PERMOHONAN i-BIAYA (Inisiatif Pembiayaan Perumahan Malaysia)

PERMOHONAN i-BIAYA (Inisiatif Pembiayaan Perumahan Malaysia)

i-BIAYA

Berita baik buat rakyat malaysia yang ingin memiliki rumah sendiri, kini Kerajaan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah memperkenalkan Insiatif Pembiayaan Perumahan Malaysia di bawah Home Ownership Programme (HOPE). Disini kami akan kongsikan cara membuat permohonan i-Biaya ini, semoga membantu.

 

APA ITU i-BIAYA

Inisiatif Pembiayaan Perumahan Malaysia (i-Biaya) merupakan satu inisiatif di bawah Home Ownership Programme (HOPE) dalam usaha meningkatkan pemilikan rumah dalam kalangan rakyat. Ia selari dengan hasrat kerajaan dalam memastikan matlamat SATU KELUARGA, SATU RUMAH dapat dicapai.

 

SEDIKIT MENGENAI HOPE

Home Ownership Programme (HOPE) adalah salah satu usaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk meningkatkan pemilikan rumah dalam kalangan rakyat dengan menfokus kepada empat (4) komponen iaitu :-

  • Penyedia Perumahan
  • Pembiayaan (i-biaya)
  • Program/Promosi dan
  • Polisi

 

Fokus sasaran utama bagi program HOPE adalah kepada rakyat berpendapatan rendah dan sederhana terutamanya dalam kumpulan B40.

 

Penyedia Perumahan merupakan senarai bekalan rumah mampu milik yang ditawarkan oleh pihak Kerajaan mahupun pihak swasta. Antaranya termasuklah program rumah mampu milik di bawah KPKT iaitu :

  • Program Perumahan Rakyat (PPR),
  • Perumahan Penjawatan Awam (PPAM),
  • Rumah Mesra Rakyat (RMR),
  • Rumah Transit Belia (RTB),
  • Perumahan PR1MA
  • Kediaman SPNB.

Program perumahan mampu milik lain yang turut disediakan oleh Kerajaan adalah seperti :

  • Residensi Prihatin,
  • Residensi Wilayah,
  • Satu Anggota Satu Rumah,
  • Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dan lain – lain.

 

SKIM INISIATIF PEMBIAYAAN PERUMAHAN MALAYSIA (I-BIAYA)

Terdapat tiga (3) skim pembiayaan yang ditawarkan iaitu :-

  1. Skim Jaminan Kredit Perumahan yang ditawarkan menerusi Syarikat Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) Berhad,
  2. Skim Rumah Pertamaku (SRP) oleh Syarikat Cagamas Berhad (Cagamas)
  3. Skim rent-to-own oleh Perbadanan PR1MA Malaysia.

 

CARA PERMOHONAN INISIATIF i-BIAYA

Untuk cara permohonan inisiatif pembiayaan ini akan dikemaskini kemudian

 

SYARAT PERMOHONAN INISIATIF i-BIAYA

Syarat kelayakan permohonan inisiatif pembiayaan ini akan dikemaskini kemudian

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai permohonan iniasiatif Pembiayaan Perumahan Malaysia ini, anda boleh melayri website rasmi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

 

ARTIKEL LAIN

SKIM RUMAH PERTAMAKU 2022 (Semak & Check srp.com.my)

1 thought on “PERMOHONAN i-BIAYA (Inisiatif Pembiayaan Perumahan Malaysia)”

Leave a Comment