Cara Guna Buat Bayaran eJamin ( ejamin.my)

Cara Guna Buat Bayaran eJamin ( ejamin.my)

Cara Guna eJamin

eJamin ialah perkhidmatan bayaran wang jaminan dalam talian untuk memudahkan dan mempercepat urusan ikat jamin. Proses Pelepasan ikat jamin untuk orang tersayang boleh menjadi proses yang panjang dan merumitkan. eJamin adalah penyelesaian jaminan secara ‘online’ yang direka untuk memberikan pelepasan ikat jamin dengan lebih mudah. eJamin adalah peranti ‘online’ yang diluluskan oleh Jabatan Kehakiman Malaysia.Cara Guna Buat Bayaran eJamin sangat mudah.

 

Berikut Adalah Langkah – Langkah Mudah Untuk Menggunakan eJamin

Langkah 1

  • Layari eJamin.my
  • Lengkapkan ruang maklumat penjamin dan tertuduh.
  • Isi maklumat ‘Info Penjamin1’ dan ‘Info Tertuduh2’ dalam borang ‘online’ di halaman utama eJamin. Pastikan anda mengisi borang ‘online’ tersebut dengan lengkap. Borang yang tidak lengkap tidak akan diterima.
  • Info Penjamin1 : Maklumat orang yang membuat bayaran wang jaminan.
  • Info Tertuduh2 : Nama penuh (mengikut MyKad) dan nombor MyKad orang yang tertuduh.

 

Langkah 2

  • Selepas mengisi borang ‘Info Penjamin’ dan ‘Info Tertuduh’, anda akan dibawa ke halaman ‘Skrin Kuning’. Sila paparkan peranti mudah alih anda kepada Pegawai Mahkamah yang bertugas untuk pengesahan maklumat. Pegawai Mahkamah akan memaklumkan amaun ikat jamin dan nombor kes. Isi nombor kes dan amaun jaminan dalam ruang yang berkenaan dalam halaman ‘Skrin Kuning’.
  • Semak maklumat yang diisi dengan pegawai mahkamah untuk mendapatkan maklumat kes dan jumlah wang jaminan.
  • Lengkapkan maklumat tersebut dalam eJamin.

 

Langkah 3

  • Isikan maklumat akaun bank untuk pembayaran. Pastikan akaun bank itu atas nama anda.
  • Pemulangan wang jaminan (jika ada) akan dibuat ke dalam akaun bank yang sama.

 

Langkah 4

  • Teruskan pembayaran wang jaminan dalam eJamin. Resit pembayaran akan dihantar ke emel anda.
  • Pembayaran wang jaminan boleh dibuat melalui perbankan atas talian (FPX) melalui bank pilihan anda. Sila pastikan akaun anda mempunyai had pemindahan yang mencukupi. Anda juga boleh mengumpulkan amaun jaminan dari akaun-akaun lain ke akaun anda sekiranya jumlah jaminan tidak cukup.
  • Anda akan menerima pengesahan pembayaran dan bukti ikat jamin melalui emel.

 

Langkah 5

  • Tunjukkan resit kepada pegawai mahkamah untuk proses seterusnya sepertimana diberitahu oleh pegawai mahkamah.
  • Tunggu sesi taklimat dengan Kakitangan Mahkamah dan Orang Tertuduh yang berkenaan. Proses pelepasan sudah lengkap.

 

*PERHATIAN!

Pembayaran melalui eJamin hanya boleh dibuat pada hari Ahad – Jumaat dari jam (8 pagi hingga 6 petang)

 

Bagaimanakah cara mendapatkan  No.IC OKT?

  • Untuk proses pelepasan ikat jamin, anda perlu mengetahui nama penuh dan nombor MyKad OKT. Anda boleh menghubungi keluarga yang terdekat untuk mendapatkan maklumat atau atau hubungi pegawai yang bertugas.

 

Perlukah saya berdaftar dengan eJamin untuk membuat perlepasan ikat jamin?

  • Untuk pelepasan ikat jamin, penjamin tidak perlu mendaftar akaun dengan eJamin. Penjamin hanya perlu melengkapkan e-maklumat Penjamin dan Orang Tertuduh, mendapatkan pengesahan nombor kes dan amaun jaminan dari Pegawai Mahkamah, dan kemudiannya membuat bayaran jaminan atas talian melalui aplikasi eJamin.

 

Kemanakah Wang jaminan melalui eJamin akan disalurkan?

  • Bayaran wang jaminan melalui eJamin akan ditempatkan ke akaun amanah bank berlesen. Setiap akaun mempunyai nombor identifikasi yang unik bagi setiap Nombor Kes serta nombor MyKad Penjamin dan Tertuduh masing-masing.

 

Info Tambahan Yang Anda perlu Tahu:

  • Pembayaran wang jaminan boleh dibuat melalui perbankan atas talian (FPX) melalui bank pilihan anda.
  • eJamin hanya menerima pembayaran dari satu akaun sahaja buat masa sekarang. Anda dinasihatkan untuk mengumpul jumlah wang ikat jamin dari penjamin yang lain dalam satu akaun sahaja sebelum membuat pembayaran.
  • Pembayaran maksima melalui penggunaan eJamin terhad kepada RM500,000 setiap jaminan. Anda dinasihati untuk menyemak had makisma pemindahan yang dibenarkan oleh bank anda.

 

Sebaik sahaja kes telah tamat dan tertuduh menghadiri pendengaran seperti yang ditentukan oleh mahkamah. Prosesnya adalah seperti berikut:

  • Mahkamah akan memicu bayaran balik bagi jumlah jaminan yang terikat dengan kes itu.
  • E-mel akan dihantar oleh sistem eJamin sebagai makluman kepada penjamin.
  • Penjamin perlu klik pada pautan dalam e-mel dan masukkan butiran berikut untuk menerima pengembalian amaun jaminan :

 

Proses lucut hak (rampasan) bagi jumlah jaminan?

  • Ya, memang ada. Apabila jumlah jaminan dikenal pasti sebagai jumlah yang boleh dirampas oleh pihak kehakiman. Jumlah jaminan yang dirampas akan didepositkan ke akaun “Hasil” kerajaan yang dimiliki oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia.
  • Wang jaminan boleh dirampas (atau dilucut hak) dalam dua cara, iaitu:
  1. Penuh – jumlah jaminan dilucut hak sepenuhnya.
  2. Sebahagian – sebahagian amaun jaminan boleh dirampas oleh pihak mahkamah dan bakinya akan dikembalikan kepada penjamin

Jika anda menghadapi kesulitan atau sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi atau hantar emel ke

011-56655743

[email protected]

 

ARTIKEL LAIN

CARA GUNA APLIKASI MYBAYAR SAMAN PDRM (Daftar & Semak Saman Terkini)

1 thought on “Cara Guna Buat Bayaran eJamin ( ejamin.my)”

Leave a Comment