Bantuan i-Belia(Permohonan Bantuan One-Off Belia Terengganu RM150)

Bantuan i-Belia(Permohonan Bantuan One-Off Belia Terengganu RM150)

Bantuan i-Belia(Permohonan Bantuan One-Off Belia Terengganu RM150)

Kerajaan Negeri Terengganu teleh mengumumkan pemberian bantuan kepada belia di negeri tersebut menerusi Bantuan i-Belia.i-Belia adalah bantuan yang dikhususkan kepada semua belia serta mahasiswa yang berumur 18-39 tahun yang menetap di Terengganu secara one-off.

Pelaksanaan bantuan ini akan memberikan manfaat kepada 135,974 orang belia di negeri tersebut.Permohonan bantuan ini dibuka mulai 18 September 2022 sehingga 6 Oktober 2022.Bagi belia yang layak, setiap penerima akan menerima sebanyak RM150 seorang.

 

Kategori Bantuan i-Belia

Bantuan ini diberikan kepada 4 kategori iaitu:

  • Kategori Belia Bujang
  • Kategori Belia Bujang (Perantau)
  • Kategori Mahasiswa
  • Kategori Mahasiswa (Perantau)

Syarat Permohonan  i-Belia

Syarat permohonan ini adalah bergantung kepada kaetgori iaitu:

 

i) Kategori Belia Bujang

  • Berumur di antara 18 tahun hingga 39 tahun.
  • Status permohonan masih bujang pada tarikh permohonan.
  • Bagi pemohon yang bekerja, jumlah pendapatan bulanan tidak melebihi RM1,500 sebulan.
  • Bagi pemohon yang belum bekerja, jumlah pendapatan isi rumah tidak melebihi RM2,500 (jumlah pendapatan ibu bapa/penjaga).
  • Kakitangan kerajaan negeri dan persekutuan tidak layak memohon.
  • Pemohon berstatus mahasiswa tidak layak memohon bagi kategori bujang.

    ii) Kategori Belia Bujang (Perantau)

 

  • Anak jati Terengganu yang tinggal di luar Negeri Terengganu (perantau).
  • Berumur di antara 18 tahun hingga 39 tahun.
  • Status permohonan masih bujang pada tarikh permohonan.
  • Bagi pemohon yang bekerja, jumlah pendapatan bulanan tidak melebihi RM1,500 sebulan.
  • Bagi pemohon yang belum bekerja, jumlah pendapatan isi rumah tidak melebihi RM2,500 (jumlah pendapatan ibu bapa/penjaga).
  • Kakitangan kerajaan negeri dan persekutuan tidak layak memohon.
  • Pemohon berstatus mahasiswa tidak layak memohon bagi kategori bujang.

iii) Kategori Mahasiswa dan Mahasiswa (Perantau)

 

  • Berumur di antara 18 tahun hingga 39 tahun.
  • Pemohon adalah seorang mahasiswa yang masih menuntut di Institusi Awam atau Swasta di Malaysia.

 

Syarat Utama i-Bantuan

Pemohon perlu memohon menerusi sistem i-Bantuan dan syarat utama i-Bantuan adalah seperti berikut:

 

  • Pemohon adalah rakyat Terengganu dan menetap di Negeri Terengganu.
  • Maklumat pemohon mestilah telah ada dalam Sistem Profil Rakyat Terengganu (PRT 20).
  • Pemohon adalah pengundi berdaftar di Negeri Terengganu.
  • Permohonan mestilah dibuat secara atas talian melalui sistem i-Bantuan.

Cara Memohon Bantuan i-Belia

Permohonan boleh dibuata menerusi langkah-langkah berikut iaitu:

 

  1. Layari laman web https://ibantuan.terengganu.gov.my/#/.
  2. Klik bahagian ‘Daftar.’
  3. Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar.’
  4. Sekiranya maklumat pemohon (KIR) tiada dalam sistem PRT20, maka pemohon berkenaan tidak akan Berjaya mendaftar dalam sistem iBantuan.
  5. Untuk memastikan nama berada di dalam sistem PRT20, sila muat turun Borang PRT20, lengkapkan, dan hantar terus kepada JPKK atau Pusat Khidmat Masyarakat DUN.
  6. Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
  7. Klik butang ‘Mohon’ pada ruangan Pencen Rakyat.
  8. Baca syarat permohonan dan klik butang ‘Berikutnya.’
  9. Masukkan no kad pengenalan dan klik butang ‘Semak.’
  10. Jika berjaya, isi borang permohonan dengan lengkap.
  11. Klik butang ‘Simpan dan Cetak.’
  12. Lengkapkan lampiran yang diperlukan.

 

Maklumat Lanjut & Pertayaan

Untuk pertanyaan lanjut mengenai i-Belia, sila hubungi Pusat Khidmat Masyarakat DUN masing-masing.

 

ARTIKEL LAIN

i-BANTUAN TERENGGANU 2022 (Permohonan & Semakan Bantuan Kerajaan Terengganu)

Leave a Comment