eMUNAKAHAT PENANG (Permohonan & Borang Nikah Online)

eMUNAKAHAT PENANG (Permohonan & Borang Nikah Online)

eMUNAKAHAT PENANG

Kepada warga Pulau Pinang yang ingin melangsung perkahwinan atau permohonan pendaftaran percerai, anda kini boleh membuat permohonan secara online menerusi eMunakahat Penang. Disini kami akan kongsikan kepada anda, semoga membantu.

 

APA ITU eMUNAKAHAT PENANG

eMunakahat Penang merupakan web aplikasi Nikah Cerai Ruju’ (NCR) Pulau PInang secara dalam talian. web aplikasi NCR ini disediakan bagi memenuhi tuntunan awam yang mahukan perkhidmatan yang lebih cekap dan efisien dengan penggunaan teknologi maklumat yang sangat meluas digunakan era ini. Aplikasi ini menyediakan kemudahan perkhidmatan yang berkaitan dengan perkahwinan, perceraian dan ruju’ yang merupakan perkhidmatan utama bagi mana-mana jabatan agama seluruh Malaysia secara atas talian.

 

PERKHIDMATAN eMUNAKAHAT PENANG

Berikut adalah merupakan antara perkhdimatan tersedia yang boleh dilakukan secara atas talian menerusi web aplikasi NCR ini iaitu:

  • Permohonan kursus praperkahwinan
  • Permohonan berkahwin
  • Permohonan pendaftaran perceraian
  • Semakan status permohonan sijil nikah, cerai dan ruju’.

 

PERMOHONAN KURSUS PRAPERKAHWINAN eMUNAKAHAT PENANG

Kepada anda yang ingin membuat permohonan kursus praperkahwinan, berikut adalah merupakan prosudernya:

  1. Isi borang permohonan kursus di Pejabat Agama Daerah yang HENDAK DIHADIRI atau mengisi permohonan kursus secara online.
  2. Kursus ini hendaklah diambil oleh pemohon yang akan mendirikan rumahtangga sebelum mereka membuat permohonan untuk berkahwin.
  3. Hadir pendaftaran kursus di lokasi yang akan dimaklumkan pada hari tarikh yang dipilih.
  4. Pemohon yang mengambil kursus Pra Perkahwinan Islam di Negeri Pulau Pinang akan DIKECUALIKAN daripada temuduga perkahwinan berkuatkuasa bulan MAC 2016.
  5. Cara Permohonan:
    • Layari pautan Permohonan Kursus Online 
    • Klik “Permohonan” pada bahagian menu
    • Pilih penganjur program PraPerkahwinan daripada senarai yang dipaparkan dan klik Paparkan
    • Klik pada Pilih pada tarikh yang masih Available
    • Masukkan nombor kad pengenalan anda dan lengkapkan segala butiran sehingga permohonan anda selesai
  6. Semakan permohonan
    1. Layari pautan Semakan 
    2. Masukkan No KAd Pengenalan
    3. Taipkan kod Catcha yang tertera dan klik semak
    4. Status permohonan anda akan terpapar

NOTA: Sebarang permohonan adalah tertakluk kepada terma dan syarat. Permohonan yang tidak lengkap/benar tidak akan dilayan. Permohonan online boleh dilakukan selewat-lewatnya 14 hari sebelum tarikh kursus dijalankan.

 

PERMOHONAN BERKAHWIN eMUNAKAHAT PENANG

Kepada anda yang ingin membuat permohonan berkahwin, berikut adalah merupakan prosudernya:

  1. Pemohon lelaki sekurang-kurangnya 18 tahun dan pemohon perempuan 16 tahun. Pemohon yang berumur kurang dari umur yang ditetapkan perlu mendapatkan Surat Rujukan dari Pejabat Agama Daerah untuk mendapatkan proses kebenaran daripada Mahkamah Syariah.
  2. Borang permohonan boleh diisi seawal-awalnya 90 hari dari tarikh akad nikah atau selewat-lewatnya 14 hari bagi warganegara Malaysia dan 21 hari untuk warganegara asing sebelum tarikh akad nikah.
  3. Pemohon (lelaki/perempuan) yang beralamat di Pulau Pinang atau bermastautin tetap di Pulau Pinang melebihi 4 bulan layak untuk memohon Kebenaran Berkahwin menerusi aplikasi ini
  4. Permohonan yang dibuat secara online pada pautan Permohonan Berkahwin hanya akan diproses apabila pemohon melaksanakan proses-proses seperti senarai semak permohonan kebenaran berkahwin (mengikut situasi pemohon).
  5. Semakan permohoan
    • Layari pautan Semakan Pendaftaran 
    • Masukkan No Kad Pengenalan
    • Taipkan kod Catcha yang tertera dan klik Submit
    • Status permohonan anda akan terpapar

 

PERAKUAN PERCERAIAN eMUNAKAHATPENANG

Kepada anda yang ingin membuat permohonan kad nikah, berikut adalah merupakan prosudernya:

  1. Telah mendapat perintah daftar daripada mana-mana Mahkamah
  2. Permohonan yang dibuat secara online
  3. Cara permohonan:
    • Layari pautan Permohonan Pendaftaran Perceraian 
    • Pemohon hendaklah mengisi borang online dengan lengkap.
    • Pemohon hendaklah mencetak borang yang telah lengkap diisi.
    • Borang yang telah dicetak hendaklah dikemukakan sendiri oleh pemohon kepada Pejabat Agama Daerah beserta dokumen-dokumen berikut :
      • Kad pengenalan asal dan salinan
      • Perintah mahkamah asal dan salinan.
      • Surat Perakuan Nikah/Ruju’ (Asal) dan Kad Perakuan Nikah
      • Salinan affidavit perceraian mahkamah (perceraian luar mahkamah)
  4. Cara Semakan
    • Layari pautan Semakan Permohonan 
    • Masukkan No Kad Pengenalan
    • Taipkan kod Catcha yang tertera dan klik Submit
    • Status permohonan anda akan terpapar

 

PERMOHONAN KAD NIKAH eMUNAKAHAT PENANG

Kepada anda yang ingin membuat permohonan kad nikah, berikut adalah merupakan prosudernya:

  1. Muat turun Borang Permohonan Kad Nikah 
  2. Gambar berukuran pasport sebanyak satu keping setiap seorang. (Perempuan mesti bertudung)
  3. Surat Perakuan Nikah Negeri Pulau Pinang ( satu salinan ) – (Jika berkaitan)
  4. Salinan Kad Pengenalan (suami dan isteri)
  5. Bayaran hendaklah dibuat di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang dan Pejabat Agama Daerah
  6. Pemohon boleh datang ke Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang atau Pejabat Agama Daerah (Tempat Permohonan) untuk menuntut Kad Nikah setelah permohonan lengkap diterima.
  7. Pemohon hendaklah menghubungi Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam dan Pejabat Agama Daerah terlebih dahulu untuk mengetahui status pengeluaran Kad Nikah.
  8. Pengeluaran Kad Nikah adalah tertakluk kepada kelancaran Sistem.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai web aplikasi eMunakahat Penang, anda boleh melayari pautan rasminya DI SINI  

 

ARTIKEL LAIN

esyariah (Semakan Status Perkahwinan Perceraian & Kes MAL Tuntutan)

Leave a Comment