CARA GUNA APLIKASI MYBAYAR SAMAN PDRM (Daftar & Semak Saman Terkini)

CARA GUNA APLIKASI MYBAYAR SAMAN PDRM (Daftar & Semak Saman Terkini)

MYBAYAR SAMAN

Orang ramai yang mempunyai kompaun atau saman trafik yang masih belum dijelaskan, anda kini berpeluang untuk membayar saman dengan diskaun melalui portal dan aplikasi MyBayar Saman.

 

APA ITU MyBAYAR SAMAN

MyBayarSaman ialah aplikasi terbaharu daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membolehkan orang ramai membayar saman dengan mudah melalui portal dan aplikasi telefon berbanding kaedah sedia ada. Pelaksanaan MyBayarSaman ini adalah selaras dengan objektif MYDIGITAL iaitu inisiatif kerajaan bagi menyediakan pilihan pembayaran tanpa tunai menjelang tahun 2022.

 

SAMAN TIDAK LAYAK DISKAUN

Secara umumnya, semua saman trafik layak mendapat diskaun tersebut kecuali:

  • Saman Kemalangan 
  • Saman status No Compound (NC) 
  • Saman status bicara mahkamah
  • Saman Berkaitan Kesalahan M/Lori
  • Saman Potong Secara Bahaya/Potong Q 
  • Saman menggunakan lorong kecemasan
  • Saman jalan semasa lampu isyarat merah
  • Saman potong di garisan berkembar tahun 
  • Saman berkaitan ubahsuai ekzos yang dikeluarkan bermula 1/3/2021

 

CARA BAYAR SAMAN GUNA  PORTAL mybayar.rmp.gov.my

Untuk pembayaran saman melalui portal, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://mybayar.rmp.gov.my/.
  2. Klik butang ‘Daftar.’
  3. Isi maklumat peribadi dengan betul.
    • Nama Penuh
    • Nombor Kad Pengenalan
    • Alamat Penuh
    • Poskod
    • Negeri
    • Email
    • Nombor Telefon Bimbit
  4. Kemudian, anda akan menerima pengesahan OTP di telefon bimbit.
  5. Log masuk dengan no. kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan.
  6. Butiran saman dipaparkan.
  7. Klik butang ‘Bayar’ di butiran saman.
  8. Semak saman yang ingin dibayar.
  9. Pilih mod pembayaran dan klik butang ‘Bayar.’
  10. Pembayaran selesai.

 

CARA BAYAR SAMAN GUNA APLIKASI MyBAYAR SAMAN

Bagi pembayaran saman melalui aplikasi, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Muat turun aplikasi MyBayar Saman di Google Play dan App Store.
  2. Klik butang ‘Daftar.’
  3. Isi maklumat peribadi dengan betul.
  4. Kemudian, anda akan menerima pengesahan OTP di telefon bimbit.
  5. Klik butang ‘Semakan Saman’ di menu utama.
  6. Butiran dipaparkan.
  7. Klik butang ‘Bayaran Saman’ di menu utama.
  8. Pilih saman yang hendak dibayar.
  9. Pilih mod bayaran.
  10. Butiran transaksi bayaran dipaparkan.
  11. Semak sejarah transaksi di paparan aktiviti.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai pembayaran saman melalui portal dan aplikasi MyBayar Saman, sila hubungi Cawangan Pengurusan Saman PDRM di talian 03-2266 3346/47.

 

ARTIKEL LAIN

CARA BAYAR SAMAN GUNA MYEG (Check myeg.com.my)

1 thought on “CARA GUNA APLIKASI MYBAYAR SAMAN PDRM (Daftar & Semak Saman Terkini)”

Leave a Comment