SENARAI JENAMA TAYAR TERBAIK MALAYSIA (Tak Mudah Botak & Grip Banyak)
Kepada anda yang memiliki kenderaan dan kerap melakukan perjalanan, seharusnya anda hendaklah memastikan tayar kenderaan anda masih dalam keadaan elok. Sekiranya perlu ditukar, semestinya anda ingin membuat pilihan tayar yang terbaik. Disini kami akan kongsikan senarai jenama tayar terbaik, semoga membantu.
KENAPA PERLU TUKAR TAYAR KENDERAAN
Tayar merupakan antara komponen kenderaan paling penting yang memerlukan penyenggaraan rapi dan teliti. Ini kerana tayar adalah komponen kenderaan yang sangat berkait rapat dengan keselamatan pemanduan.
KEADAAN PERLU TUKAR TAYAR KENDERAAN
Berikut adalah merupakan keadaan anda dikehendaki untuk menukar tayar kenderaan anda:
- Tayar Haus
- Tayar Merekah
- Tayar Tua
- Traksi Kurang
- Tayar Bengkak (Belted Tire)
- Tayar Rosak
JENIS TAYAR KENDERAAN (JENAMA TAYAR TERBAIK)
Berikut adalah merupakan jenis tayar yang perlu diketahui:
- Jenis Tayar Musim Panas
- Corak bunga kurang beralur adalah salah satu ciri-ciri tayar musim panas. Ianya bertujuan untuk memastikan semaksimum mungkin permukaan tayar bersentuhan dengan jalan. Sebatian bunga tayar juga diadun untuk kekal fleksibel.
- Jenis Tayar Musim Sejuk
- Kedalaman bunga tayar adalah merupakan perbezaan utama diantara tayar musim sejuk dan tayar biasa. Sebatian getah asli dan silica berperatusan tinggi telah digunakan dalam proses pembuatan tayar jenis ini.
- Jenis Tayar Semua Musim
- Sesuai digunakan pada semua musim dan diperbuat untuk pemanduan sederhana. Prestasi dan keupayaannya diseimbangkan dalam situasi basah mahupun kering.
- Jenis Tayar Performance
- Tayar jenis ini direka dengan bunga tayar yang minimum dan beralur. Ianya bertujuan untuk memaksimumkan keseluruhan permukaan tayar yang bertemu dengan jalan.
- Jenis Tayar Cuaca Basah
- Direka dengan alur dan bunga bercorak padanya. Cengkaman tayar terhadap jalan sebenarnya tidak dibantu oleh alur. Tujuan utama alur adalah untuk menyingkirkan air dengan cepat diantara permukaan tayar dan jalan.
- Jenis Tayar run Flat
- Penggunaan tayar jenis ini dapat meminimumkam bahaya risiko tayar meletup di tengah-tengah jalan. Ianya juga memanfaatkan tiada keperluan lagi untuk berhenti dan menukar tayar kepada tayar simpanan.
JENAMA TAYAR TERBAIK
Berikut adalah merupakan antara jenama tayar terbaik di Malaysia:
TAYAR GRED PREMIUM | TAYAR GRED PERTENGAHAN | TAYAR GRED EKONOMI |
Bridgestone Continental Dunlop Goodyear Michelin Pirelli Yokohama | Avon
BFGoodrich Cooper Falken Firestone Fulda General Hankook Kumho Marangoni Nokian Toyo Uniroyal Vredestein | Achilles
Apollo Barum Ceat Dayton Debica Dmack ESA Tecar Federal GT Radial Hercules High Performer Infinity Interstate Kenda Kleber Kormoran Marshal Matador Maxtrek Maxxis Meteor Millennium Nankang Neuton Nexen Nitto Prestivo Radar Riken Sava Semperit Silverstone Sumitomo Sunny Tigar Viking westlake tyres Zeetex Zeta |
ARTIKEL LAIN
TINTED KERETA (Cara Pilih & Check Harga Murah Terbaik)
6 thoughts on “JENAMA TAYAR TERBAIK MALAYSIA”