CARA BAYAR SAMAN PDRM(Semak Diskaun Saman Terkini)

CARA BAYAR SAMAN PDRM (Semak Diskaun Saman Terkini)

CARA BAYAR SAMAN PDRM

Orang ramai yang masih mempunyai tunggakan saman, anda boleh mendapatkan pengurangan saman trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Kempen Bayar Saman menerusi aplikasi dan portal MyBayar Saman. Disini kami akan kongsikan cara bayar saman PDRM menerusi portal MyBayar Saman

 

APA ITU PORTAL MyBAYAR SAMAN

MyBayar Saman adalah portal dan aplikasi terbaharu yang membolehkan orang ramai membayar saman dengan mudah melalui portal dan aplikasi telefon yang boleh dilakukan di mana-mana sahaja. MyBayar Saman adalah inisiatif JSPT dalam menyokong hasrat kerajaan ke arah komuniti tanpa tunai (cashless society) melalui perkhidmatan e-Pembayaran.

Tawaran pengurangan kompaun saman berkenaan tidak termasuk kesalahan-kesalahan utama kesalahan berkaitan kenderaan berat, kesalahan pengubahsuaian ekzos dan kes saman dalam sebutan mahkamah.

Bagi tawaran pengurangan kompaun saman kali ini, aplikasi MyBayar Saman telah dipertingkatkan bagi membolehkan syarikat dan entiti perniagaan mendaftar sebagai pengguna dan seterusnya membuat pembayaran melalui aplikasi berkenaan.

 

TARIKH PERMOHONAN DISKAUN PDRM

Orang ramai boleh memohon pengurangan bayaran saman trafik mulai (akan dikemaskini) menerusi portal atau aplikasi MyBayar Saman.

 

SAMAN TIDAK LAYAK DISKAUN

Secara umumnya, semua saman trafik layak mendapat diskaun menerusi Kempen Bayar Saman PDRM kecuali:

  • Saman Tidak Patuhi Lampu Merah
  • Saman Lorong Kecemasan
  • Saman Potong Secara Merbahaya
  • Saman Potong di Garisan Berkembar
  • Saman Kemalangan 
  • Saman Dalam Perbicaraan
  • Saman Tidak Boleh Kompaun
  • Saman Berkaitan Lori
  • Saman Berkaitan Ekzos

 

CARA BAYAR SAMAN PDRM ONLINE

Untuk membuat pembayaran secara online, pengguna boleh membuat pembayaran melalui portal dan aplikasi MyBayar Saman.

  1. Pembayaran Melalui Portal
    • Layari laman web https://mybayar.rmp.gov.my/.
    • Klik butang ‘Daftar.’
    • Isi maklumat peribadi dengan betul.
    • Kemudian, anda akan menerima pengesahan OTP di telefon bimbit.
    • Log masuk dengan no. kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan.
    • Butiran saman dipaparkan.
    • Klik butang ‘Bayar’ di butiran saman.
    • Semak saman yang ingin dibayar.
    • Pilih mod pembayaran dan klik butang ‘Bayar.’
    • Pembayaran selesai.
  1. Pembayaran Melalui Aplikasi
    • Muat turun aplikasi MyBayar Saman di Google Play dan App Store.
    • Klik butang ‘Daftar.’
    • Isi maklumat peribadi dengan betul.
    • Kemudian, anda akan menerima pengesahan OTP di telefon bimbit.
    • Klik butang ‘Semakan Saman’ di menu utama.
    • Butiran dipaparkan.
    • Klik butang ‘Bayaran Saman’ di menu utama.
    • Pilih saman yang hendak dibayar.
    • Pilih mod bayaran.
    • Butiran transaksi bayaran dipaparkan.
    • Semak sejarah transaksi di paparan aktiviti.

 

MAKLUMAT LANJUT

Orang ramai yang mempunyai pertanyaan mengenai pembayaran saman melalui portal dan aplikasi MyBayar Saman, sila hubungi Cawangan Pengurusan Saman PDRM di talian 03-2266 3346/47.

 

ARTIKEL LAIN

CARA BAYAR SAMAN GUNA MYEG (Check myeg.com.my)

Leave a Comment