TARIKH HARI RAYA AIDILFITRI 2023 & HARI RAYA HAJI DI MALAYSIA
Tidak lama lagi kepada umat Islam Umat akan menjalani ibadah Puasa Ramadan. Semestinya anda ingin mengetahui tarikh hari raya sama ada raya puasa dan raya haji bagi tahun 2023. Disini kami akan kongsikan kepada anda tarikh ahri raya menurut kalendar islam 2023 yang dikeluarkan oleh JAKIM, semoga membantu.
TAKWIM 1444-1445 HIJRIAH
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengeluarkan edisi kemas kini Syawal 1443 Hijriah (H) bagi Takwim 2023 Miladiah/1444-1445H Bagi Malaysia.
Secara umumnya, kalendar atau takwim adalah satu sistem pengiraan masa menggunakan hari dan bulan. Tarikh sesuatu hari itu biasanya ditentukan berpandukan kepada objek astronomi seperti matahari atau bulan. Takwim juga adalah satu objek nyata yang menjelaskan sistem itu.
Takwim atau kalendar boleh dibahagikan mengikut objek astronomi Kalendar Suria (Solar), Kalendar Qamari atau Lunar (Bulan) serta Kalendar Lunisolar (bulan dan matahari). Kalendar Suria adalah berpandukan matahari semata-mata, iaitu mengikut perubahan musim. Contohnya, Kalendar Gregorian dan Kalendar Julian. Kami akan kongsikan kalendar Islam kepada anda semua.
TARIKH HARI RAYA PUASA 2023
Tarikh Hari Raya Aidilfitri 2023 adalah pada 22 April 2023 (Sabtu). Walau bagaimanapun adalah tertakluk kepada pengumuman oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia selepas melihat anak bulan Syawal 1444H pada petang Jumaat, 21 April 2023.
TARIKH HARI RAYA AIDIL ADHA 2023
Tarikh Hari Raya AidilAdha 2023 adalah pada 29 Jun 2023 (Khamis). Walau bagaimanapun adalah tertakluk kepada pengumuman oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia selepas melihat anak bulan Syawal 1444H pada petang Jumaat, 28 Jun 2023.
TARIKH PENTING DALAM ISLAM TAHUN 2023/ 1444-1445 HIJRIAH
TARIKH HIJRI | TARIKH MILADI | HARI PERAYAAN / KEBESARAN ISLAM |
27 Rejab 1444 | 18 Februari 2023 | Israk dan Mikraj |
* 1 Ramadan 1444 | 23 Mac 2023 | Awal Ramadan / Berpuasa |
17 Ramadan 1444 | 8 April 2023 | Nuzul al-Quran |
* 1 Syawal 1444 | 22 April 2023 | Hari Raya Puasa /Aidilfitri |
1 Zulhijjah 1444 | 20 Jun 2023 | Awal Zulhijjah |
* 10 Zulhijjah 1444 | 29 Jun 2023 | Hari Raya Korban /Aidiladha |
1 Muharam 1445 | 19 Julai 2023 | Awal Muharam / Maal Hijrah |
12 Rabiulawal 1445 | 28 September 2023 | Maulidur Rasul |
NOTA: Tarikh bertanda (*) ini akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohon Besar Raja-Raja Malaysia.
CARA PENETAPAN TARIKH HARI RAYA PUASA DI MALAYSIA
Kaedah penetapan Hari Raya adalah berdasarkan kepada rukyah dan hisab. Penyeragaman sejak dari tahun 1992 dikalangan negara Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei. Telah menyaksikan kesemua umat Islam di negara ini menjalankan ibadah puasa dan berhari raya serentak.
Perbincangan Menteri-menteri Agama Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia dan Singapura (MABIMS) telah bersetuju menetapkan puasa dan hari raya dengan gabungan kaedah rukyah dan hisab. Tetapi kriteria imkanur-rukyah yang digunakan di resolusi Persidangan Negara-negara Islam di Istanbul pada 1978 telah diubahsuai. Dengan menetapkan anak bulan di kira nampak dan boleh di lihat jika mengikut hisab anak bulan berada di kedudukan berikut pada hari rukyah:
- Anak bulan berada pada ketinggian tidak kurang dari 2 darjah di ufuk barat ketika matahari terbenam, dan
- Jarak lengkung anak bulan ke matahari ketika matahari terbenam tidak kurang dari 3 darjah, atau
- Umur anak bulan ketika bulan terbenam pada hari rukyah tidak kurang dari 8 jam selepas ijtimak berlaku.
MAKLUMAT LANJUT
Semoga dengan perkongsian kalendar Islam ini dapat membantu anda merancang aktiviti dan melaksanakan ibadah dengan baik. Untuk maklumat lanjut boleh layari Portal Rasmi JAKIM