RUMAH MAMPU MILIK PULAU PINANG (erumah.penang.gov.my)
Berita baik dan menarik bagi penduduk pulau pinang dan sekitarnya yang mahu memiliki rumah sendiri. Penduduk Pulau Pinang yang berkelayakan di pelawa untuk membuat pendaftaran secara online melalui skim eRumah Pulau Pinang untuk mendapatkan rumah idaman masing-masing.Pemohonan boleh dibuat melalui laman sistem Portal Rasmi eRumah Penang.
APA ITU eRUMAH PULAU PINANG
eRumah Pualau Pinang sebagai platform untuk rakyat memohon pelbagai projek perumahan yang ada melalui perkhidmatan menerusi internet. Ia dicipta khas untuk rakyat Pulau Pinang memiliki rumah mampu milik penang bagi membuat permohonan jenis-jenis rumah tertentu seperti Rumah Kos Rendah, Kos Sederhana Rendah, Projek Perumahan Rakyat dan Rumah Mampu Milik
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN eRUMAH PULAU PINANG
Berikut adalah merupakan syarat asas kelayakan yang telah ditetapkan:
- Warganegara Malaysia
- Anak kelahiran Pulau Pinang/Bermastautin di Negeri Pulau Pinang sekurang-kurangnya 5 tahun dari tarikh permohonan
- Berumur 21 tahun ke atas dari tarikh permohonan
- Pengundi berdaftar ni Negeri Pulau Pinang sahaja
- Bekerja di Pulau Pinang.
- Pastikan pendapatan suami/isteri tidak melebihi RM750.00 sebulan.
- Pendapatan isi rumah tidak lebih daripada had yang ditetapkan antara RM1,500.00 – RM12,000.00.
- Hanya SATU permohonan sahaja dibenarkan untuk satu unit rumah.
- Tidak pernah memiliki rumah di Pulau Pinang dan di mana-mana negeri di Malaysia untuk beberapa jenis rumah.
- Mempunyai had tanggungan 5 orang untuk Skim PPR.
NOTA: Syarat permohonan tambahan bergantung pada jenis skim perumahan yang anda nak mohon.
CARA PERMOHONAN eRUMAH PULAU PINANG
Berikut adalah merupakan cara permohonan:
- Layari laman web eRumah: https://erumah.penang.gov.my/app/login_pemohon.php
- Masukkan nombor kad pengenalan di ruangan Pendaftaran/Semak Permohonan dan klik semak.
- Jika rekod anda tidak wujud, anda perlu membuat permohonan baru.
- Buat semakan syarat-syarat sebelum meneruskan permohonan.
- Lengkapkan semua maklumat yang diperlukan di 6 bahagian seperti di bawah:
- Semakan syarat
- Pilihan perumahan- pilih jenis rumah dan kawasan
- Maklumat pemohon
- Di sini akan terpapar Login ID anda secara automatik yang akan digunakan log masuk ke sistem eRumah.
- Anda perlu mencipta kata laluan dan menjawab soalan rahsia.
- Maklumat pasangan
- Maklumat pekerjaan pasangan
- Maklumat pendapatan pasangan
- Maklumat Tanggungan
- Maklumat Tambahan
- Semak semula maklumat yang diisi dan klik seterusnya bagi setiap 6 bahagian tersebut.
- Popup mesej akan terpapar menyatakan maklumat yang dimasukkan tidak boleh diubah sehingga selesai proses pendaftaran.
- Klik OK untuk kebahagian seterusnya atau Cancel jika ingin kembali ke bahagian sebelumnya.
- Isi semua maklumat dan tekan butang hantar.
- Slip permohonan akan dipaparkan dan klik OK. Simpan slip tersebut untuk dibawa ke kaunter nanti.
- Hantar slip permohonan berserta borang PN1/PN4/PN3 dan dokumen sokongan yang diperlukan di Bahagian Perumahan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
- Setelah selesai memohon, anda boleh membuat semakan permohonan tentang status jenis rumah yang layak dimohon serta dokumen sokongan yang dihantar semasa permohonan di bahagian Pengesahan Permohonan.
SENARAI PROJEK eRUMAH PULAU PINANG TERKINI
Terkini terdapat 15 Projek bagi rumah Mampu Milik Penang yang aktif iaitu:
SENARAI PROJEK | |
Rumah Pangsa Desa Wawasan (PPR) |
|
[email protected] Pauh (PPR) |
|
Rumah Pangsa Ampang Jajar (PPR) |
|
Ampang Jajar (MPSP) PPR |
|
Jiran Residensi (RMM200k) |
|
Jiran Residensi (RMM300k)
|
|
Taman Scientex Tasek Gelugor |
|
The Stone |
|
Grace Harmony (LMC)
|
|
Grace Harmony (RMMC3) |
|
Ramah Pavilion (RMM4A)
|
|
Quinton |
|
Dua Residensi 2 |
|
Tree O |
|
Havana Beach Residences |
|
ARTIKEL LAIN
iSEJAHTERA 2022 (SEMAKAN BAYARAN DUIT FASA 2)
1 thought on “RUMAH MAMPU MILIK PULAU PINANG (erumah.penang.gov.my)”