PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 SESI 2023/2024 KPM ONLINE (public.moe.gov.my)
Kepada ibu bapa yang ingin mendaftarkan anak tahun 1 sesi 2023/2024, semestinya kena buat pendaftaran terlebih dahulu. Disini kami akan kongsikan cara untun membuat pendaftaran murid tahun 1 KPM online, semoga membantu.
SYARAT PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 SESI 2023 / 2024
Berikut adalah merupakan syarat pendaftaran yang telah ditetapkan:
- Kana-kanak Warganegara Malaysia sahaja
- Kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2016 hingga 1 Januari 2017 untuk sesi persekolahan 2023
- Kanak-kanak yang Lahir pada 2 Januari 2017 hingga 1 Januari 2018 untuk sesi persekolahan 2024
TEMPOH PERMOHONAN PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 SESI 2023 / 2024
Tempoh permohonan bermula 1 Mac 2022 hingga 30 April 2022
DOKUMEN DIPERLUKAN
Pastikan anda sediakan dokumen seperti berikut untuk melancarkan rurusan permohonan pendaftaran:
- Buku Rekod Kesihatan murid (tarikh imunisasi/suntikan)
- Sijil Lahir murid
- Borang permohonan Tahun 1 (yang dicetak selepas mengisi maklumat secara online)
- Kad pengenalan ibu bapa / penjaga murid
- Sijil nikah/Sijil Daftar Kahwin
- Sijil Cerai dan sijil hak jagaan anak (jika berkenaan)
- Bil Utiliti : SYABAS/TNB/ASTRO/TELEFON (Sebagai bukti alamat tempat tinggal)
CARA PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 SESI 2023 / 2024
Kepada ibu bapa yang ingin daftarkan anak ke tahun 1, berikut adalah merupakan caranya:
- Layari pautan SPATKPM: https://public.moe.gov.my/
- Sebagai pengguna kali pertama, klik pada Pengguna Baru
- Isikan dengan lengkap segala maklumat yang diperlukan
- Semak kembali maklumat yang anda isikan, pada ruangan Pengesahan Kod, masukkan kod yang tertera dan klik pada Daftar
- Setelah anda berjaya daftar, log masuk kembali ke akaun anda untuk teruskan proses pendaftaran
- Pada menu utama klik pada menu Tahun 1 > Permohonan Baharu
- Masukkan no MyKid sebagai ID pengenalan murid untuk mendaftar
- Lengkapkan maklumat yang diperlukan seperti berikut:
- Maklumat murid
- Maklumat kesihatan
- Maklumat penjaga
- Setelah selesai, semak kembali maklumat tersebut dan klik pada Simpan dan Seterusnya
- Sekiranya anda ingin membuat pengemaskinian, boleh klik pada Semak Permohonan.
- Sekiranya maklumat betul dan tepat, klik pada menu Perakuan
- Semak sekali lagi maklumat tersebuat, sekiranya berpuas hati klik pada Peraku Benar Dan Hantar
- Status permohonan murid akan dipaparkan.
- Ibu bapa boleh mencetak surat permohonan sekolah dan surat persetujuan kesihatan untuk tujuan rujukan.
TARIKH SEMAKAN PENEMPATAN MURID TAHUN 1 SESI 2023 / 2024
Ibu bapa yang telah membuat pendaftaran anak boleh membuat semakan penempatan mulai pada 1 Ogos 2022.
PENGESAHAN PENEMPATAN boleh dibuat oleh ibu bapa dengan hadir ke sekolah atau dalam talian di pautan https://public.moe.gov.my/
TARIKH RAYUAN PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 SESI 2023 / 2024
Kepada ibu bapa yang ingin membuat rayuan, boleh dibuat mulai 1 Ogos 2022 hingga 31 Ogos 2022.
Nota: Keputusan Rayuan boleh disemak pada 1 Oktober 2022. Rayuan hanya boleh dibuat melalui sistem sahaja dibuat secara online dan keputusan juga melalui sistem.
MAKLUMAT LANJUT
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau permasalahan berkaitan pendaftaran murid Tahun 1 di sekolah yang diinginkan, anda boleh menghubungi nombor telefon dan e-mel mengikut negeri pendaftaran anak atau jagaan masing-masing melalui pautan https://public.moe.gov.my/?kpm=hubungi&negeri=0
ARTIKEL LAIN
CARA KEMASKINI APDM ANAK (Panduan Untuk Ibu Bapa)