PERMOHONAN RUMAH PR1MA 2024(Daftar & Lokasi Projek Terkini  pr1ma.my)

PERMOHONAN RUMAH PR1MA 2024(Daftar & Lokasi Projek Terkini  pr1ma.my)

RUMAH PR1MA

Berita baik kepada rakyat Malaysia, kini kerajaan telah memperkenalkan satu Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) bagi menyediakan perumahan mampu milik dan berkualiti tinggi untuk golongan yang berpendapatan pertengahan.

Ini akan sedikit membantu supaya memiliki aset pelaburan masa depan. Disini kami aka kongsikanc ara untuk membuat permohonan rumah Pr1ma, semoga membantu.

 

APA ITU PR1MA

Fungsi Pr1ma adalah:

  • Membangunkan kediaman berkualiti tinggi dan membentuk fasiliti komuniti berintegrasi untuk rakyat Malaysia berpendapatan pertengahan.
  • Menyelia, merancang dan mengurus aspek reka bentuk, pembinaan serta penyelenggaraan kediaman PR1MA dan komunitinya.
  • Menentukan harga jualan, memperuntukkan kediaman PR1MA melalui pengundian yang diaudit dan bekerjasama dengan institusi kewangan untuk memberi pembeli rumah akses kepada skema pembiayaan yang

 

KADAR HARGA RUMAH PR1MA

  • Harga rumah PR1MA ini dalam julat harga antara RM100,000 hingga RM400,000 sahaja.

 

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN RUMAH PR1MA

  • Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan:
  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur sekurang-kurangnya 21 tahun semasa permohonan dibuat;
  • Individu atau keluarga (suami isteri) dengan pendapatan isi rumah purata bulanan antara RM2,500 – RM15,000;
  • Pemohon atau pasangannya tidak memiliki lebih daripada satu hartanah.

 

CARA PERMOHONAN RUMAH PR1MA

Sekiranya anda ingin membuat permohonan secara online, berikut adlaah merupakan caranya:

  1. Pendaftaran
  2. Pelancaran Pembangunan Baharu
    • Pemohon akan dimaklumkan mengenai pelancaran pembangunan PR1MA baru di lokasi pilihan anda.
    • Pelancaran baru juga akan diiklankan di media.
  3. Permohonan
    • Pembangunan yang Baru Dilancarkan – Setelah pendaftaran atau log masuk akaun, teruskan dengan aplikasi PR1MA Homes kerana kemasukan untuk mengundi bukan secara automatik.
    • Pembangunan Unit Terhad – Setelah pendaftaran atau log masuk akaun, teruskan dengan permohonan PR1MA Homes. Kemudian, silakan berhubung dengan Rakan Jualan yang dilantik untuk memeriksa ketersediaan unit dan pertanyaan lebih lanjut.
  4. Undian
    • Proses pengundian terbuka dan telus akan dilakukan untuk pemohon yang telah memenuhi semua syarat. Pengundian hanya bergantung kepada perkembangan yang baru dilancarkan.
  5. Pemilihan Unit
    • Anda akan dijemput untuk sesi Pemilihan Unit untuk memilih unit pilihan anda berdasarkan ketersediaan. Sila sediakan yuran tempahan sebanyak RM500 dalam bentuk draf bank atau cek ke :
      • PERBADANAN PR1MA MALAYSIA (unit kediaman di Semenanjung Malaysia & Sabah),
      • PR1MA DEVELOPMENT SDN BHD (projek Sarawak)
      • PR1MA SEREMBAN SENTRAL SDN BHD (Kediaman Seremban Sentral sahaja)
  6. Permohonan Dan Kelulusan Pembiayaan
    • Siapkan dokumen yang diperlukan dan serahkan permohonan pinjaman ke Institusi Kewangan pilihan anda. Harap maklum mengenai perkara berikut:
    • Pinjaman Bank – Kelulusan dianggarkan dalam masa 1 bulan dari tarikh tempahan.
    • Pinjaman Kerajaan (LPPSA) – Kelulusan dianggarkan dalam masa 2 bulan dari tarikh tempahan.
    • Sila hubungi Institusi Kewangan pilihan anda untuk maklumat lebih lanjut.
  7. Perjanjian Jual Beli
    • Perjanjian Jual Beli (SPA) akan ditandatangani antara pemaju iaitu PR1MA dan anda sebagai Pembeli.
    • Rumah PR1MA akan diserahkan secara rasmi kepada anda setelah pembangunan selesai, pengeluaran Sijil Penyempurnaan dan Pematuhan (CCC) dan pembayaran tertunggak telah diselesaikan (jika ada).
  8. Bantuan Pembiayaan
    • Bagi mereka yang ingin membeli hartanah PR1MA, bantuan pembiayaan juga disediakan melalui institusi-institusi kewangan (bank) dalam negara.
    • Pakej ini turut termasuk pembiayaan hingga 110% dari harga Jual Beli (SPA) untuk pembeli yang layak. Tiada bayaran pendahuluan yang diperlukan jika anda dapat memperoleh pinjaman maksimum.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai rumah Pr1ma, anda boleh melayari website rasmi Pr1ma di pautan https://www.pr1ma.my/

 

ARTIKEL LAIN

RUMAH MAMPU MILIK PULAU PINANG (erumah.penang.gov.my)

4 thoughts on “PERMOHONAN RUMAH PR1MA 2024(Daftar & Lokasi Projek Terkini  pr1ma.my)”

Leave a Comment