PERMOHONAN RUMAH HARAPAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN(Borang)

PERMOHONAN RUMAH HARAPAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN 2024 (Borang)

RUMAH HARAPAN RAKYAT

Kepada penduduk di Negeri Sembilan khususnya warga B40 yang ingin membina rumah di atas tanah sendiri, Kerajaan Negeri Sembilan telah memperkenalkan satu Program Rumah Harapan Rakyat untuk membuat pinjaman tanpa faedah. Disini kami akan kongsikan caranya permohonannya, semoga membantu

 

APA ITU PROGRAM RUMAH HARAPAN RAKYAT

Program Rumah Harapan Rakyat ini adalah kemudahan pinjaman tanpa faedah untuk membina satu (1) unit rumah untuk golongan B40 yang masih belum memiliki rumah dan ingin membina rumah di atas bidang tanah masing-masing.


SYARAT PERMOHONAN RUMAH HARAPAN RAKYAT

Berikut adalah merupakan syarat permohonan:

  1. Warganegara Malaysia berumur 21 hingga 50 tahun (keutamaan kepada anak Negeri Sembilan).
  2. Bujang dan berkahwin (keutamaan kepada yang telah berkahwin)
  3. Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM4,000.00 sebulan.
  4. Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri atau rumah yang didiami terlalu uzur dan tidak selamat didiami.
  5. Memiliki tanah sendiri (HAK MILIK/PERKONGSIAN) sahaja. Tanah tersebut hendaklah bersesuaian bagi pembinaan rumah dan bebas dari gadaian/bebanan ke atasnya.
  6. Keluasan minimum tanah adalah tidak kurang 2,500 kaki persegi.
  7. Tanah untuk tapak rumah mestilah dalam keadaan sedia untuk pembinaan. Keadaan bentuk muka bumi adalah rata serta bebas daripada sebarang halangan dan tumbuhan liar dan boleh diakses oleh kenderaan berat.
  8. Keutamaan kepada pemohon dalam kategori miskin tegar atau miskin yang berdaftar dalam sistem e-Kaseh.

Nota: Sebarang pengecualian kepada syarat-syarat permohonan yang telah dinyatakan adalah tertakluk kepada kelulusan/pertimbangan Panel Pelulus Rumah Harapan Rakyat.

 

TARIKH PERMOHONAN RUMAH HARAPAN RAKYAT

Permohonan telah dibuka pada 16 Januari 2023 hingga 14 April 2023.

 

KADAR PEMBIAYAAN RUMAH HARAPAN RAKYAT

Bagi tahun 2023, harga seunit rumah yang akan dibina adalah sebanyak RM85,000.00, manakala amaun pinjaman pembiayaan oleh pemohon adalah sebanyak RM75,000.00 sahaja.

Contohnya:
  • Harga seunit rumah yang akan dibina adalah sebanyak RM85,000.00, manakala amaun pinjaman pembiayaan oleh pemohon adalah sebanyak RM75,000.00 sahaja.
  • Pinjaman pembiayaan ini adalah tanpa faedah dan bayaran balik selama 300 bulan (25 tahun).
    • Harga Seunit – RM85,000.00
    • Pinjaman Pembiayaan – RM75,000.00
    • Bayaran Deposit 5% – RM3,750.00
    • Bayaran Balik – RM238.00 sebulan selama 300 bulan (25 tahun)

DOKUMEN DIPERLUKAN

Pastikan ada sediakan dokumen yang diperlukan dan disahkan seperti berikut:

  1. Salinan Kad Pengenalan Pemohon
  2. Salinan Kad Pengenalan Pasangan (Isteri/Suami)
  3. Salinan Kad Pengenalan Penjamin
  4. Salinan Sijil Nikah / Salinan Daftar Perkahwinan / Sijil Cerai / Sijil Kematian
  5. Salinan Kad Pengenalan atau Sijil Lahir / Mykid anak atau tanggungan
  6. Salinan penyata akaun bank 3 bulan terkini pemohon
  7. Salinan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) (Jika berkaitan)
  8. Slip Gaji Terkini Pemohon – 3 bulan terakhir
  9. Slip Gaji Terkini Pasangan (Isteri/Suami) – 3 bulan terakhir (Jika berkaitan)
  10. Surat Pengesahan Pendapatan yang telah lengkap diisi dan disahkan (Jika berkaitan)
  11. Penyata KWSP Pemohon (Jika berkaitan)
  12. Penyata KWSP Pasangan (Isteri/Suami) (Jika berkaitan)
  13. Gambar rumah terkini (Jika ada)
  14. Gambar tapak cadangan
  15. Salinan Hakmilik Tanah
  16. Salinan Sijil Carian Rasmi
  17. Pengesahan Ketua Adat (Jika berkaitan)
  18. Surat Akuan Kebenaran Pemilik Tanah (Jika berkaitan)

Nota: Semua dokumen Salinan hendaklah disahkan oleh Pegawai yang berkelayakan (Pegawai Kerajaan Kumpulan A / Pengetua / Guru Besar / Guru Penolong Kanan / Wakil Rakyat / Penghulu / Ketua Kampung / PengerusiMPKK)

 

CARA PERMOHONAN RUMAH HARAPAN RAKYAT

Sekiranya anda menepati syarat dan telah sediakan dokumen yang diperlukan, berikut adlaah merupakan cara permohonan:

  1. Muat turun borang di laman sesawang PKNNS: BORANG PERMOHONAN RHR 2023
  2. Atau dapatkan boring permohonan di Bahagian Pengurusan Strategik PKNNS.
  3. Hantar borang yang telah lengkap ke:
    • Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan, Bahagian Pembangunan Strategik, 23-H, Tingkat 1, Jalan Zaaba, 70100 Seremban, Negeri Sembilan.
    • Telefon: 06 761 6871

 

PROSUDER PERMOHONAN RUMAH HARAPAN RAKYAT

Bagi anda yang ingin memohon pastikan anda mengikuti prosedur seperti berikut:

  1. Mengisi dan melengkapkan borang permohonan
  2. Menandatangani perjanjian pembiayaan dan membayar duti setem
  3. Membuat pembayaran deposit 5% (RM3,750)
  4. Menyediakan jalan keluar masuk ke tapak pembinaan melalui spesifikasi
  5. Menyediakan dan membuat pemyambungan sumber bekalan air dan elektrik
  6. Membuka akaun dan membuat pembayaran bulanan

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai Program Rumah Harapan Rakyat Negeri Sembilan, anda boleh merujuk website rasmi PKKNS atau pautan ini https://www.pknns.gov.my/images/RHRNOTE.pdf

 

ARTIKEL LAIN

RUMAH MESRA RAKYAT SPNB (Permohonan Skim RMR Online)

1 thought on “PERMOHONAN RUMAH HARAPAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN(Borang)”

Leave a Comment