PENYATA MAYBANK CARA DAPATKAN BANK STATEMENT

CARA DAPATKAN BANK STATEMENT MAYBANK (Penyata Kewangan e-Statement)

Sekiranya anda pelanggan kepada Maybank dan ingin mendapatkan penyata akaun bank anda bagi tujuan tertentu, sudah semestinya anda ingin mengetahui cara dapatkan dengan paling pantas. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara download penyata Maybank, semoga membantu.



APA ITU BANK STATEMENT


Penyata bank (bank statement) adalah dokumen bukti aliran kewangan yang penting untuk disertakan dalam pelbagai urusan rasmi seperti permohonan pinjaman, pengesahan pendapatan (bagi yang bekerja sendiri) dan macam-macam lagi termasuklah untuk memohon bantuan kerajaan.


Penyata bank memaparkan aliran keluar masuk duit ke dalam akaun Anda seperti transaksi bayar bil, belanja, bayar pinjaman, pengeluan dan sebarang transaksi yang berkaitan dengan akaun Anda akan direkodkan secara detail.


PERKARA YANG TERDAPAT PADA BANK STATEMENT


Berikut adalah merupakan perkara yang terdapat pada penyata kewangan ini:



  1. Pengurusan kewangan anda

  2. Aliran keluar masuk duit anda

  3. Duit tunai yang anda miliki dalam akaun


KAEDAH DAPATKAN PENYATA MAYBANK


Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk mendapatkan statement Maybank iaitu:



  • Online Banking – Maybank2u

  • Cawangan (kaunter)


CARA DAPATKAN PENYATA MAYBANK GUNA ONLINE BANKING


Sekiranya Anda sudah memiliki akaun berdaftar (online banking), sila ikuti langkah-langkah dibawah:

  • Log masuk ke Maybank2u

  • Pada bahagian menu, pilih e-Bills & Statements

  • Klik pada tiga titik akaun anda MAE/Savings Account dll.

  • Pilih View Statements

  • Penyata Maybank anda akan dipaparkan.

  • Anda boleh tetapkan tarikh untuk account statement tersebut

  • Klik pada butang Download (muat turun) untuk memuat turun penyata tersebut

  • Anda boleh mencetak penyata kewangan ini sekiranya diperlukan.

  • Selesai


  •  

    CARA DAPATKAN PENYATA MAYBANK DI CAWANGAN

    Sekiranya anda ingin mendapatkan bank statement di kaunter Maybank, berikut adalah merupakan caranya:

    1. Kunjungi cawangan Maybank berhampiran anda
    2. Pastikan anda membawa bersama kad ATM atau debit Maybank anda kad pengenalan untuk pengesahan
    3. Ambil nombor giliran, sekiranya nombor giliran dah dipanggil
    4. Beritahu pegawai bank bahawa anda ingin print penyata bank
    5. Pegawai bank tersebut akan membantu anda print penyata bank.

     

    1.  

    SOALAN LAZIM (FAQ) PENYATA AKAUN MAYBANK


    Adakah dikenakan bayaran atau caj jika di download?



    • Perkhidmatan tanpa bayaran ini (percuma)


    Adakah muat turun penyata ini selamat?



    • Ya,dan dijamin kerana maklumat anda dilindungi dengan ciri keselamatan terkini dan memerlukan kata laluan PDF yang hanya anda tahu.


    Bagaimanakah cara untuk mendapatkan penyata bank saya?



    • Anda boleh membuat permohonan untuk mendapatkan penyata bank di cawangan bank yang berdekatan anda.

    • Jika anda boleh mengakses akaun bank anda menerusi Perbankan Internet, log masuk dan anda boleh memuat turun penyata bank di situ.


    ARTIKEL LAIN


    FIRST TIME LOGIN MAYBANK2U (Panduan Login Buat Kali Pertama)

    3 thoughts on “PENYATA MAYBANK CARA DAPATKAN BANK STATEMENT”

    Leave a Comment