CARA BAYAR SAMAN GUNA MYEG (Check myeg.com.my)

CARA BAYAR SAMAN GUNA MYEG (Check myeg.com.my)

BAYAR SAMAN MYEG

Mengikut pengumuman yang dibuat, ini adalah untuk menggalakkan orang ramai menggunakan portal online untuk membuat bayaran saman, berbanding perlu pergi dan beratur bersesak-sesak di kaunter bayaran saman. Tetapi, tiada pula diumumkan jenis saman yang akan diberikan diskaun dan yang mana yang akan dikecualikan.

Diskaun daripada PDRM kebiasaannya tidak diberikan kepada saman oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ, Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS), Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), saman berstatus mahkamah dan juga yang membabitkan warga asing.

Dan kadang-kadang diskaun juga tidak diberikan ke atas saman kemalangan, berkaitan lori, berstatus NC (No Compound) dan juga waran tahun semasa. Kalau anda ada jenis saman yang layak pula, jangan bertangguh-tangguh untuk buat bayaran supaya dapat diskaun yang diberikan tersebut.

 

CARA BAYAR SAMAN ONLINE GUNA  MyEG

MyEG adalah antara portal online yang popular yang boleh digunakan untuk semak saman dan juga buat bayaran saman secara online. Tak perlu bersusah-susah perlu pergi ke kaunter bayaran saman untuk semak dan bayar saman.

Selain saman daripada PDRM, boleh juga semak dan bayar saman daripada JPJ dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Bukan itu sahaja, malah boleh buat bayaran zakat, renew road tax dan insurans kereta online , semak skor CTOS, urusan dengan Jabatan Insolvensi Malaysia dan banyak lagi perkhidmatan yang ditawarkan portal ini.

 

SEMAK SAMAN ONLINE MELALUI MyEG

Cara permulaan bagi pengguna baru:

  1. Lawat portal MyEG di alamat yang berikut: www.myeg.com.my
  2. Jika belum daftar akaun dengan MyEG, klik butang ‘Create an account’ untuk daftar. Isi semua maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Submit’
  3. Selepas siap daftar, boleh Login menggunakan username dan password yang didaftarkan tadi
  4. Untuk semak saman trafik online, klik pada icon logo PDRM
  5. Klik pada butang ‘Semak & Bayar Saman PDRM’
  6. Masukkan nombor MyKad dan juga huruf-huruf yang ditunjukkan. Klik butang ‘Check Summon’.

Jika ada saman, maka senarai saman yang dikenakan akan ditunjukkan

  • Boleh dilihat nombor pendaftaran kereta yang terlibat, tempat disaman, masa kesalahan dilakukan dan juga jumlah saman yang perlu dibayar.
  • Boleh klik pada icon kamera untuk lihat jika ada gambar bagi kesalahan yang dilakukan.

Selepas semak saman online ini, bolehlah diteruskan jika hendak bayar saman online melalui MyEG.

 

CARA BAYARSAMAN ONLINE GUNA  MyEG

Cara nya adalah seperti berikut:

  1. Klik pada kotak bagi saman yang hendak dibayar. Terpulang nak bayar semua saman sekaligus atau pilih beberapa saman terlebih dahulu. Kemudian klik butang ‘Proceed’
  2. Anda akan ditunjukkan jumlah saman berserta caj-caj lain yang perlu dibayar. Oleh kerana bayar saman online, maka ada caj tambahan seperti caj e-servis dan SST (Bayar saman pun pun kena SST, hhmm…) Kemudian, klik butang ‘Proceed to Payment’
  3. Langkah #3 – Anda akan diberikan pilihan untuk memilih cara bayaran yang hendak dilakukan. Boleh pilih cara Online Banking (FPX) menerusi perbankan pilihan sendiri atau boleh buat bayaran menggunakan kad kredit/debit. Hanya perlu masukkan maklumat kad seperti yang diminta.
  4.  Selepas bayaran disahkan, maka anda selesai membuat bayaran saman online menerusi MyEG. Anda boleh cetak resit bayaran sebagai bukti bayaran.

 

ARTIKEL LAIN

Cara Renew Lesen Guna Myeg

4 thoughts on “CARA BAYAR SAMAN GUNA MYEG (Check myeg.com.my)”

Leave a Comment