iSEJAHTERA 2023(SEMAKAN BAYARAN DUIT FASA 1)
Bagi pendudukan Negeri Pualau Pinang anda boleh menyertai dan membuat permohonan bagi program iSejahtera sekiranya berkelayakan. Bagaimana cara permohonan program iSejahtera dan ingin membuat permohonan bantuan? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.
APA ITU iSEJAHTERA
iSejahtera Pulau Pinang adalah sebuah portal bantuan yang diberikan berbentuk kewangan mengikut jenis program yang dipohon.
Program i-Sejahtera merupakan sumbangan penghargaan dan keprihatinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang berbentuk kewangan secara setahun sekali kepada rakyat Pulau Pinang iaitu warga emas, orang kurang upaya (OKU), ibu tunggal, suri rumah dan bayi berumur 2 tahun ke bawah.
JENIS PROGRAM iSEJAHTERA
Berikut adalah merupakan jenis program iSejahtera yang boleh dimohon:
- Bayaran satu (1) kali setahun
- Program Penghargaan Warga Emas : RM150
- Program Bantuan Ibu Tunggal : RM100
- Program Ibu Emas : RM100
- Program Bantuan OKU : RM150
- Bayaran secara one-off
- Program Anak Emas : RM200
- Khairat Kematian : RM1,000
SYARAT PERMOHONAN iSEJAHTERA
Berikut adalah merupakan syarat permohonan iSejahtera mengikut katagori program:
- Program Penghargaan Warga Emas
- Pemohon mestilah berumur 60 tahun ke atas pada tahun semasa mendaftar.
- Berdaftar di dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pengundi di Negeri Pulau Pinang.
- Dokumen sokongan yang perlu disertakan
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
- Salinan Kad Pengenalan Waris.
- Salinan penyata bank terkini/cetakan pengesahan akaun/penyata perbankan atas talian yang jelas memaparkan nama dan nombor akaun pemohon. Pastikan akaun bank yang dimuatnaik adalah akaun bank yang aktif.
- Salinan Semakan Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).
- Program Bantuan Ibu Tunggal
- Warganegara Malaysia.
- Berdaftar di dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pengundi di Negeri Pulau Pinang.
- Bercerai atau kematian suami
- Berumur bawah 60 tahun semasa mendaftar
- Tidak berkahwin semula.
- Mesti mempunyai sekurang-kurangnya SEORANG anak
- Dokumen sokongan yang perlu disertakan
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
- Salinan Kad Pengenalan salah seorang anak.
- Sijil Kelahiran salah seorang anak.
- Salinan Kad Pengenalan Waris/ Penerima Khairat.
- Salinan Sijil Kematian suami / dokumen penceraian / dokumen yang berkaitan.
- Salinan penyata bank terkini/cetakan pengesahan akaun/penyata perbankan atas talian yang jelas memaparkan nama dan nombor akaun pemohon. Pastikan akaun bank yang dimuatnaik adalah akaun bank yang aktif.
- Salinan Semakan Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).
- Program Suri Emas
- Warganegara Malaysia.
- Berdaftar di dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pengundi di Negeri Pulau Pinang.
- Pemohon merupakan suri rumah dan tiada pendapatan tetap
- Wanita masih berumahtangga.
- Pemohon mestilah berumur bawah 60 tahun semasa mendaftar.
- Dokumen sokongan yang perlu disertakan
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
- Salinan Kad Pengenalan Suami.
- Salinan Sijil Perkahwinan.
- Salinan penyata bank terkini/cetakan pengesahan akaun/penyata perbankan atas talian yang jelas memaparkan nama dan nombor akaun pemohon. Pastikan akaun bank yang dimuatnaik adalah akaun bank yang aktif.
- Salinan Semakan Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).
- Program Bantuan OKU
- Warganegara Malaysia.
- Menetap di Negeri Pulau Pinang.
- Pemohon mestilah seorang OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
- Dokumen sokongan yang perlu disertakan
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
- Salinan Kad Pengenalan Waris
- Salinan Kad Pendaftaran OKU.
- Salinan muka depan buku bank/penyata bank/cetakan pengesahan akaun/penyata perbankan atas talian yang jelas memaparkan nama dan nombor akaun pemohon/waris. Pastikan akaun bank yang dimuatnaik adalah akaun bank yang aktif.
