eRAKYAT PAHANG(Permohonan & Semakan Sistem e-Rakyat)

eRAKYAT PAHANG (Permohonan & Semakan Sistem e-Rakyat)

eRAKYAT PAHANG

Kepada warga penduduk negeri Pahang yang berkelyakan ingin membuat permohonan  bantuan, kini kerajaan Negeri Pahang telah mewujudkan satu sistem khas permohonan bantuan yang dikenali sebagai e-Rakyat.

Bagaimana cara membuat permohonan bantuan e-Rakyat? Disini kami akan kongsikan caranya, semoga membantu.

 

APA ITU SISTEM eRAKYAT PAHANG

Sistem e-rakyat adalah subuah portal yang diwujudkan kepada warga penduduk negeri Pahang yang berkelayakkan membuat permohonan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Pahang. Sistem ini bagi memudahkan urusan permohonan dan semakan.

 

JENIS BANTUAN DALAM SISTEM eRAKYAT PAHANG

Sehingga kini, jenis bantuan yang terdapat dalam sistem ini adalah:

  • RM200 kepada kelahiran baharu di negeri Pahang

Nota: Bantuan-bantuan lain di abwah kerajaan negeri Pahanag akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

 

CARA PERMOHONAN BANTUAN SISTEM eRAKYAT PAHANG

Sekiranya anda ingin membuat permohonan bantuan menggunakan sistem ini, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Layari pautan sistem e-Rakyat
  2. Pada paparan utama, klik pada Permohonan
  3. Lengkapkan maklumat yang diperlukan pada borang permohonan seperti:
    • Kategori Bantuan *
    • Jenis Bantuan *
    • Status Warganegara *
    • Pengenalan Diri (Ibu) *
    • Nama Penuh *
    • Alamat *
    • Daerah *
    • Telefon Bimbit *
    • Telefon Rumah
    • Tarikh Lahir (Ibu)
    • Jantina *
    • Bangsa *
    • Surat Beranak Anak *
    • Umur *
    • Status Perkahwinan
    • Agama *
    • Tarikh Kelahiran Anak
  4. Pastikan ruang yang bertanda (*) adalah wajib diisi
  5. Setelah lengkap, semak kembali maklumat anda, kemudia tekan Hantar.

 

CARA SEMAKAN BANTUAN SISTEM eRAKYAT PAHANG

Setelah anda membuat permohonan, anda juga boleh menyemak status permohonan anda dengan cara berikut:

  1. Layari pautan sistem e-Rakyat
  2. Pada paparan utama, klik pada Semakan
  3. Masukkan No Kad Pengenalan anda
  4. Status maklumat permohonan bantuan anda akan terpapar

 

CARA GUNA SISTEM eRAKYAT PAHANG

Untuk penggunaan sistem eRakyat ini, anda seharusnya daftar terlebih dahulu. Sekira bagi pengguna yang dah berdaftar, berikut adalah cara Log Masuk sistem eRakyat:

  1. Layari pautan sistem e-Rakyat
  2. Pada paparan utama, klik pada Sistem eRakyat
  3. Masukkan No Kad Pengenalan dan Kata Laluan anda
  4. Kemudian tekan Masuk.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai sistem eRakyat Pahang, anda boleh merujuk portal rasmi kerajaan Negeri Pahang di pautan https://www.pahang.gov.my/

 

ARTIKEL LAIN

Permohonan BIASISWA YAYASAN PAHANG (BSM) 2022

1 thought on “eRAKYAT PAHANG(Permohonan & Semakan Sistem e-Rakyat)”

Leave a Comment