PERMOHONAN PENYEWAAN TAPAK BAZAR RAMADHAN PUTRAJAYA 2023 (Harga)
Kepada anda yang ingin mencari tpak bazar Ramadhan di kawasan Putrajaya bagi tahun 2023, semestinya anda dikehendaki untun membuat permohonan melalui Perbadanan Putrajaya (PPj). Kini permohonan bagi penyewaan tapak telah dibuka. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara permohonan tapak bazar Ramadhan dan juga kadar harga, semoga membantu.
APA ITU BAZAR RAMADHAN
Bazar Ramadan merujuk kepada aktiviti perniagaan di sesuatu lokasi strategik pada bulan Ramadan. Pelbagai juadah moden dan tradisional dijual. Untuk makluman, bulan Ramadhan merupakan bulan rezeki bagi sesetengah individu terutamanya untuk melakukan perniagaan.
Salah satu lokasi yang sering menjadi tumpuan orang ramai sempenan bulan Ramadhan adalah bazar Ramadhan yang menjual pelbagai jenis juadah makanan untuk berbuka puasa.
SYARAT PERMOHONAN TAPAK BAZAR RAMADHAN PUTRAJAYA
Kepada anda yang berminat seharusnya memenuhi syarat permohonan penyewaan tapak yang telah ditetapkan iaitu:
- Pemohon dan pasangan (suami/isteri) mestilah warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
- Telah mendaftar perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
- Hanya satu permohonan dibenarkan untuk satu keluarga.
- Pemohon dan pembantu hendaklah mendapatkan suntikan Typoid.
- Tiada sebarang kompaun/tunggakan sewaan/cukai dengan PPj.
- Mempunyai Sijil Pengendalian Makanan.
TARIKH PERMOHONAN TAPAK BAZAR RAMADHAN PUTRAJAYA
Permohonan bagi penyewaan tapak bazar di Putrajaya ini boleh dibuat mulai sekarang sehingga 16 Januari 2023 jam 5 petang.
LOKASI TAPAK BAZAR RAMADHAN PUTRAJAYA
- Lokasi Bazar Ramadhan ini adakan diadakan di Presint 3, Putrajaya.
- Sebanyak 300 tapak akan disediakan
KADAR HARGA SEWA TAPAK BAZARRAMADHAN PUTRAJAYA
Berikut adalah merupakan kadar bayaran sewa yang akan dikenakan iaitu:
- Bulanan: RM1000
- Deposit: RM500
- Lesen Penjaja sementara: RM60
DOKUMEN DIPERLUKAN
Pastikan anda sediakan dokumen yang diperlukan terlebih dahulu untuk dimuat naik semasa permohonan seperti berikut:
- Salinan kad pengenalan.
- Salinan Sijil SSM yang beserta pemilik perniagaan.
- Salinan suntikan typoid.
- Salinan Sijil Pengendali Makanan.
CARA PERMOHONAN TAPAK BAZAR RAMADHAN PUTRAJAYA
Berikut adalah merupakan cara untuk membuat permohonan penyewaan tapak bazar ini iaitu:
- Layari pautan google form Pelawaan Penyewaan Tapak Bazar Ramadan Putrajaya 2023
- Isikan segala maklumat yang diperlukan dengan lengkap.
- Muat naik dokumen yang diperlukan.
- Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai tapak bazar putrajaya ini, anda boleh merujuk saluran berikut iaitu:
- Urusetia Bazar Ramadan 2023, Bahagian Pelesenan, Aras 5, Blok B, Kompleks Perbadanan Putrajaya, No. 24, Persiaran Perdana, Presint 3, 62675, Putrajaya.
- No Telefon : 03 8887 7657/7231.
ARTIKEL BERKAITAN:
- TARIKH MULA PUASA 2023 DI MALAYSIA JAKIM (Cuti Awal Ramadhan)
- JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA