CARA SEMAK TARIKH LUPUT ROADTAX MyJPJ (Check Bila Mati)

CARA SEMAK TARIKH LUPUT ROADTAX MyJPJ (Check Bila Mati)

SEMAK ROADTAX MyJPJ

Bagi setiap pemilik kenderaan, roadtax adalah wajib untuk diambil dan diperbaharui supaya kenderaan dapat dipandu secara sah di atas jalan raya. Kepada anda yang ingin membuat semakan roadtax, disini kami akan kongsikan cara semak tarikh luput roadtax menggunakan MyJPJ, semoga membantu.

 

APA ITU ROADTAX

Roadtax atau Lesen Kenderaan Motor (LKM) lebih dikenali dengan istilah cukai jalan adalah bayaran yang dikenakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ke atas pemilik kenderaan bermotor sebelum kenderaan tersebut dibenarkan untuk dipandu di jalan raya secara sah

 

KENAPA PERLU UNTUK MEMPERBAHARUI ROADTAX

Penting untuk anda perbaharui roadtax anda sebelum tarikh tamat untuk mengelakkan denda. Berdasarkan peruntukan undang-undang, pemilik kenderaan gagal menghidupkan cukai jalan boleh didakwa mengikut Seksyen 15(1) dan Seksyen 90(1) Akta Pengangkutan Jalan Raya (APJ) 1987.

 

BILA PERLU MEMPERBAHARUI ROADTAX

Roadtax perlu diperbaharui pada setiap tahun. Anda boleh mengambil tahu tarikh tamat tempoh roadtax anda dengan menyemak tarikh yang tertera di atas kertas roadtax anda. Roadtax boleh diperbaharui 60 hari, bersamaan dengan 2 bulan sebelum tarikh tamat tempohnya.

 

FAKTOR PENILAIAN JUMLAH ROADTAX

Berikut adalah merupakan faktor-faktor yang mempengaruhi jumlah cukai jalan yang perlu dibayar iaitu:

  • Kapasiti enjin kenderaan
  • Lokasi kenderaan secara geografi
  • Jenis kenderaan
  • Jenis pemilikan.

 

CARA SEMAK ROADTAX GUNA MyJPJ

Kepada anda yang ingin cuba semak roadtax menerusi MyJPJ, berikut adalah merupakan caranya iaitu:

  1. Buka aplikasi MyJPJ di telefon anda
  2. Log masuk ke dalam akaun anda
  3. Pada paparan menu utama di bahagian Perlesenan Kenderaan klik pada Semakan Lesen Kenderaan
  4. Masukkan No Kad Pengenalan dan no kenderaan anda pada ruangan yang tersedia.
  5. Anda juga boleh menyemak status roadtax bagi pihak ketiga dengan masukkan no kad pengenalan dan no kenderaan mereka pada ruangan tersebut.
  6. Sekiranya sudah selesai, klik pada Hantar
  7. Paparan akan menunjukkan Nama, No kad pengenalan dan no kenderaan serta dibawahnya pula akan menunjukkan paparan maklumat cukai jalan (roadtax) seperti tarikh mula dan tarikh luput.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai cara semak roadtax, anda boleh berhubung melalui saluran berikut:

 

ARTIKEL LAIN

CARA TUKAR KATA LALUAN BARU MyJPJ APP (Reset Password Bagi Yang Terlupa)

2 thoughts on “CARA SEMAK TARIKH LUPUT ROADTAX MyJPJ (Check Bila Mati)”

  1. Saya ingin bertanya, bagaimana dgn wargaemas, adakah kesemua insan2 yg bergelar wargaemas di pentas dunia ini layak utk menerima bantuan bkss?

    Reply

Leave a Comment