CAJ PENYELENGGARAAN HARTANAH HAKMILIK STRATA DI MALAYSIA (Maintenance Fee Rumah Selangorku)

CAJ PENYELENGGARAAN HARTANAH HAKMILIK STRATA DI MALAYSIA (Maintenance Fee Rumah Selangorku)

CAJ PENYELENGGARAAN HARTANAH

Sekiranya anda seorang pemilik atau penghuni rumah jenis bertingkat, anda mungkin anda sudah biasa dengan fi atau caj penyelenggaraan ( maintenance fee /chrges)  ini. Disini kami akan kongsikan kepada anda tentang caj penyelanggaraan hartanah Strata di Malaysia, semoga membantu.

 

APA ITU CAJ PENYELENGGARAAN HARTANAH STRATA

Kemudahan dan harta bersama di dalam satu skim strata seperti blok kondominium dimiliki secara bersama oleh pemilik unit. Fi atau caj penyelenggaraan ini perlu dikenakan bagi memastikan kemudahan tersebut sentiasa terpelihara dan diselenggara untuk memastikan keselamatan pengguna-penggunanya juga.

 

KATAGORI HARTANAH STRATA

Katagori hartanah strata kebanyakannya terdiri daripada unit kediaman dan komersil bertingkat tinggi seperti:

  • Rumah pangsa
  • Apartmen
  • Kondominium
  • Aapartmen servis
  • Small Office Home Office (SOHO)
  • Small Office Flexible Office (SOFO)
  • Small Office Versatile Office (SOVO).
  • Hanah yang mempunyai kemudahan yang dikongsi oleh penghuni seperti komuniti berpagar dan berpengawal.

 

SIAPA YANG PERLU MEMBAYAR CAJ PENYELENGGARAAN HARTANAH STRATA

Mengikut undang-undang, tuan rumah yang perlu membayarnya. Apa-apa aturan khusus umpamanya penyewa membayar caj penyelenggaraan bagi pihak tuan rumah sebagai sebahagian daripada bayaran sewa perlu dinyatakan di dalam perjanjian penyewaan. Jika tuan rumah gagal membayar, penyewa boleh mengambil tindakan undang-undang atau menamatkan perjanjian penyewaan.

Pemunya unit bertingkat tersebut ataupun penghuninya perlu menjelaskan bayaran fi penyelenggaraan ini. [Sekiranya disewakan, tertakluk kepada persetujuan antara pemilik dan penyewa]

 

PERKHIDMATAN TERSEDIA CAJ PENYELENGGARAAN HARTANAH STRATA

Hasil kutipan yuran penyelenggaraan ini akan digunakan dalam pengurusan dan penyelenggaraan hartanah termasuk:

 

  • Pelantikan pengawal keselamatan
  • Membayar gaji staf pengurusan dan pentadbiran hartanah
  • Bil elektrik dan air harta bersama seperti lif, parkir kenderaan, kolam renang dan gimnasium
  • Perkhidmatan pembersihan
  • Perkhidmatan pelandskapan
  • Penyelenggaraan lif dan eskalator
  • Kerja baik pulih kecil harta bersama

 

KESAN TIDAK CAJ PENYELENGGARAAN HARTANAH STRATA

  • Akta Pengurusan Strata 2013 (Akata 757) memperuntukkan pemilik perlu membayar caj dan caruman kepada wang penjelas kepada badan pengurusan bagi penyenggaraan dan pengurusan bangunan tersebut [Seksyen 25, 52 , 68 Akta].
  • Kegagalan untuk membayar caj ini juga membolehkan badan pengurusan atau perbadanan pengurusan untuk menggunakan peruntukan undang-undang bagi mendapatkan apa-apa bayaran tertunggak bagi caj tersebut.
  • Walaupun menurut anda kemudahan sedia ada tidak digunakan atau tidak diselenggara dengan baik, itu bukanlah alasan untuk anda menjelaskan kewajiban anda tersebut.

 

FAKTOR PENILAIAN CAJ PENYELENGGARAAN HARTANAH STRATA

Berikut adalah merupakan beberapa faktor yang akan menentukan kos pengendalian dan penyelenggaraan hartanah iaitu:

FAKTORPENILAIAN
Tahap perkhidmatanPemilik, JMB dan MC bangunan perlu menetapkan tahap perkhidmatan yang dikira “memuaskan”, contohnya, bilangan pengawal keselamatan dalam setiap giliran dan berapa kerap koridor perlu disapu.

 

Jenis kemudahanLebih canggih kemudahan yang ada, lebih tinggi caj penyelenggaraan bangunan
Saiz dan jenis harta bersamaSebuah kolam renang dengan landskap indah lebih tinggi kos penyelenggaraannya berbanding satu taman kecil dengan laluan untuk berjalan
Kepadatan pemajuanOleh sebab kos ditanggung secara bersama oleh pemilik-pemilik unit, pemilik kondo berkepadatan tinggi akan hanya membayar yuran penyelenggaraan yang rendah

 

KADAR PURATA CAJ PENYELENGGARAAN HARTANAH STRATA

Berikut adalah merupakan kadar purata caj penyelenggaraan skim strata bertanah di Malaysia iaitu:

  • RM1,000 ke RM1,500 untuk banglo
  • RM600 ke RM1,000 untuk rumah berkembar
  • Kurang daripada RM500 untuk rumah teres

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai Caj Hartanah Strata ini, anda boleh merujuk Portal Rasmi Dewan Negeri Selangor pada bahagian Caj Penyelenggaraan

 

ARTIKEL LAIN

PERMOHONAN SKIM JAMINAN KREDIT PERUMAHAN SJKP 2023

1 thought on “CAJ PENYELENGGARAAN HARTANAH HAKMILIK STRATA DI MALAYSIA (Maintenance Fee Rumah Selangorku)”

Leave a Comment