MAULIDUR RASUL 2022 (Bila Tarikh Cuti Tema & Teks Selawat Nabi)

MAULIDUR RASUL 2022 (Bila Tarikh Cuti Tema & Teks Selawat Nabi)

MAULIDUR RASUL CUTI

Sambutan Maulidur Rasul bagi tahun 2022 akan menjelang tiba. Disini kami akan kongsikan kepada anda tarikh cuti dan juga teks selawat nabi, semoga membantu.

 

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Sambutan Maulidur Rasul adalah sambutan yang diadakan sempena hari kelahiran baginda Rasulullah SAW, menurut pandangan sebahagian ulamak seperti Imam al-Suyuti beliau menyatakan bahawa amalan tersebut adalah baik dan akan diberi pahala serta ganjarannya, kerana bertujuan melahirkan rasa cinta dan sayang kepada junjungan Nabi Muhammad SAW.

Berselawat adalah antara amalan yang digalakkan pada sambutan Maulidur Rasul. Menurut pandangan Syeikhul Islam Sayid Dahlan menyatakan bahawa selawat dan berdiri kerana membesarkan Nabi adalah amalan baik lagi mulia.

 

TARIKH SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2022

Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. (Maulidur Rasul ) cuti bagi tahun 2022 jatuh pada 9 Oktober 2022 (Ahad). Hari ini merupakan hari Kelepasan Am Persekutuan (cuti bagi semua negeri di Malaysia).

Memandangkan ia jatuh pada hari Ahad tahun ini, maka cuti ini akan dibawa ke hari Isnin, 10 Oktober 2022 bagi Kumpulan B.

 

JADUAL HARI KELEPASAN AM PERSEKUTUAN 2022

Gambar di bawah akan menunjukkkan hari kelepasan am persekutuan bagi tahun 2022:

 

TEKS SELAWAT NABI MAULIDUL RASUL

Berikut adalah merupakan teks selawat:

    • ‎صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد (Selawat Allah ke atas Muhammad)
    • ‎صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ (Selawat salam dipohon lagi)
    • ‎صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد (Selawat Allah ke atas Muhammad)
    • ‎صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ (Selawat salam dipohon lagi)
    • ‎يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ (Wahai Nabi salam atasmu)
    • ‎يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ (Wahai Rasul, salam atasmu)
    • ‎يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ (Wahai kekasih, salam atasmu)
    • ‎صَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ (Selawat Allah ke atasmu)
    • ‎أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا (Bulan purnama menyinari kita)
    • ‎فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ (Hilang segala cahaya)
    • ‎مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا (Indah menawan tak pernah dilihat)
    • ‎قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُوْرِ (Wajah gembira sepanjang hayat)
    • ‎أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ (Kaulah matahari, kaulah bulan)
    • ‎أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ (Kaulah cahaya mengatasi cahaya)
    • ‎أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي (Kaulah rahsia hidup mulia)
    • ‎أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ (Kaulah menyuluhi jiwa)
    • ‎يَا حَبِيْبِيْ يَا مُحَمَّد (Wahai kekasihku, ya Muhammad)
    • ‎يَا عَرُوْسَ الْخَافِقَيْنِ (Wahai pendamping indah sejagat)
    • ‎يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّدُ (Wahai Nabi dijulang dipuja)
    • ‎يَا إِمَامَ الْقِبْلَتَيْنِ (Wahai imam 2 kiblat)
    • ‎مَنْ رَأَى وَجْهَكَ يَسْعَد (Bahagialah orang memandang wajahmu)
    • ‎يَا كَرِيْمَ الْوَالِدَيْنِ (Wahai penghulu keturunan mulia)
    • ‎حَوْضُكَ الصَّافِى الْمُبَرَّد (Kolam airmu sejuk jernih)
    • ‎وِرْدُنَا يَوْمَ النُّشُوْرِ (Kunjungi kami pada hari akhirat)
    • ‎عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى (Allah mengetahui rahsia sulit)
    • ‎مُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِ (Dialah menyahut semua seruan)
    • ‎رَبِّ إرْحَمْنَا جَمِيْعًا (Wahai Tuhan Rahmatilah kami)
    • ‎بِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِ (Dengan segala amalan soleh)
    • ‎وَصَلاَةُ الله عَلَى أَحْمَد (Selawat Allah ke atas Muhammad)
    • ‎عَدَّ تَحْرِيْرِ السُّطُوْرِ (Sebanyak baris kertas ditulis)
    • ‎أَحْمَدُ الْهَادِي مُحَمَّد (Ahmad Muhammad petunjuk jalan)
    • ‎صَاحِبُ الْوَجْهِ الْمُنِيْرِ (Empunya wajah berseri menawan.)

 

LOKASI SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT KEBANGSAAN

Bagi tahun 1444H ini, sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur (PWTC) pada 9 Oktober 2022 (Ahad).

Siaran langsung akan dapat ditonton melalui saluran televisyen dan radio utama pada hari tersebut.

 

TEMA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT KEBANGSAAN

Tema bagi sambutan kali ini adalah “Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran”.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Takwim Persekolahan Tahun 2022 / 2023 dan kenyataan terkini oleh Kementerian Pendidikan Malaysia

 

ARTIKEL LAIN

TARIKH MULA PUASA 2023 DI MALAYSIA JAKIM (Cuti Awal Ramadhan)

 

Leave a Comment