UPU ONLINE 2022-2023 (Semak Keputusan / Permohonan)

UPU ONLINE 2022-2023 (Semak Keputusan / Permohonan)

UPU ONLINE

Kepada pelajar lepasan SPM, kini Permohonan & Pendaftaran UPU Online sesi akademik 2022-2023  telah mulai dibuka. Disini kami akan kongsikan cara membuat permohan, semoga membantu.

 

APA ITU UPU ONLINE

UPU merupakan pautan rasmi untuk anda membuat permohonan, semakan, dan kemaskini hal ehwal berkaitan kemasukan ke ke Universiti Awam (UA), Kolej Komuniti (KK), Politeknik & ILKA (Institusi Latihan Kemahiran Awam

 

TARIKH PERMOHONAN UPU ONLINE 2022

Berikut adalah merupakan tarikh untuk permohonan bagi sesi 2022/ 2023:

  • Buka : 4 Februari 2022 (12 pm)
  • Tutup : 31 Mac 2022 (5 pm)

 

SEMAKAN KELAYAKAN UPU

Pastikan anda membuat semakan kelayakan terlebih dahulu. Semakan kelayakan boleh dirujuk pada pautan berikut:

 

CARA PERMOHONAN UPU ONLINE 2022/2023

Berikut adlaah merupakan cara membuat permohonan:

  1. Layari pautan permohonan : http://upu.mohe.gov.my
  2. Sila daftar dan login masuk ke aplikasi permohonan dengan memasukkan Nombor Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang telah disahkan.
  3. Pastikan anda cetak slip permohonan anda untuk dijadikan sebagai bukti permohonan anda telah dibuat.

Nota: KPT kini bersetuju untuk menanggung bayaran proses ID kepada setiap pemohon. Justeru itu, permohonan kini bleh dibuat tanpa perlu membeli ID pin unik.

 

SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN UPU

Semakan boleh dibuat selepas tarikh umum semakan telah dikeluarkan. Bagi semakan keputusan dibuat mengikut saluran yang ditetapkan :

 

 CARA KEMASKINI UPU ONLINE

Pemohon boleh buat pengemaskinian seperti berikut:

  1. Layari laman sesawang UPU https://online.mohe.gov.my/UPUOnline/ [ Akan dibuka bila tiba waktunya ]
  2. Kemudian, klik pada bahagian ‘Permohonan Kemasukan‘.
  3. Log masuk seperti biasa.
  4. Calon boleh mengemaskini pada ruangan yang dikehendaki seperti maklumat diri dan akademik dan ikut arahan seterusnya.
  5. Setelah selesai pengemaskinian, klik pada butang ‘SAH‘ dan ‘HANTAR‘.

 

TARIKH SEMAKAN KEPUTUSAN UPU ONLINE LEPASAN SPM 2022/2023

Tarikh semakan keputusan rayuan UPUOnline lepasan STPM dan setaraf bagi sesi 2022/ 2023 adalah mulai 22 Julai 2022 (12.00 tengah hari) hingga 31 Julai 2022 (5.00 petang).

 

TEMPOH SETUJU TERIMA TAWARAN UPU ONLINE LEPASAN SPM 2022/2023

Bagi calon yang mendapat keputusan berjaya, sila kemukakan akuan setuju terima tawaran dalam tempoh berikut:

  • 23 Julai hingga 31 Julai 2022

 

CHECK PERMOHONAN RAYUAN UPU(E-RAYUAN UPUONLINE)

Permohonan E-Rayuan hanya boleh dibuat oleh pemohon yang tidak berjaya mendapat sebarang tawaran sahaja iaitu pemohon yang telah mengemukakan permohonan awal sebelum tarikh tutup permohonan UPU online. e-Rayuan UPUOnline akan dibuka selama 10 hari sahaja bermula dari hari keputusan diumumkan.

Permohonan rayuan boleh dibuat melalui Portal Rasmi UPU: https://upu.mohe.gov.my/

 

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang maklumat atau permasalahan boleh berhubung

  • Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi, Aras 4, No. 2 Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62200 Wilayah Persekutuan Putrajaya
  • TALIAN HOTLINE : 03 8870 8200
  • FAKS    : 03 8870 6864
  • ALAMAT EMEL : [email protected]

 

ARTIKEL LAIN

SEMAK RESULT SPM 2021 (MUAT TURUN SLIP KEPUTUSAN PENUH)

 

Leave a Comment