PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT TERENGGANU MAIDAM (Semakan Status maidam.gov.my)
Kepada rakyat Terengganu yang berkelayakan, anda boleh membuat permohonan bantuan zakat Maidam (Majlis Agama Islam Dan Adat MelayuTerengganu). Disini kami akan kongsikan kepada anda golongan yang layak serta cara membuat permohonan, semoga membantu.
APA ITU MAIDAM
Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah ditubuhkan berdasarkan Fasal 4 Tambahan kepada Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu 1367 dan diwartakan sebagai Undang-undang Bilangan 1 Tahun 1949, atau dikenali dengan nama Undang-Undang Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu. Secara rasminya MAIDAM ditubuhkan pada 16 Februari 1949. Menurut warta tersebut, Duli Yang Maha Mulia Sultan akan menyebabkan supaya dibuat Undang-Undang bagi maksud mengatur segala perkara agama dan mewujudkan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu bagi membantu dan menasihatkan Duli Yang Maha Mulia dalam semua perkara yang berkaitan. Berdasarkan sejarah, sebelum tahun 1949, peranan MAIDAM dilaksanakan dibawah pentadbiran Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama yang juga bertindak sebagai Yang Dipertua MAIDAM.
GOLONGAN YANG LAYAK MOHON ZAKAT MAIDAM
Wang Zakat yang dibayar kepada MAIDAM diagihkan kepada lapan (8) asnaf yang layak menerima zakat. Berikut adalah asnaf-asnaf yang layak menerima zakat beserta skim bantuan yang disediakan oleh pengurusan MAIDAM :-
- Faqir
- Miskin
- Amil
- Muallaf
- Ar-Riqab
- Al-Gharimin
- Fisabilillah
- Ibnu Sabil
Rujuk: Skim Bantuan Mengikut Asnaf Zakat
KATAGORI SKIM BANTUAN ZAKAT MAIDAM
Berikut adalah asnaf-asnaf yang layak menerima zakat beserta skim bantuan yang disediakan oleh pengurusan MAIDAM :-
Faqir |
|
Miskin |
|
Amil |
|
Muallaf |
|
Ar-Riqab |
|
Al-Gharimin |
|
Fisabilillah |
|
Ibnu Sabil |
|
CARA PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT MAIDAM
Sekiranya anda berkelyakan dan ingin membuat permohonan, berikut adalah merupakan caranya:
- Layari pautan Borang Permohonan Bantuan Zakat Maidam
- Pemohon adalah dikehendaki untuk mengisi maklumat-maklumat yang dikehendaki dan mencetak borang permohonan tersebut.
- Borang permohonan tersebut beserta salinan dokumen-dokumen yang dikehendaki hendaklah dihantar ke pejabat MAIDAM atau Kaunter Pusat Urusan Zakat Daerah masing-masing yang berdekatan bagi membolehkan ianya diproses untuk kelulusan.
CARA SEMAK STATUS PERMOHAN BANTUAN ZAKAT MAIDAM
Kepada anda yang telah membuat permohonan dan ingin membuat semakan status, berikut adalah caranya:
- Layari pautan Semakan Status Permohonan
- Masukkan no kad pengelanan anda pada ruangan tersedia
- Kemudian klik pada Semak
- Status permohonan bantuan zakat anda akan terpapar.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai Bantuan Zakat Maidam, anda boleh melayari portal rasmi Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu
ARTIKEL LAIN:
1 thought on “BANTUAN ZAKAT MAIDAM PERMOHONAN TERENGGANU”