KAD SEJAHTERA TERENGGANU LOGIN (Permohonan Skim Khidmat Rawatan Perubatan)
Kerajaan Negeri Terengganu menjanjikan pelaksanaan Kad Sejahtera bernilai RM500 kepada 20,000 keluarga miskin untuk keperluan asas penjagaan kesihatan. Kad Sejahtera merupakan program kebajikan kesihatan khusus untuk golongan kurang berkemampuan (Kumpulan B40).
Penerima bantuan ini boleh mendapatkan penjagaan kesihatan asas di klinik panel berdaftar tanpa wang tunai (tanpa tunai). Disini kami akan kongsikan kepada anda untuk cara semakan kelayakan, semoga membantu.
APA ITU KAD SEJAHTERA TERENGGANU
Program Kad Sejahtera yang kali pertama diperkenalkan di negeri Terengganu adalah merupakan inisiatif kerajaan negeri Terengganu melaksanakan keadilan sosial kepada golongan sasar melibatkan keluarga berpendapatan rendah, miskin dan miskin tegar. Program Kad Sejahtera ini merupakan skim khidmat rawatan perubatan tahunan melibatkan 20 000 orang penerima.
KELEBIHAN KAD SEJAHTERA
Para pemegang Kad Sejahtera layak mendapatkan rawatan kesihatan sehingga RM500 setahun di mana-mana klinik panel terpilih
MANFAAT KAD SEJAHTERA
Berikut adalah merupakan manfaat yang akan diperolehi iaitu:
- RM500 Had pembiayaan setahun
- RM70 had gunaan setiap kali rawatan
- Tiada had jenis rawatan / perubatan bagi kesihatan asas
SYARAT KELAYAKAN KAD SEJAHTERA
Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan iaitu:
- Untuk suami dan/atau isteri beserta anak-anak yang berkelayakan
- Warganegara Malaysia
- Lahir di negeri Terengganu atau telah menetap di Terengganu melebihi 10 tahun
- Had pendapatan isi rumah sebulan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu.
SEMAK STATUS KELAYAKAN KAD SEJAHTERA
Anda boleh menyemak status kelayakan anda sebagai penerima Kad Sejahtera seperti berikut:
- Layari pautan Semak Kelayakan Anda
- Masukkan no kad pengenalan anda dan tekan Check
- Status kelayakan anda akan terpapar
LOKASI KLINIK PANEL KAD SEJAHTERA
Untuk mengetahui lokasi panel klinik Kad Sejahtera yang berhampiran anda, anda boleh merujuk pada pautan di bawah:
CARA PERMOHONAN KAD SEJAHTERA
Tidak dinyatakan cara untuk membuat permohonan tetapi dijelaskan hanya 20,000 penerima yang berkelayakan pada tahun 2022. Untuk semakan kelayakan anca boleh merujuk seperti di atas
MAKLUMAT LANJUT
Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai Kad Sejahtera Terengganu, anda boleh melayari website rasmi Kad Sejahtera di pautan https://www.kadsejahtera.com/ atau hubungi 1800 22 6600.
ARTIKEL LAIN
i-BANTUAN TERENGGANU 2022 (Permohonan & Semakan Bantuan Kerajaan Terengganu)