TARIKH MULA PUASA 2023 DI MALAYSIA JAKIM (Cuti Awal Ramadhan)

TARIKH MULA PUASA 2023 DI MALAYSIA JAKIM (Cuti Awal Ramadhan)

TARIKH MULA PUASA

Sebagai persedian awa/ semestinya anda ingin  mengetahui tarikh ibadat puasa pada bulan Ramadhan bagi 2023.. Di sini kami kongsikan kepada anda semua umat islam terutamanya di Malaysia berkenaan tarikh awal ramadhan, semoga membantu.

 

CARA MELIHAT ANAK BULAN (Penentuan Tarikh Puasa)

  • Dalam takwim Hijrah, terdapat 12 bulan. Setiap bulan mengandungi 29 atau 30 hari, tetapi lazimnya tidak dalam turutan yang tetap.
  • Secara tradisinya, hari pertama setiap bulan akan bermula setelah anak bulan (hilal) kelihatan ketika Matahari terbenam.
  • Jika hilal tidak kelihatan selepas 29 hari pada bulan tersebut, samaada dilindungi awan atau langit di ufuk barat terlalu terang apabila Bulan terbenam, maka, hari tersebut dikira sebagai hari yang ke-30.
  • Pencerapan atau rukyah tersebut haruslah dilakukan oleh orang yang dipercayai dan dan mengakuinya dihadapan pemimpin.
  • Secara umumnya penetuan awal bulan hijri – terutamanya bulan Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah adalah berdasarkan pergerakan Bulan dan Bumi mengelilingi Matahari.
  • Dengan pencerapan begini mendorong Muslim berkecimpung dalam bidang astronomi atau dikenali di Malaysia sebagai ilmu falak, yang meletakkan Islam terkehadapan dalam sains tersebut buat beberapa kurun.

 

TARIKH PUASA BAGI TAHUN 2023

  • Tarikh mula puasa bagi tahun 2023 adalah pada 23 Mac 2023, iaitu bersamaan dengan 1 Ramadhan 1444H.
  • Perkara ini dinyatakan dalam Takwim 2023 Miladiah / 1444-1445 Hijriah yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, berdasarkan Panel Pakar Falak JAKIM.

NOTA:  Walaubagaimanapun, tarikh awal Ramadhan tetap setiap tahun kita akan tetap menunggu pengumuman tarikh anak bulan.

 

TARIKH CUTI AWAL RAMADHAN TAHUN 2023

Cuti awal puasa adalah pada  23 Mac 2023 (Khamis). Negeri yang mengambil cuti sempena Awal Ramadhan adalah Johor Kedah dan Melaka

 

TARIKH PENTING DALAM ISLAM BAGI TAHUN 2023

Berikut adalah merupakan tarikh-tarikh penting dalam islam yang anda harus ketahui:

TARIKH HIJRITARIKH MILADIHARI PERAYAAN / KEBESARAN ISLAM
27 REJAB 144418 Februari 2023Israk dan Mikraj
*01 RAMADHAN 144423 Mac 2023* Awal Ramadan/Berpuasa
17 RAMADHAN 14448 April 2023Nuzul Al-Quran
*01 SYAWAL 144422 April 2023Hari Raya Puasa / Aidilfitri
01 ZULHIJJAH 144420 Jun 2023Awal Zulhijjah
*10 ZULHIJJAH 144429 Jun 2023* Hari Raya Korban / Aidiladha
01 MUHARRAM 144519 Julai 2023Awal Muharam / Maal Hijrah
12 RABI’ULAWAL 144528 September 2023Maulidur Rasul

* Tarikh ini akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, malaysia

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai tarikh-tarikh penting dalam Islam, anda boleh merujuk website rasmi Jsila rujuk laman web Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

 

ARTIKEL LAIN

DIVIDEN TABUNG HAJI 2022 ( SEMAKAN HIBAH TABUNG HAJI TAHUN 2021)

 

2 thoughts on “TARIKH MULA PUASA 2023 DI MALAYSIA JAKIM (Cuti Awal Ramadhan)”

Leave a Comment