CARA DAFTAR AKAUN MyJPJ (Pengguna Baru Melalui Aplikasi MySikap)

CARA DAFTAR AKAUN MyJPJ (Pengguna Baru Melalui Aplikasi MySikap)

CARA DAFTAR AKAUN MyJPJ

Terkini menteri pengangkutan mengumumkan melalui Inisiatif Pendigitalan Perkhidmatan Teras JPJ, mengumumkan langkah digitalisasi dalam perkhidmatan teras Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) iaitu dengan mewujudkan aplikasi MyJPJ. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara daftar akaun bagi pengguna kali pertama, semoga membantu.

 

APA ITU MyJPJ

Aplikasi MyJPJ ini merupakan merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh JabatanPengangkutan Jalan (JPJ) untuksemakanurusniaga yang berkaitandengan JPJ secara online bagi memudahkan urusan penggunanya  yang seterusnya membantu dalam mengurangkan kesesakan di Jabatan Pengangkutan Jalan.

 

MUAT TURUN APLIKASI MyJPJ

Bagi memudahkan penggunaan anda, seharusnya anda memuat turun dan install aplikasi ini di telefon anda melalui pautan di bawah:

 

PERKHIDMATAN TERSEDIA APLIKASI MyJPJ

Perkhidmatan yang ditawarkan di aplikasi MyJPJ adalah seperti berikut:

  1. Semakan berkaitan Pelesenan Kenderaan seperti nombor terkini dan tarikh tamat Lesen Kenderaan Motor(LKM).
  2. Semakan berkaitan Pelesenan Pemandu seperti tarikh tamat lesen memandu dan keputusan ujian memandu.
  3. Semakan berkaitan Saman JPJ seperti mata demerit, saman dan senarai hitam.
  4. Pautan ke aplikasi bidaan nombor kenderaan(JPJeBid) dan aplikasi nombor giliran (JPJeQ).
  5. Laporan aduan kesalahan trafik(eAduan@JPJ)
  6. Paparan LMM dan LKM secara digital di profil pengguna.
  7. Pembaharuan Lesen Memandu Malaysia (LMM) dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) – fungsi baharu pada masa depan yang akan dimaklumkan kelak.

 

PRA SYARAT DAFTAR ID MyJPJ

Pra-syarat bagi mendaftar ID pengguna adalah seperti berikut;

  1. Nama Penuh;
  2. Nombor Kad Pengenalan;
  3. Alamat emel yang sah; dan
  4. Nombor Telefon Bimbit yang sah

 

CARA DAFTAR AKAUN MyJPJ (Pengguna Kali Pertama)

Untuk log masuk ke MyJPJ, anda dikehendaki untuk mendaftar akaun di MySIkap terlebih dahulu. Berikut adalah merupakan caranya iaitu:

  1. Daftar sebagai pengguna MySikap melalui pautan https://public.jpj.gov.my/ atau anda boleh daftarkan menerusi aplikasi MyJPJ
  2. Pada paparan utama, klik pada Daftar Akaun Baharu
  3. Masukkan No. MyKad/MyPR/MyKAS di ruangan yang disediakan untuk menyemak jika ID yang ingin didaftarkan telah wujud atau belum.
  4. Jika ID yang dimasukkan masih belum didaftarkan, pengguna akan terus ke paparan “Daftar Akaun Baharu”.
  5. Masukkan butiran pendaftaran seperti arahan yang dipaparkan di skrin dan tandakan di ruangan “Perakuan”.
  6. Tekan butang “Hantar” untuk mendaftar.
  7. Setelah pendaftaran berjaya, skrin “Log Masuk Kali Pertama” akan dipaparkan. Masukkan butiran seperti arahan yang dipaparkan dan tekan butang “Seterusnya”.
  8. Anda akan mendapat mesej popup “Rekod Berjaya Disimpan. Sila tetapkan kata laluan anda di halaman seterusnya”. Klik “OK” untuk kelaman Penetapan Kata Laluan.
  9. Masukkan kata laluan anda mengikut tetapan yang diperlukan. Dan tekan butang “Hantar”.
  10. Anda akan menerima mesej “Rekod Berjaya Disimpan. Sila Log Masuk”. Klik pada “OK” di bahagian bawah mesej untuk Kembali kelaman Log Masuk.
  11. Selesai, pendaftaran anda telah berjaya

NOTA: Anda juga boleh mendapatkan ID MySikap melalui mana-mana kios JPJ berdekatan, kaunter JPJ, atau mana-mana kaunter bergerak kenderaan JPJ Mobil.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut atau persoalan mengenai perkhidmatan MyJPJ, anda boleh berhubung melalui saluran berikut:

 

ARTIKEL LAIN

CARA TUKAR KATA LALUAN BARU MyJPJ APP (Reset Password Bagi Yang Terlupa)

 

8 thoughts on “CARA DAFTAR AKAUN MyJPJ (Pengguna Baru Melalui Aplikasi MySikap)”

Leave a Comment