RUMAH DAH HABIS BAYAR (Permohonan Geran Pelepasan Gadaian)

RUMAH DAH HABIS BAYAR (Permohonan Geran Pelepasan Gadaian)

RUMAH DAH HABIS BAYAR

Semestinya satu kegembiraan buat anda yang telah menyelesaikan pinjaman perumahan anda. Tetapi anda harus ingit, sekiranya rumah dah habis bayar anda perlu membuat permohonan geran pelepasan gadaian supaya sepenuhnya rumah itu milik anda. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara membuat permohonan ini, semoga membantu.


APA ITU GERAN PELEPASAN GADAIAN

Ia adalah satu urusan antara pemilik rumah dengan bank peminjam untuk mengeluarkan nama bank daripada dokumen hakmilik.

Untuk rumah yang dah ada geran atau title individu (Geran atau title dengan nama pemilik sendiri), proses ini dipanggil Pelepasan Gadaian atau Discharge of Charge (DOC).

Untuk rumah yang belum ada geran atau title individu (Geran masih dengan nama pemaju, geran atau title individu belum dikeluarkan), proses ini dipanggil Deed of Receipt & Reassignment (DRR).

 

PERMOHONAN GERAN PELEPASAN GADAIAN BAGI LOAN BANK

Untuk membuat Pelepasan Gadaian di bank, caranya adalah seperti berikut:

  • Dapatkan penyata baki hutang di Bank (boleh call dan maklumkan dulu).
  • Sediakan bank draft berserta penyata baki hutang kepada bank.
  • Bank akan tutup pinjaman dan bagi surat pengesahan penyelesaian hutang.
  • Lantik peguam untuk uruskan pelepasan gadaian dengan bank.

 

PERMOHONAN GERAN PELEPASAN GADAIAN BAGI LOAN LPPSA

Bagi yang membuat pinjaman LPPSA, cara untuk membuat pelepasan gadaian adalah seperti berikut:

  • Download Borang Penyelesaian Hutang di laman web LPPSA.
  • Pengembalian geran akan dilakukan menggunakan khidmat Poslaju mengikut alamat peminjam/peguam seperti yang tertera di dalam sistem. Jika terdapat perubahan alamat, sila hubungi pusat panggilan LPPSA di talian 03-8880 1600.
  • Sediakan bank draft ikut penyata baki hutang dan pos bersama Surat Penyelesaian Hutang ke LPPSA.
  • LPPSA akan hantar Resit Penyelesaian Pinjaman Perumahan dan Borang Melepaskan Gadaian, Geran Rumah Asal dan Salinan Pendua Borang Gadaian (Borang 16A).
  • Daftar dokumen Pelepasan Gadaian di Pejabat Tanah.
  • Borang 30A (Borang Pendaftaran Peletakhakkan) (jika berkenaan)

 

PROSUDER RUMAH DAH HABIS BAYAR PINJAMAN

Setelah pembiayaan perumahan anda selesai, semestinya anda dapatkan geran pelepasan gadaian. Bagi mendapatkan geran ini seharusnya anda melantik peguam.

Peguam yang dilantik akan mengendalikan proses pelepasan gadaian untuk dan bagi pihak anda daripada awal sehingga akhir.

 

KENAPA PERLU LANTIK PEGUAM UNTUK PELEPASAN GADAIAN

Pihak Bank tidak lagi akan melepaskan geran / hakmilik rumah terus kepada Peminjam bagi mengelakkan berlakunya kes-kes berikut:

  • Peminjam menangguh-nangguhkan proses pelepasan gadaian sehingga bertahun-tahun lamanya; dan
  • Peminjam menghilangkan dokumen geran / hakmilik rumah tersebut sebelum pelepasan gadaian dibuat dan kesemua pihak terpaksa mengeluarkan kos yang lebih tinggi untuk membuat permohonan gantian geran / hakmilik yang telah hilang tersebut.
  • Lebih buruk lagi apabila Peminjam telah meninggal dunia dan tidak memaklumkan kepada waris-warisnya akan kedudukan dokumen sekuriti Bank yang disimpan oleh Peminjam sehingga menyukarkan proses turunmilik pesaka oleh waris-waris kepada Peminjam.

Bagi transaksi yang melibatkan DRR pula, kebanyakan Bank tidak mempunyai templat DRR yang standard. Oleh itu, pelantikan peguam adalah penting bagi membantu untuk menderaf dokumen DRR tersebut bagi tujuan tandatangan oleh pihak Bank.

Atas sebab-sebab di atas, kini pihak Bank telah mewajibkan Peminjam untuk melantik peguamcara dahulu bagi mengendalikan dan menyempurnakan proses pelepasan gadaian.

 

HARGA KOS PROSES GERAN PELEPASAN GADAIAN(RUMAH DAH HABIS BAYAR)

Anggaran keseluruhan kos guaman dan perbelanjaan bagi proses pelepasan gadaian adalah di bawah RM1,000.00. Kos mungkin berbeza bergantung kepada latar belakang kes anda.

 

ARTIKEL LAIN

CARA BUAT BISNES SUBLET RUMAH(CONTOH PERJANJIAN SUBLET)

Leave a Comment