JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA TAHUN 1441 H / 2020 M
Rakyat Malaysia dijangka akan mula berpuasa pada 24 April 2020. Berpuasa di bulan Ramadhan merupakan rukun islam yang ke-3 yang wajib dilaksanakan oleh umat islam. Menerusi portal rasmi JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia), Pihak JAKIM telah menerbitkan jadual waktu Imsak serta waktu berbuka puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia di bulan Ramadhan untuk tahun 2020 (Masihi) bersamaan tahun 1441 (Hijrah).

Takwin atau jadual ini memudahkan umat Islam di seluruh negeri di Malaysia untuk membuat semakan waktu berbuka Puasa dan Imsak sewaktu menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan Al – Mubarak.
Anda boleh muat turun Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Tahun 1441 H / 2020 M. Di Laman Web Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM):
Negeri Perlis :
http://www.islam.gov.my/images/documents/JADUAL-WIBP-2020-1441-Perlis.pdf
Negeri Johor :
http://www.islam.gov.my/images/documents/JADUAL_WIBP_2020_1441_Johor.pdf
Negeri Kedah :
http://www.islam.gov.my/images/documents/JADUAL_WIBP_2020_1441_Kedah.pdf
Negeri Kelantan :
http://www.islam.gov.my/images/documents/JADUAL_WIBP_2020_1441_Kelantan.pdf
Negeri Melaka :
http://www.islam.gov.my/images/documents/JADUAL_WIBP_2020_1441_Melaka.pdf
Negeri Sembilan :
http://www.islam.gov.my/images/documents/JADUAL_WIBP_2020_1441_Negeri_Sembilan.pdf
Negeri Pahang :
http://www.islam.gov.my/images/documents/JADUAL_WIBP_2020_1441_Pahang.pdf
Negeri Perak :
http://www.islam.gov.my/images/documents/JADUAL_WIBP_2020_1441_Perak.pdf
Negeri Pulau Pinang :
http://www.islam.gov.my/images/documents/JADUAL_WIBP_2020_1441_Pulau_Pinang.pdf
Negeri Sabah :
http://www.islam.gov.my/images/documents/JADUAL_WIBP_2020_1441_Sabah.pdf
Negeri Sarawak :
http://www.islam.gov.my/images/documents/JADUAL_WIBP_2020_1441_Sarawak.pdf
Negeri Selangor :
http://www.islam.gov.my/images/documents/JADUAL_WIBP_2020_1441_Selangor.pdf
Negeri Terengganu :
http://www.islam.gov.my/images/documents/JADUAL_WIBP_2020_1441_Tganu.pdf
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya & Labuan
http://www.islam.gov.my/images/documents/JADUAL_WIBP_2020_1441_Wilayah_Persekutuan.pdf
MAKSUD WAKTU IMSAK
Ramai yang ada kemusykilan tentang waktu imsak.adakah masuknya waktu imsak kita tidak dibenarkan makan/minum atau imsak itu sendiri adalah masuk waktu subuh?
Ada waktu imsak yang yang disunatkan kita berhenti makan sebagai sikap berhati-hati dengan munculnya fajar yang menandakan subuh. Saidina Anas bin Malik RA meriwayatkan bahawa Nabi SAW dan Zaid bin Tsabit bersahur bersama. Apabila selesai daripada sahur mereka berdua, Nabi SAW bangun lalu bersolat. Kami (para sahabat) bertanya kepada Anas, ‘Berapa kadar masa antara waktu sahur mereka dan masuknya mereka untuk bersolat?’ Anas menjawab, ‘Kadar apa yang boleh dibaca oleh seorang lelaki sebanyak lima puluh ayat.’
Hadis riwayat Imam Bukhari (550) dan Imam Muslim (1097).
Tujuan penandaan waktu imsak ini ialah sebagai langkah mengelakkan syak, sama ada sudah terbit fajar atau belum, dengan afdal meninggalkan makan dan minum sedikit masa sebelum terbitnya fajar.
Rujuk al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafie (2/189)
Manakala waktu imsak dalam erti kata puasa itu sendiri ialah wajib menahan diri daripada perkara yang membatalkan puasa, bermula terbitnya fajar sehingga tenggelamnya matahari, seperti mana firman Allah SWT:
وَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّىٰ يَتَبَيَّنَ لَكُمُ الْخَيْطُ الْأَبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ الْأَسْوَدِ مِنَ الْفَجْرِ ۖ ثُمَّ أَتِمُّوا الصِّيَامَ إِلَى اللَّيْلِ
Maksudnya: Dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib).
(Surah al-Baqarah, 2:187)
Rujukan (https://muftiwp.gov.my/)
KADAR BAYARAN ZAKAT SELANGOR 2020
WAKTU MAKAN SAHUR
Sebaik-baiknya makan sahur atau bersahur ialah yang dilewatkan iaitu hampir dengan waktu Subuh kira-kira 10 minit sebelum azan Subuh. Anda dicadangkan untuk makan 30-20 minit sebelum waktu Subuh untuk memastikan anda makan dengan tenang dan selesa serta tidak tergesa-gesa.
Berikutan ramai yang keliru atau salah faham mengenai masa / waktu Imsak dan apakah tujuannya, sila luangkan sedikit masa dengan menonton video disertakan di bawah bagi mendapatkan penjelasan lanjut
WAKTU BERBUKA PUASA
Sebaik sahaja masuk waktu Maghrib segeralah berbuka puasa
3 thoughts on “JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA TAHUN 1441 H / 2020 M”