CARA MOHON SKIM JAMINAN KREDIT PERUMAHAN SJKP 2024

CARA MOHON SKIM JAMINAN KREDIT PERUMAHAN SJKP 2024

SKIM JAMINAN KREDIT PERUMAHAN

Sekiranya anda yang tidak mempunyai pendapatan tetap tetapi ingin memiliki rumah, terdapat satu insiatif kerajaan yang dikenali sebagai Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP). Apap itu SKJP dan bagaimana cara memohon? Disini kami akan kongsikan, semoga membantu.

 

APA ITU SKIM JAMINAN KREDIT PERUMAHAN (SJKP)

Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP Berhad) telah mencapai persetujuan dengan institusi-institusi kewangan yang terlibat dalam menyediakan pembiayaan perumahan yang akan dijamin oleh Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) untuk pemohon-pemohon yang layak. Dengan bantuan SJKP, adalah dijangkakan lebih ramai rakyat Malaysia akan mampu untuk memiliki rumah sendiri.

Jika anda merancang untuk membeli rumah pertama, namun anda mempunyai masalah berkaitan  tidak mempunyai penyata gaji dan gaji bersih hanya RM1,000 sebulan. Maka anda boleh memohon Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) tahun 2022 di mana-mana cawangan institusi kewangan yang turut serta dan bukan secara terus ke pejabat SJKP Berhad.

 

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SKIM JAMINAN KREDIT PERUMAHAN (SJKP)

Berikut adalah  syarat-syarat kelayakan Permohonan SJKP:

  • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas
  • Berpendapatan tidak tetap seperti peniaga kecil, petani, pemandu teksi, nelayan dll atau berpendapatan tetap (tertakluk kepada RM700.0 juta yang pertama sahaja). Pinjaman bersama dibenarkan.
  • Pembelian kali pertama rumah kediaman kos rendah / sederhana / mampu milik dan untuk didiami.
  • Pembelian rumah kediaman baru/didalam pembinaan atau sedia ada atau lelongan.
  • Pendapatan purata kasar minima RM1,000 sebulan.
  • Pembayaran bulanan kesemua pinjaman < 65% daripada pendapatan kasar.
  • Rekod tunggakan CCRIS < 2 bulan bagi tempoh 12 bulan terkini.
  • Tiada rekod-rekod negatif lain bagi tempoh 24 bulan terkini.

 

TEMPOH PEMBAYARAN PEMBIAYAAN SJKP



Pihak SJKP membenarkan jaminan untuk tempoh pembayaran sehingga 35 tahun atau usia peminjam 65 tahun, mana-mana yang terdahulu. Tetapi ianya bergantung kepada syarat pembiayaan yang dikeluarkan oleh institusi-institusi kewangan sama ada mereka membenarkan tempoh pembiayaan berkenaan. Tiada caj / yuran yang dikenakan oleh SJKP Berhad kepada peminjam.

 

TERMA PEMBIAYAAN SKIM JAMINAN KREDIT PERUMAHAN (SJKP)

  • Jumlah Pembiayaan : Sehingga 100% daripada harga pembelian tertakluk kepada pembiayaan maksima RM300,000.00 (termasuk MRTA / MRTT)
  • Jenis Pembiayaan : Pembiayaan Berjangka sahaja
  • Tempoh : Sehingga 35 tahun atau usia pemohon 65 tahun, mana-mana yang terdahulu
  • Kadar Faedah : Kadar Pinjaman Asas (BLR) / Kadar Pembiayaan Asas (BFR) institusi-institusi kewangan yang menawarkan pinjaman
  • MRTA / MRTT : Wajib
  • Lain-lain : Deposit mandatori bersamaan dengan 3 bulan bayaran bulanan

 

SENARAI INSTITUSI KEWANGAN YANG TERLIBAT DENGAN SJKP:

  • Affin Bank, Affin Islamic
  • Agro Bank
  • Alliance Bank
  • Alliance Islamic Bank
  • AmBank Group
  • AmIslamic Bank
  • Bank Muamalat
  • Bank Islam
  • Bank Simpanan Nasional
  • Bank Rakyat
  • Hong Leong Bank
  • Hong Leong Islamic Bank
  • Maybank
  • Maybank Islamic

 

CARA PERMOHONAN RUMAH SKJP

  1. Mengenalpasti rumah yang ingin dibeli dan mendapatkan dokumen berkaitan seperti draf perjanjian jual beli atau resit bayaran tempahan
  2. Dapatkan surat pengesahan pendapatan daripada individu yang dibenarkan (Pegawai Kerajaan Kategori A, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Penghulu atau wakil yang terpilih).
  3. Surat itu hendaklah menyatakan nama, nombor kad pengenalan, sumber pendapatan, purata pendapatan bulanan, tempat perniagaan dan tempoh berniaga.
  4. Sila dapatkan dua surat berasingan sekiranya kedua-dua suami dan isteri mempunyai sumber pendapatan berasingan. Untuk kakitangan bergaji, sila bawakan penyata gaji dan penyata EPF.
  5. Menyediakan dokumen-dokumen sokongan sumber pendapatan seperti penyata akaun simpanan, Lesen Perniagaan, Kad Pendaftaran Nelayan atau rumah geran tanah (untuk aktiviti pertanian) atau lain-lain dokumen sokongan aktiviti jual beli.

Sila bawa semua dokumen yang dinyatakan dan mohonlah pembiayaan perumahan dimana-mana cawangan institusi-institusi kewangan yang terdekat yang menyertai skim jaminan ini.

Permohonan bukan secara terus ke pejabat SJKP Berhad tetapi dilakukan di cawangan institusi kewangan yang menyertai skim ini.


MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Unruk maklumat lanjut mengenai pembiayaan skim jaminan kredit perumahan (SKJP), anda boleh berhubung:

  • Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (798619-K),Tingkat 12, Bangunan Setia 1, 15 Lorong Dungun,Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur.
  • No. Tel: 03-2096 5000
  • No. Faks: 03-2096 5090
  • E-mel: [email protected]

ARTIKEL LAIN

RUMAH MESRA RAKYAT SPNB  (Permohonan Skim RMR Online)

7 thoughts on “CARA MOHON SKIM JAMINAN KREDIT PERUMAHAN SJKP 2024”

  1. Minta bantuan tagan kanan saya cacat saya pencen socso sahaja saya tak cukup duit untuk membelanja bayi dan isteri saya isteri saya baru bersalin 2bulan kami tumpang bilik sahaja mak mertua saya kami tak ada rumah tolong bantu saya sedikit untuk menselesaikan masalah saya sekian terima kasih

    Reply

Leave a Comment