LOKASI PROGRAM JUALAN MURAH RAHMAH 2023(Jadual & Tarikh)
Berita baik kepada warga penduduk di Malaysia, kini Kerajaan akan memperkenalkan bantuan bagi membantu golongan B40 menerusi Jualan Rumah melalui program Payung Rahmah bagi bersedia mendepani isu kos sara hidup yang dijangka lebih serius tahun ini. Disini kami akan kongsikan lokasi, tarikh dan barangan jualan Rahmah ini, semoga emmbantu.
APA ITU JUALAN RAHMAH
Jualan Rahmah adalah konsep jualan murah yang diperkenalkan oleh Kerajaan di bawah inisiatif Payung Rahmah, khusus untuk golongan B40. Menerusi Program Jualan Rahmah, pasar raya menawarkan harga barangan keperluan sehingga 30 peratus lebih murah bagi mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat terutama golongan rentan.
TUJUAN PROGRAM PAYUNG RAHMAH
Tujuan program Payung Rahmah merupakan sebagai persediaan membantu beban ditanggung rakyat terjejas dalam menghadapi isu kos sara hidup. Dengan adanya inisiati ini inisiatif itu diharap dapat membantu rakyat meneruskan kehidupan seharian dalam keadaan ekonomi dunia yang semakin mencabar ketika ini.
KADAR HARGA JUALAN RAHMAH
Melalui Jualan ini menawarkan potongan harga antara 10 hingga 30 peratus pada setiap barangan yang terpilih. Kesemua barangan itu akan ditentukan sendiri oleh pihak pasar raya sama ada secara bermusim atau sebaliknya
BARANGAN JUALAN RAHMAH
Jualan Rahmah meliputi barangan keperluan dan turut membabitkan barangan seperti tepung gandum, minyak masak, mi segera, kopi, susu tepung bayi, susu sejat, biskut, sabun dan lampin pakai buang.
LOKASI PASARAYA TERLIBAT JUALAN RAHMAH
Berikut adalah merupakan antara senarai lokasi pasaraya yang terlibat jualan rahmah ini iaitu
- AEON
- Family Store
- NSK
- Angee
- MYDIN
- Econsave
- 99 Speedmart
TEMPOH PERLAKSAAN JUALAN RAHMAH
Kesemua barangan Jualan Rahmah akan ditentukan sendiri oleh pihak pasar raya sama ada secara bermusim atau sebaliknya
MAKLUMAT LANJUT
Maklumat lanjut mengenai bantuan ini yang akan diperincikan lebih lanjut pada.10 Januari 2023 (Selasa) atau boleh melayari portal rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup di pautan https://www.kpdnhep.gov.my/ms/
ARTIKEL BERKAITAN:
- SENARAI LOKASI KEDAI MENU RAHMAH SELURUH NEGARA
- STR LOGIN 2023 (Log Masuk Sumbangan Tunai Rahmah)
minta pemohonan kerja