i-BANTUAN TERENGGANU(Permohonan & Semakan Bantuan Kerajaan Terengganu)
Kepada Rakyat Terengganu yang ingin membuat permohonan bantuan yang disediakan oleh kerajaan Terengganu, anda dikehendaki untuk membuat permohonan melalui sistemyang diwujudkan iaitu i-Bantuan. Disini kami akan kongsikan cara membuat permohonan, semoga membantu.
APA ITU i-BANTUAN TERENGGANU
Sistem i-Bantuan merupakan satu website rasmi yang diwujudkan oleh kerajaan negeri Terengganu untuk memudahkan rakyatnya membuat permohonan segala bantuan yang ditawarkan.
FUNGSI i-BANTUAN TERENGGANU
- Sistem i bantuan digunakan untuk permohonan Bantuan di bawah kerajaan Negeri Terengganu
- Sistem ini telah dihubungkan dengan Sistem Profil Rakyat Negeri Terengganu (PRT20) bagi kegunaan semakan maklumat pemohon
- Maklumat pemohon wajib ada di dalam PRT20 bagi melayakkan pemohon memohon melalui i Bantuan
- Pemohon wajib mendaftar sebagai pengguna i Bantuan sebelum mereka membuat permohonan
- Pendaftaran Pengguna ibantuan wajib menggunakan No Kad Pengenalan PEMOHON
- Borang Permohonan akan dicetak melalui sistem ini
SYARAT UTAMA I-BANTUAN TERENGGANU
Berikut adalah merupakan syarat i-Bantuan yang ditetapkan untuk pemohonan membuat permohonan:
- Pemohon adalah rakyat Terengganu dan menetap di Negeri Terengganu.
- Maklumat pemohon mesti telah ada dalam Sistem Profil Rakyat Terengganu (PRT 20).
- Pemohon adalah pengundi berdaftar di Negeri Terengganu.
BANTUAN TERSEDIA KERAJAAN NEGERI TERENGGANU
Pada masa kini berikut adalah merupakan antara bantuan yang tersedia:
- Bantuan Ibu Tunggal
- Bantuan OKU
- Bantuan Pencen Rakyat
- Bantuan Dana Terengganu (i-Fitri)
NOTA: Sega bantuan yang diwujudkan oleh kerajaan Negeri Terengganu perlu dimohon melalui sistem i-Bantuan.
CARA DAFTAR i-BANTUAN TERENGGANU
Sebagai pengguna kali pertama, seharusnya anda membuat pendafatran terlebih dahulu seperti berikut:
- Layari pautan i-Bantuan
- Klik pada Daftar
- Masukkan maklumat yang diperlukan:
- No Kad Pengenalan Pemohon
- Katalaluan mudah diingati
- Isi semula Katalaluan yang sama
- Akhirnya sila Tekan DAFTAR
- Selepas
MASALAH BERKAITAN DAFTAR i-BANTUAN TERENGGANU
Kebiasaanya akan berlaku beberapa situasi :
- Situasi 1
- Sekiranya maklumat pemohon tiada dalam sistem PRT20, maka pemohon berkenaan tidak akan Berjaya mendaftar dalam sistem iBantuan
- Pemohon boleh MUAT TURUN Borang PRT20 atau boleh rujuk JPKK atau Pusat Khidmat Masyarakat DUN untuk memperolehi borang PRT20 A & B
- Pemohon wajib ISI semua Maklumat dlm Borang PRT20 A & B, Kemudian hantar terus kepada JPKK atau Pihak PKMD dalam tempoh permohonan
- Selepas maklumat pemohon & keluarga diisi dalam Sistem PRT20, Pemohon kena ulang semula untuk daftar di dlm sistem iBantuan untuk mendaftar
- Situasi 2
- Pemohon Tidak Berjaya mendaftar kerana Pemohon BUKAN PENGUNDI TERENGGANU . Hanya Pemohon PENGUNDI berdaftar NEGERI TERENGGANU sahaja yang akan Berjaya mendaftar dalam sistem iBantuan
- Sekiranya pemohon adalah pengundi berdaftar Negeri Terengganu, Pemohon boleh m erujuk kepada Pusat Khidmat DUN
- Situasi 3:
- Pemohon BERJAYA mendaftar kerana Maklumat Pemohon ada dlm sistem PRT20.
- Pemohon wajib ingat katalaluan (password) yang didaftarkan
CARA PERMOHONAN i-BANTUAN TERENGGANU
Pemohon yang berkelayakan boleh membuat permohonan seperti berikut:
- Layari laman website i-Bantuan
- Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
- Klik butang Mohon pada ruangan Bantuan yang anda inginkan.
- Baca syarat permohonan yang tertera dan klik Berikutnya.
- Masukkan no kad pengenalan dan klik butang Semak.
- Isikan borang permohonan dengan lengkap.
- Klik butang Simpan dan Cetak.
- Lengkapkan lampiran yang diperlukan.
CARA SEMAKAN STATUS PERMOHONAN i-BANTUAN TERENGGANU
Setelah anda membuat permohonan, berikut adlaah merupakan cara untuk membuat semakan status permohonan anda:
- Layari laman website i-Bantuan
- Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
- Klik pada semakan status permohonan.
- Status permohonan anda akan tertera
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat mengenai i-Bantuan Terangganu, sila merukuk pada panduan di bawah:
- Cara Permohonan
- Syarat Kelayakan bantuan
- Borang PRT20.
- Borang Kemaskini PRT20.
ARTIKEL LAIN
i-PERANTAU 2023 (Permohonan Bantuan Aidilfitri Perantau Terengganu)
Salam Tuan
Saya muski nk tanya pasal batuan pecen ryk terengganu untuk mak&ayah skg dh 68thn ..skg x kerja..mcm mana nk memohon..dh cuba online tapi x boleh..
Minta jasa baik tuan..tolong mak&ayah saya dpt kan batuan ini?