- Program Anak Emas
- Anak mestilah seorang warganegara Malaysia.
- Anak berumur kurang 2 tahun dari tarikh dilahirkan.
- Ibu/bapa kepada anak yang dilahirkan mestilah berdaftar di dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pengundi di Negeri Pulau Pinang.
- Dokumen sokongan yang perlu disertakan
- Salinan Sijil Kelahiran anak.
- Salinan Kad Pengenalan ibu dan bapa.
- Salinan muka depan buku bank/penyata bank/cetakan pengesahan akaun/penyata perbankan atas talian yang jelas memaparkan nama dan nombor akaun pemohon. Pastikan akaun bank yang dimuatnaik adalah akaun bank yang aktif.
- Salinan Semakan Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).
- Program Bantuan Teksi
- Warganegara Malaysia
- Berdaftar dengan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD)
- Memiliki Kad Pemandu yang masih sah tempoh laku
- Menjalankan perkhidmatan teksi di Negeri Pulau Pinang sahaja
- Dokumen sokongan yang perlu disertakan (Sila Muat Naik Dokumen secara atas talian)
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon
- Salinan Kad Pemandu
- Salinan penyata bank terkini/cetakan pengesahan akaun/penyata perbankan atas talian yang jelas memaparkan nama dan nombor akaun pemohon. (Sila pastikan nombor akaun bank yang dimuat naik masih aktif)
- Program Bantuan Bas Sekolah
- Warganegara Malaysia
- Berdaftar dengan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD)
- Memiliki Permit Bas Sekolah yang masih sah tempoh laku
- Menjalankan perkhidmatan bas sekolah di Negeri Pulau Pinang sahaja
- Pemohon individu/syarikat hanya layak memohon maksimum dua (2) permit bas sekolah sahaja.
- Dokumen sokongan yang perlu disertakan (Sila Muat Naik Dokumen secara atas talian)
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon
- Salinan Permit Bas Sekolah
- Salinan Lengkap Setiap Helaian Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
- Salinan penyata bank terkini/cetakan pengesahan akaun/penyata perbankan atas talian yang jelas memaparkan nama dan nombor akaun pemohon. (Sila pastikan nombor akaun bank yang dimuat naik masih aktif)
- Salinan dokumen sokongan sekiranya tidak menggunakan akaun bank syarikat.
CARA PERMOHONAN iSEJAHTERA
Berikut adalah merupakan cara untuk membuat pendaftaran dan permohonan Program i-Sejahtera
- Layari portal i-Sejahtera
- Klik permohonan Baru dan Semakan Status.
- Masukkan nombor kad pengenalan
- Mohon Program Penghargaan untuk mendaftar ID dan kata laluan.
- Log in Masuk menggunakan no kad pengenalan dan kata laluan yang ditetapkan.
- Lengkapkan borang permohonan dan muatnaik dokumen-dokumen sokongan.
- Sekiranya dokumen tidak dimuat naik melalui sistem, pemohon perlu menghantar salinan dokumen sokongan ke Pejabat Daerah/Pusat Khidmat KADUN/Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (bagi program OKU).
Nota: Rujuk Panduan Pendaftaran melalui pautan https://isejahtera.penang.gov.my/app/panduan/panduan.pdf
SEMAKAN PENDAFTARAN i-SEJAHTERA
- Layari Portal i-Sejahtera
- Klik butang Permohonan Baru dan Semakan Status. .
TARIKH BAYARAN i-SEJAHTERA
Pembayaran akan dibuat secara berperingkat kepada penerima yang layak.
- Bayaran Fasa 1: (Akan dikemaskini)
- Bayaran Fasa 2: (Akan dikemaskini)
Bagi membolehkan pemohon menerima sumbangan bagi tahun semasa, pendaftaran pemohon mestilah lengkap dan disahkan sebelum 30 Jun pada setiap tahun.
Pendaftaran yang disahkan selepas tarikh 30 Jun akan menerima bayaran sumbangan pada tahun berikutnya.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut mengenai program iSejahtera, anda boleh layari website rasmi di pautan isejahtera.penang.gov.my
ARTIKEL LAIN
1 thought on “iSEJAHTERA 2023(SEMAKAN BAYARAN DUIT FASA 1)”