CARA SEMAK STATUS SENARAI HITAM JPJ GUNA MyJPJ APP

CARA SEMAK STATUS SENARAI HITAM JPJ GUNA MyJPJ APP

SEMAK SENARAI HITAM MyJPJ

Dengan mewujudnya aplikasi MyJPJ, anda kini boleh menyemakan status senarai hitam secara online. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara untuk semak status senarai hitam JPJ menerusi MyJPJ, semoga membantu.

 

APA ITU STATUS SENARAI HITAM JPJ

Pemandu atau pemilik kenderaan yang disaman atau diberi notis, tetapi tidak membayar kompaun dalam masa 60 hari akan dirujuk ke mahkamah. Sekiranya pemandu atau pemilik kenderaan tidak hadir untuk sebutan kes di mahkamah, maka pemilik kenderaan, kenderaan atau lesen memandu akan disenarai hitamkan sehingga kes berjaya diselesaikan.

 

KESAN JIKA STATUS SENARAI HITAM JPJ

Berikut adalah merupakan kesan terhadap pengguna yang disenarai hitam JPJ iaitu:

  • Berada di senarai hitam menyebabkan anda tidak dapat memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu.
  • JPJ juga akan mengeluarkan waran tangkap jika pesalah tidak membayar saman dan menyelesaikan kes di mahkamah berdasarkan Seksyen 53(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).

 

KATAGORI SAMAN JPJ

Saman dari JPJ terbahagi kepada dua iaituL

  1. Saman yang boleh dikompaun
    • Saman yang boleh dikompaun dapat dibayar dalam tempoh pembayaran saman tersebut
  2. Saman yang tak boleh dikompaun.
    • Saman yang tak boleh dikompaun perlu diselesaikan di mahkamah yang ditetapkan dalam notis.

 

CARA SEMAK STATUS SENARAI HITAM GUNA MyJPJ

Kepada anda yang ingin cuba semak status senarai hitam JPJ menerusi MyJPJ, berikut adalah merupakan caranya iaitu:

  1. Buka aplikasi MyJPJ di telefon anda
  2. Log masuk ke dalam akaun anda
  3. Pada paparan menu utama, scroll sedikit ke bawah pada bahagian Saman JPJ dan klik pada Semakan Senarai Hitam
  4. Masukkan No Kad Pengenalan dan no kenderaan anda pada ruangan yang tersedia.
  5. Anda juga boleh menyemak status senarai hitam JPJ pihak ketiga dengan masukkan no kad pengenalan dan no kenderaan mereka pada ruangan tersebut.
  6. Sekiranya sudah selesai, klik pada Hantar
  7. Paparan akan menunjukkan No kad pengenalan dan no kenderaan, dan dibawahnya pula akan menunjukkan paparan maklumat senarai hitam anda sekiranya anda

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai semak status senarai hitam JPJ, anda boleh berhubung melalui saluran berikut:

 

ARTIKEL LAIN

CARA TUKAR KATA LALUAN BARU MyJPJ APP (Reset Password Bagi Yang Terlupa)

2 thoughts on “CARA SEMAK STATUS SENARAI HITAM JPJ GUNA MyJPJ APP”

Leave a Comment