myptv.my (Cara Semakan & Tebus Program Baucar Perlindungan Tenang)

myptv.my (Cara Semakan & Tebus Program Baucar Perlindungan Tenang)

myptv.my
myptv.my

Kepada penerima BPR 2021 yang layak harus menebus Baucar Perlindungan Tenang mereka selewat-lewatnya 31 Disember 2021 melalui myptv.my. Industri insurans dan takaful ingin mengumumkan pelancaran Fasa 2 Program Baucar Perlindungan Tenang (PTV) berkuatkuasa 15 November 2021 dan seterusnya. Ini adalah bagi penerima Bantuan Prihatin Rakyat 2021 Bujang dan Warga Emas.

Bagaimana cara semakan dan penebusan myptv.my? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

 

APA ITU PROGRAM BAUCAR PERLINDUNGAN TENANG

Program Baucar Perlindungan Tenang merupakan inisiatif oleh Kerajaan Malaysia untuk memperluas perlindungan sosial kepada golongan B40. Melalui program ini, baucar RM50 diberi kepada penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang layak bagi membantu mereka membeli produk Perlindungan Tenang daripada syarikat insurans dan pengendali takaful berlesen.

 

KELAYAKAN PERMOHONAN PROGRAM BAUCAR PERLINDUNGAN TENANG

Program ini terbuka kepada penerima BPR yang layak untuk kategori isi rumah,bujang dan warga emas.

 

CARA SEMAKAN PROGRAM BAUCAR PERLINDUNGAN TENANG (myptv.my)

Untuk menyemak kelayakan, sila ikuti langkah-langkah seperti di bawah:

  1. Layari website myptv DI SINI
  2. Masukkan maklumat Nombor Kad Pengenalan (NRIC) anda dan tandakan tik (/) di “YA, SAYA TELAH MEMBACA DAN MEMAHAMI NOTIS PRIVASI” dan “Saya bukan robot”;
  3. Klik butang “Cari”. Jika anda layak untuk program ini, anda akan menerima nombor baucar dalam mesej seterusnya.

NOTA: Sebagai alternatif, anda juga boleh mengunjungi mana-mana cawangan atau ejen/pengedar syarikat insurans / pengendali takaful yang sah yang menawarkan produk Perlindungan Tenang untuk menyemak kelayakan anda.

 

CARA PENEBUSAN PROGRAM BAUCAR PERLINDUNGAN TENANG (myptv.my)

Terdapat dua cara untuk menebus baucar semasa membeli produk anda:

  1. Penebusan baucar untuk pembelian produk atas talian:
    • Layari mycoverage.my/perlindungan_tenang/
    • Skrol ke bawah untuk melihat seksyen “Produk Perlindungan Tenang”. Klik ikon logo syarikat/produk Perlindungan Tenang untuk mendapatkan maklumat asas mengenai produk tersebut.
    • Sila semak kriteria produk masing-masing seperti had umur dan jumlah premium/sumbangan sebelum memutuskan produk yang paling sesuai dengan keperluan anda.;
    • Tekan butang “KETAHUI LEBIH LANJUT” dan anda akan dibawa ke laman web syarikat insurans atau pengendali takaful yang menawarkan produk Perlindungan Tenang tersebut.
    • Anda akan dibantu untuk melalui proses yang mudah untuk menyertai/membeli produk tersebut. Anda perlu mengisi maklumat yang diperlukan seperti nama, nombor Kad Pengenalan (NRIC), umur, jantina dan lain-lain untuk melengkapkan proses pembelian.
    • Anda mungkin juga perlu memasukkan nombor Baucar Perlindungan Tenang unik anda untuk menuntut baucar tersebut semasa pembelian produk.
    • Anda dinasihatkan untuk membaca terma dan syarat produk tersebut sebelum membuat pembelian.
  2. Penebusan dan pembelian di kaunter:
    • Anda juga boleh menebus baucar dan menyertai/membeli produk Perlindungan Tenang secara langsung dari kaunter pejabat cawagan atau ejen/pengedar sah syarikat insurans/pengendali takaful.
    • Teliti dan fahami maklumat asas serta manfaat produk, termasuk menyemak kriteria produk seperti had umur dan jumlah premium/sumbangan sebelum memutuskan produk yang paling sesuai dengan keperluan anda. Anda akan dibantu sekiranya mempunyai sebarang persoalan mengenai produk Perlindungan Tenang tersebut.
    • Sekiranya anda ingin meneruskan pembelian, anda akan diminta untuk mengisi maklumat yang diperlukan untuk melengkapkan proses pembelian.
    • Proses ini mungkin berbeza mengikut syarikat insurans dan pengendali takaful masing-masing. Anda dinasihatkan untuk menghubungi wakil perkhidmatan pelanggan syarikat insurans dan pengendali takaful masing-masing untuk mendapatkan maklumat lanjut.

 

SOALAN LAZIM

 

Bilakah tarikh Program Baucar Perlindungan Tenang ini berkuatkuasa?

Baucar RM50 Perlindungan Tenang boleh digunakan dari 30 September 2021 sehingga 31 Disember 2021. Sekiranya anda menebus baucar PTV RM50 selewat-lewatnya 31 Disember 2021, anda masih layak untuk menebus baucar PTV RM75 pada tahun 2022.

 

Berapa banyak baucar yang akan saya terima?

Setiap penerima BPR yang layak hanya akan menerima satu baucar bernilai RM50. Baucar ini hanya boleh digunakan oleh penerima BPR yang layak dan tidak boleh dipindahmilik.

 

Bolehkah saya menukar baucar kepada tunai dan adakah terdapat tarikh luput untuk menggunakan baucar tersebut?

Tidak, baucar ini tidak boleh dipulangkan atau ditukarkan kepada wang tunai secara sebahagian atau penuh. Baucar RM50 PTV perlu digunakan dalam masa Program Baucar Perlindungan Tenang bermula dari 30 September 2021 sehingga 31 Disember 2021.

 

ARTIKEL LAIN

MySALAM TAKAFUL 2021: CARA PENDAFTARAN SKIM BANTUAN TAKAFUL ONLINE

1 thought on “myptv.my (Cara Semakan & Tebus Program Baucar Perlindungan Tenang)”

Leave a Comment