SKIM RUMAH PERTAMAKU 2022 (Semak & Check srp.com.my)

SKIM RUMAH PERTAMAKU 2022 (Semak & Check srp.com.my)

SKIM RUMAH PERTAMAKU

Bagi pasangan yang ingin memiliki rumah sendiri bagi memenuhi keselesaan, anda boleh membuat permohonan melalui Skim Rumah pertamaku (SRP). Disini kami akan kongsikan caranya, semoga membantu.

 

APA ITU SRP

Skim Rumah Pertamaku (SRP) merupakan satu inisiatif pemilikan rumah yang pertama kali diumumkan dalam Belanjawan 2011 oleh Kerajaan Malaysia untuk meringankan beban pembeli yang kali pertama mahu membeli rumah yang mempunyai pendapatan kasar bulanan isi rumah tidak lebih dari RM5,000 bagi pemohon tunggal dan pendapatan kasar bulanan tidak lebih dari RM10,000 bagi pemohon bersama.

 

KONSEP SRP

Berikut adalah merupakan konsep Skim ini :

  1. Ia adalah satu skim perumahan yang dianjurkan oleh kerajaan Malaysia.
  2. Khas untuk pembeli rumah pertama yang :-
    • Pendapatan kasar bulanan tidak lebih dari RM5,000 bagi pemohon tunggal
    • Pendapatan kasar bulanan tidak lebih dari RM10,000 bagi pemohon bersama.
  3. Pembiayaan sehingga 110% daripada bank-bank yang terlibat tanpa perlu wang pendahuluan
  4. Pembelian hartanah yang tidak lebih dari RM500,000.
  5. Cagamas SRP Berhad (CSRP) menjamin kepada bank-bank yang berkenaan sehingga 20%

 

SYARAT KELAYAKAN SKIM RUMAH PERTAMAKU (SRP)

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang ditetapkan:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Pembeli rumah pertama
  3. Pekerja bergaji atau individu yang bekerja sendiri
  4. Pemohon individu atau bersama
    • Harta tanah kediaman dan dihuni pemilik
    • Nilai harta tanah sehingga RM500,000
  5. Pendapatan kasar isi rumah sehingga RM5,000 untuk pemohon tunggal/RM10,000 untuk pemohon bersama
  6. Pembiayaan sehingga 110% *
  7. Tiada rekod pembiayaan yang terjejas dalam tempoh 12 bulan lepas

NOTA: Kriteria untuk mendapatkan pembiayaan 100% sehingga 110% hanya untuk pemohon yang mempunyai pendapatan isi rumah tidak lebih dari RM5,000 dan membeli harta tanah tidak lebih dari RM300,000.

 

CARA PERMOHONAN SKIM RUMAH PERTAMAKU(SRP)

Sekiranya memenuhi syarat yang ditetapkan, berikut adalah cara untuk membuat permohonan:

  1. Pilih dan kenal pasti rumah idaman anda
  2. Dapatkan dokumen yang berkaitan seperti draf perjanjian jual beli, resit bayaran, tempahan atau lain-lain.
  3. Semak kelayakan untuk memohon Skim Rumah Pertamaku: https://www.srp.com.my/
  4. Sediakan dokumen sokongan seperti slip gaji, penyata KWSP, penyata gaji dan lain-lain.
  5. Hantarkan permohonan pembiayaan di bank-bank yang berkenaan.

 

SENARAI BANK YANG TERLIBAT SRP

Antara bank-bank yang terlibat melalui skim ini adalah:

  1. Affin Bank
  2. Affin Islamic
  3. Alliance Bank
  4. Alliance Islamic Bank
  5. AmBank
  6. Ambank Islamic
  7. Bank Islam
  8. Bank Muamalat
  9. CIMB Bank
  10. CIMB Islamic
  11. HongLeong Bank
  12. Hong Leong Islamic Bank
  13. Maybank
  14. Maybank Islamic
  15. MBSB Bank
  16. OCBC Bank
  17. OCBC Al Amin
  18. Public Bank
  19. Public Islamic Bank
  20. RHB Bank
  21. Standard Chartered
  22. Standard Chartered Saddiq
  23. UOB Bank
  24. Bank of China

 

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Untuk maklumat lanjut tentang Skim Rumah Pertamaku, sila layari:

 

ARTIKEL LAIN

PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK SELANGOR 2022 (Login ehartanah.lphs.gov.my)

1 thought on “SKIM RUMAH PERTAMAKU 2022 (Semak & Check srp.com.my)”

Leave a Comment