CARA TRANSFER TOPUP SEMAK AKAUN GUNA APLIKASI CIMB OCTO

CARA TRANSFER TOPUP SEMAK AKAUN GUNA APLIKASI CIMB OCTO

CIMB OCTO

Terkini CIMB telah melancarkan aplikasi CIMB OCTO. Ia adalah merupakan aplikasi perbankan baharu dicipta semula dari asas untuk memenuhi permintaan akan datang kepada pelanggannya. Disini kami kongsikan kepada anda cara guna aplikasi ini, semoga membantu.

 

APA ITU APLIKASI CIMB OCTO

Aplikasi ini ialah aplikasi perbankan mudah alih baru yang direka untuk memberikan pengalaman perbankan yang jauh lebih baik dan lebih peribadi, sambil menangani maklum balas yang telah kami kumpulkan daripada pelanggan.

Aplikasi ini ialah versi awal dan buat masa ini mempunyai fungsi umum yang lazimnya digunakan, yang kami galakkan anda cuba dan alami sendiri. Kami akan terus menambah lebih banyak ciri dari semasa ke semasa.

Sila ambil perhatian bahawa Aplikasi CIMB Clicks akan terus tersedia.

 

MUAT TURUN APLIKASI

Orang ramai boleh mula memuat turun aplikasi ini melalui pautan:

 

CIRI BAHARU CIMB OCTO

Antara ciri-ciri yang terdapat pada aplikasi baharu ini adalah:

  • My Account dan transaksi
  • Penghantaran wang sesama akaun sendiri
  • Penghantaran wang pihak ketiga
  • Penghantaran DuitNow
  • Pembayaran pinjaman dan kad
  • JomPay
  • Tambah nilai prabayar
  • Menambah kegemaran
  • DuitNow QR

 

FUNGSI BAHARU CIMB OCTO

Fungsi baharu yang akan disediakan dalam masa terdekat pula adalah:

  • Kebenaran penghantaran secara biometrik atau kod pas, sehingga RM500
  • Paparan maklumat kad kredit dan CVV
  • Melihat resit penghantaran dalam sejarah akaun
  • Penghantaran wang ke luar negara
  • Cadangan dan perkongsian maklumat
  • Widget
  • Penghantaran DuitNow QR rentas sempadan

 

CARA GUNA CIMB OCTO

Berikut adalah merupakan antara cara guna bagi transaksi:

  1. Cara tranfer
    • Sama seperti CIMB Clicks
  2. Cara Topup
    • Tekan ‘More’ > ‘Transfer’ > ikon ‘Top Up’ atau tekan ikon ‘Top Up’ pada skrin utama / akaun deposit atau kad kredit
    • Log masuk ke Aplikasi CIMB OCTO
    • Masukkan nombor telefon pilihan anda > Pilih Telco pilihan > Pilih amaun Top Up
    • Sahkah pembayaran anda dengan menggunakan pengesahan TAC untuk melengkapkan pembayaran.
  3. Cara Semak akaun
    • Sama seperti CIMB Clicks

 

SOALAN LAZIM (FAQ) 

Adakah Aplikasi CIMB OCTO menggantikan Aplikasi CIMB Clicks?

  • Ini merupakan Aplikasi tambahan dan tidak menggantikan Aplikasi CIMB Clicks. Buat masa ini, kami menasihatkan anda untuk mempunyai kedua-dua Aplikasi pada peranti anda:
    • Untuk meluluskan transaksi Web CIMB Clicks anda menggunakan SecureTAC.
    • Untuk menggunakan ciri yang mungkin belum tersedia dalam versi awal (rujuk )
  • Kami akan memaklumkan anda sekiranya SecureTAC dan ciri-ciri baru ditambahkan pada Aplikasi Ini.

Mengapakah saya tidak dapat melihat transaksi yang telah saya lakukan menggunakan Aplikasi CIMB Clicks di dalam skrin utama Aplikasi CIMB OCTO?

  • Transaksi yang dilakukan di Aplikasi CIMB Clicks adalah tidak tersedia di skrin utama aplikasi buat masa ini. Sila rujuk paparan “Account” jika anda ingin melihat sejarah transaksi CIMB Clicks.

Saya telah mengaktifkan Aplikasi CIMB OCTO, bolehkah sekiranya saya masih mahu menggunakan Aplikasi CIMB Clicks?

  • Ya, anda masih boleh mengakses Aplikasi CIMB Clicks. Kami menyarankan supaya anda mempunyai kedua-dua Aplikasi pada peranti mudah alih anda kerana anda masih memerlukan akses kepada Aplikasi CIMB Clicks (sedia ada) bagi meluluskan transaksi web melalui SecureTAC dan untuk mengakses fungsi lain yang mungkin belum tersedia dalam versi awal Aplikasi Ini

Saya lihat terdapat beberapa ciri di Aplikasi CIMB OCTO yang tidak sama dengan CIMB Clicks, mengapakah hal ini berlaku?

  • Ciri-ciri/perkhidmatan berikut akan tersedia secara berperingkat pada keluaran akan datang. Kami sedang cuba meningkatkan pengalaman anda serta membuat penambahbaikan berdasarkan maklum balas pelanggan.

 

ARTIKEL LAIN

CARA GUNA JOMPAY (BSN Maybank CIMB)

Leave a Comment