CARA TUKAR KATA LALUAN BARU MyJPJ APP (Reset Password Bagi Yang Terlupa)
Terkini menteri pengangkutan mengumumkan melalui Inisiatif Pendigitalan Perkhidmatan Teras JPJ, mengumumkan langkah digitalisasi dalam perkhidmatan teras Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) iaitu dengan mewujudkan aplikasi MyJPJ. Kepada anda yang pernah mendaftar di MySikap sebelum ini, dan terlupa kata laluan untuk log masuk di JPJ, disini kami akan kongsikan kepada anda cara untuk reset password. Semoga membantu.
APA ITU MyJPJ
Aplikasi MyJPJ ini merupakan merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh JabatanPengangkutan Jalan (JPJ) untuksemakanurusniaga yang berkaitandengan JPJ secara online bagi memudahkan urusan penggunanya yang seterusnya membantu dalam mengurangkan kesesakan di Jabatan Pengangkutan Jalan.
MUAT TURUN APLIKASI MyJPJ
Bagi memudahkan penggunaan anda, seharusnya anda memuat turun dan install aplikasi ini di telefon anda melalui pautan di bawah:
- Google Playstore bagi pengguna Android
- Apple App Store bagi pengguna IOS
PERKHIDMATAN MyJPJ
Perkhidmatan yang ditawarkan di aplikasi MyJPJ adalah seperti berikut:
- Semakan berkaitan Pelesenan Kenderaan seperti nombor terkini dan tarikh tamat Lesen Kenderaan Motor(LKM).
- Semakan berkaitan Pelesenan Pemandu seperti tarikh tamat lesen memandu dan keputusan ujian memandu.
- Semakan berkaitan Saman JPJ seperti mata demerit, saman dan senarai hitam.
- Pautan ke aplikasi bidaan nombor kenderaan(JPJeBid) dan aplikasi nombor giliran (JPJeQ).
- Laporan aduan kesalahan trafik([email protected])
- Paparan LMM dan LKM secara digital di profil pengguna.
- Pembaharuan Lesen Memandu Malaysia (LMM) dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) – fungsi baharu pada masa depan yang akan dimaklumkan kelak.
CARA RESET PASSWORD MyJPJ
Berikut adalah merupakan cara untuk anda reset kembali kata laluan anda iaitu:
- Buka aplikasi MyJPJ
- Pada paparan utama klik pautan “Terlupa Kata Laluan”.
- Masukkan ID Pengguna dan alamat emel yang didaftarkan.
- Penguna akan menerima kod sekuriti (TAC) untuk set semula kata laluan.
- Masukkan kod sekuriti (TAC) yang diterima melalui emel.
- Masukkan kata laluan baharu bagi tujuan set semula kata laluan.
- Pengguna akan dibawa ke paparan Log Masuk.
- Masukkan No. MyKad/MyPR/MyKAS pengguna dan kata laluan baharu yang telah dikemaskini.
BAGAIMANA JIKA TERLUPA EMAIL DIDAFTAR PADA MyJPJ
Sekiranya anda terlupa alamat email yang didaftarkan sebelum ini, berikut adalah merupakan caranya:
- Sila laporkan aduan melalui:
- Emel di [email protected]
- Talian 03-2724 2522
- Hadir ke Kios JPJ berhampiran untuk menyemak/mengemaskini emel yang didaftarkan; atau
- Hadir ke kaunter JPJ berhampiran; atau
- Hadir ke kaunter bergerak kenderaan JPJ Mobile berhampiran untuk menyemak/mengemaskini emel yang didaftarkan.
CARA KEMASKINI EMAIL DI MyJPJ
Sekiranya anda ingin mengemaskini alamat email anda yang terkini pada MyJPJ, berikut adalah merupakan caranya:
- Hadir ke Kios JPJ berhampiran untuk menyemak/mengemaskini emel yang didaftarkan; atau
- Hadir ke kaunter JPJ berhampiran; atau
- Hadir ke kaunter bergerak kenderaan JPJ Mobile berhampiran untuk menyemak/mengemaskini emel yang didaftarkan.
NOTA: Pengemaskinian akaun emel secara dalam talian sedang dibangunkan dan akan dimaklumkan setelah bersedia kelak
CARA TUKAR KATA LALUAN MyJPJ
Sekiranya anda ingin menukar kata laluan yang sedia ada, berikut adalah merupakan caranya:
- Buka aplikasi MyJPJ
- Log masuk akaun anda
- Pada menu utama klik pada Profil
- Kemudian klik pada Tukar Kata Laluan
- Seterusnya masukkan maklumat:
- Kata lalauan lama anda
- Kata laluan baharu
- Pengesahan kata laluan baru
- Setelah lengkap klik hantar
- Selesai, anda boleh log masuk kembali menggunakan kata laluan baharu
MAKLUMAT LANJUT CARA TUKAR KATA LALUAN MyJPJ
Untuk dapatkan maklumat lanjut atau persoalan mengenai perkhidmatan MyJPJ, anda boleh berhubung melalui saluran berikut:
- Portal rasmi MySikap https://public.jpj.gov.my/
- Emel: [email protected]
- Hubungi Talian: 03-2724 2522
ARTIKEL LAIN
CARA SEMAK MATA DEMERIT DI MyJPJ APP (JPJ KEJARA)
empower ecer kursus bakery 2021