagian Pengurusan Sekolah Harian KPM di talian berikut: 03-888 49 225.
  • Anda juga boleh menghantarkan pertanyaan dan aduan melalui e-mel: [email protected]

 

ARTIKEL LAIN

CARA DAFTAR MURID BAHARU DALAM APDM 2022 (Pengesahan Maklumat Guru Kelas)

1 thought on “CARA KEMASKINI APDM ANAK (Panduan Untuk Ibu Bapa)”

Leave a Comment