CARA KIRA KELAYAKAN BELI RUMAH (Check Berapa DSR)

CARA KIRA KELAYAKAN BELI RUMAH (Check Berapa DSR)

CARA KIRA DSR

Sekiranya anda ingin membeli rumah untuk didiami atau ingin membuat sebagai aset, semestinya anda ingin mengira kelayakan terlebih dahulu. Bagaimana ingin semak kelayakan beli rumah? Disini kami akan kongsikan pengiraan menggunakan formula DSR rumah, semoga membantu.

 

FAKTOR KELAYAKAN PINJAMAN BELI RUMAH

Antara faktor yang digunapakai oleh pihak bank bagi meluluskan sesuatu pinjaman pemohon untuk membeli rumah  adalah:

  1. CTOS
  2. CCRIS
  3. DSR

 

APA ITU DSR

Debt Service Ratio (DSR) adalah sebagai nisbah pembiayaan hutang iaitu nisbah jumlah hutang seseorang individu dibandingkan dengan pendapatan isi rumahnya. Secara ringkasnya adalah ia sebagai pengukuran kemampuan seseorang melangsaikan hutang peminjam.

DSR ini digunapakai oleh pihak bank sebagai penanda bagi sesuatu permohonan itu layak diluluskan atau tidak.

 

KADAR  KELAYAKAN DSR BANK NEGARA MALAYSIA

  • Secara umumnya kadar DSR ini ditetapkan sendiri oleh pihak Bank Negara Malaysia dimana kadar DSR maksimum sekitar 70%.
  • Namun kadar ini mungkin sedikit berbeza antara sesuatu bank dengan bank yang lain mengikut kriteria penilaian risiko mereka sendiri.
  • Sekiranya DSR anda adalah bawah 70%, maka kebarangkalian pemohonan anda akan diluluskan untuk tujuan pembiayaan perumahan adalah tinggi. Ini kerana pemohon mempunyai lebihan pendapatan berbanding gaji yang diterima mereka untuk melangsaikan hutang bersama pihak bank kelak sekiranya pinjaman mereka dilluluskan.

NOTA: Pihak bank semestinya melihat kadar DSR terendah kerana bagi mengurangkan risiko yang dihadapi.

 

CARA KIRA KELAYAKAN BELI RUMAH (FORMULA DSR)

Berikut adalah merupakan cara kira kelayakan beli rumah menggunakan formula DSR:

  • DSR – (Jumlah komitmen hutang / Pendapatan bulanan) x 100%
  • Hutang – diambil kira untuk pengiraan kadar DSR ini adalah hutang seperti:
    • Kereta
    • Rumah
    • Pinjaman peribadi
    • Kad kredit
    • PTPTN
    • Hutang-hutang dengan institusi/agensi kerajaan.
  • Pendapatan bulanan juga hanya diambil kira pendapatan bersih sahaja iaitu pendapatan setelah ditolak EPF, SOSCO, EIS dan sebagainya.

 

TIPS UNTUK MEMBELI RUMAH

Berikut adalah merupakan antara tips sekiranya anda ingin membeli rumah:

  1. Ilmu mengenai Hartanah
    • Semakin banyak ilmu semakin kecil peluang kita buat kesilapan
  2. Semak kelayakan
    • Semak kelayakan rumah yang anda mampu miliki
  3. Pastikan anda sediakan Deposit
    • Semakin tinggi deposit semakin rendah komitmen bulanan
  4. Menjaga rekod CCRIS
    • Pastikan bebas daripada tunggakkan mana-mana hutang
  5. Mempunyai rekod DSR yang bersih
    • Pastikan anda mempunyai pendapatan yang lebih besar daripada bebanan hutang

 

ARTIKEL LAIN

PERMOHONAN RUMAH PR1MA 2022 (Daftar & Lokasi Projek Terkini pr1ma.my)

RUMAH MAMPU MILIK PULAU PINANG (erumah.penang.gov.my)

PERMOHONAN PROGRAM RMR PERAKKU PRIHATIN 2022( PINJAMAN PERUMAHAN B40)

CARA MOHON SKIM JAMINAN KREDIT PERUMAHAN SJKP 2022

PERMOHONAN RUMAH HARAPAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN 2022 (Borang)

 

3 thoughts on “CARA KIRA KELAYAKAN BELI RUMAH (Check Berapa DSR)”

Leave a Comment