CARA LAPOR SPRM (Contoh Surat & Talian Hotline Aduan SPRM)

CARA LAPOR SPRM (Contoh Surat & Talian Hotline Aduan SPRM)

CARA LAPOR SPRM

Sekiranya anda pengguna yang mempunyai sebarang maklumat berhubung salah laku rasuah, anda boleh menyalurkan aduan yang lengkap kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Disini kami akan kongsikan kepada anda cara buat lapor kepada SPRM, semoga membantu.

 

APA ITU RASUAH

Apa-apa penerimaan atau pemberian suapan sebagai dorongan atau upah untuk seseorang kerana melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi.

Suapan terdiri daripada wang, hadiah, harta, bonus, diskaun, komisen, jawatan, kontrak pekerjaan, perkhidmatan dan lain-lain tafsiran di bawah seksyen 3 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta SPRM 2009).

 

FUNGSI SPRM

Fungsi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia diperuntukkan di bawah Seksyen 7 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 iaitu :

  1. Menerima dan menimbangkan apa-apa aduan tentang pelakuan kesalahan di bawah Akta SPRM 2009 dan menyiasat mana-mana aduan itu sebagaimana yang difikirkan praktik oleh Ketua Pesuruhjaya atau pegawai-pegawai itu;
  2. Mengesan dan menyiasat :-
    • Apa-apa kesalahan yang disyaki di bawah Akta SPRM 2009;
    • Apa-apa percubaan yang disyaki untuk melakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta SPRM 2009; dan
    • Apa-apa komplot yang disyaki untuk melakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta 2009;
  3. Meneliti amalan, sistem dan tatacara badan-badan awam untuk memudahkan penemuan kesalahan di bawah Akta SPRM 2009 dan untuk menghasilkan kajian semula amalan, sistem atau tatacara itu yang pada pendapat Ketua Pesuruhjaya mungkin membawa kepada rasuah;
  4. Mengarahkan, menasihati dan membantu mana-mana orang, atas permintaan orang itu, tentang cara-cara bagaimana rasuah dapat dihapuskan oleh orang itu;
  5. Menasihati ketua badan-badan awam tentang apa-apa perubahan dalam amalan, sistem atau tatacara yang sesuai dengan penunaian berkesan kewajipan-kewajipan badan-badan awam itu sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Ketua Pesuruhjaya untuk mengurangkan kemungkinan berlakunya rasuah;
  6. Mendidik orang ramai untuk menentang rasuah; dan
  7. Mendapatkan dan memelihara sokongan orang ramai dalam memerangi rasuah

 

CARA BUAT LAPORAN SPRM

Terdapat beberapa cara membuat laporan kepada SPRM, antaranya ialah:

  1. Portal Aduan Rasuah SPRM: https://portaladuan.sprm.gov.my/
  2. Menghubungi talian Hotline SPRM: +603 8870 0688
  3. Melalui SMS SPRM: +6019 6000 696
  4. Menghantar faks SPRM: +603-8870 0934
  5. Melalui talian bebas tol SPRM: 1-800-88-6000
  6. Melalui email SPRM: [email protected]
  7. Melalui aplikasi MACCMobile yang boleh dimuat turun dari Playstore/ Appstore
  8. Melalui surat tanpa setem ke alamat
    • SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA, PETI SURAT 6000.
  9. Hadir terus ke pejabat SPRM yang berdekatan.

 

CONTOH SURAT LAPOR KE SPRM

Untuk menulis surat ke SPRM, pastikan mempunyai maklumat berkualiti yang diperlukan seperti berikut:

  1. Identiti orang yang terlibat
  2. Tarikh, masa dan tempat rasuah berlaku
  3. Bentuk dan nilai rasuah
  4. Lain-lain orang yang mengetahui/melihat kejadian yang berlaku
  5. Apa-apa dokumen/maklumat yang difikirkan boleh membantu siasatan
  6. Tujuan rasuah diberikan atau diterima

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai cara lapor SPRM, anda boleh emlayari website rasmi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di pautan https://www.sprm.gov.my/

 

ARTIKEL LAIN

SPR HOTLINE NUMBER (Cara Hubungi Suruhanjaya Pilihan Raya & Buat Aduan Pertanyaan)

Leave a Comment